BAHARU SAJA NAJIB BUAT LAPORAN POLIS, DIA SUDAH LETAK JAWATAN?

Editorial

13 Okt 2021

Pada 8 September lalu, DS Najib Tun Razak telah membuat laporan polis terhadap LHDN yang disyaki telah membuat tuntutan cukai peribadi ke atasnya yang berganda melebihi jumlah yang sepatutnya.

Sebelum itu DS Najib telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan agar tuntutan cukai LHDN itu dibatalkan kerana ia menuntut jumlah yang tidak logik, dan dilihat sebagai satu penganiayaan terhadap beliau.

Jumlah cukai yang dituntut oleh LHDN ke atas DS Najib dan anaknya Mohd Nazifuddin adalah RM1.69 bilion, manakala denda tunggakan adalah RM37.6 juta.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan dengan itu menolak rayuan DS Najib untuk membatalkan tuntutan LHDN tersebut kerana diputuskan bahawa tuntutan Najib tiada merit.

Lantas Najib telah membuat laporan polis terhadap LHDN setelah diketahui tuntutan cukai sebanyak RM1.69 bilion itu adalah satu konspirasi politik yang mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Bukan itu sahaja, malahan DS Najib boleh dikenakan tindakan pengisytiharan kebangkrapan yang akan membatalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen.

Menurut laporan BH, DS Najib telah menerima maklumat bahawa pegawai LHDN telah menerima tekanan daripada ahli politik tertentu yang mempunyai matlamat untuk memusnahkan kedudukan politik beliau.

Hari ini negara dikejutkan dengan peletakan jawatan Ketua Pengarah Eksekutif LHDN, Sabin Samitah pada 8 Okt yang lalu.

Benarkah Sabin harus meletakkan jawatan? Bukankah dia beriya-iya mempertahankan jumlah cukai yang dikenakan ke atas DS Najib, dan mempertahankan tindakan LHDN itu?

Sekiranya Sabin cuba lari daripada undang-undang dan mahu menghukum dirinya sendiri dengan cara meletakkan jawatan, maka prasangka yang mendakwa terdapat konspirasi yang membayangi pertuduhan ke atas DS Najib adalah benar.

Walau apapun kemelut di luar pengetahuan ramai, nampak jelas bahawa LHDN telah tunduk kepada tekanan politik sedemikian dan menjadi keldai tunggangan kepada ahli politik yang tidak bermaruah itu.

Baru-baru ini SPRM juga dikatakan menyimpan pegawai tingginya yang dilabelkan sebagai ‘penyamun anak emas orang berkuasa’ dalam suruhanjaya itu.

Kehilangan RM25 juta wang bukti kes rasuah dalam simpanan SPRM, dikatakan hanyalah sebagai ‘tips of the iceberg’ atau perkara kecil daripada perkara yang lebih besar lagi.

Persoalannya siapakah ‘orang berkuasa tersebut’ yang sanggup merosakkan integriti dan maruah SPRM?

Dengan wujudnya fenomena kronisme dan jenayah rasuah sedemikian, maka sudah pasti sistem perundangan Malaysia tidak akan dipercayai dan besar kemungkinan menghambat keluar pelabor asing.

Soal yang lebih penting lagi ialah terdapatnya ‘pendawaan terpilih’ SPRM terutamanya pada era Mahathir diangkat sebagai PM yang ke-7.

Dengan itu, apakah wajar segala tindakan undang-undang dan pertuduhan mahkamah yang dikenakan ke atas pemimpin politik tertentu sekiranya SPRM dan LHDN telah dibayangi oleh konspirasi menjatuhkan pemimpin politik khususnya UMNO?

Dalang utama kepada semua konspirasi ini hendaklah dikesan sehingga ke lubang cacing kerana ia bukan sahaja mencalitkan najis pada sistem undang-undang negara, malahan ia menganiaya orang yang tidak bersalah.

Apa yang sedang diperhatikan oleh rakyat, adalah selari dengan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Hamid Bador, Tommy Thomas, bekas Ketua Hakim Negara TS Abdul Hamid Muhammad dan mungkin ramai lagi yang tidak mahu menonjolkan diri mereka, bahawa terdapat campur tangan politik dalam badan perundangan negara.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: