ANWAR, FORENSIKLAH DAHULU HANTU DALAM PKR, SEBELUM SIBUK DENGAN RETORIK DAN KELINGTONG KAMU

Pemilihan PKR yang telah bermula pada 13 Mei sehingga 22 Mei ini sedang dicabul oleh pengundi hantu dalam kalangan penyokongnya sendiri. Isu dan polemik tentang pengundi hantu dalam PKR bukan perkara baharu tetapi telah pun meletup pada Pemilihan PKR 2018 lagi. Anwar juga sibuk dengan saranan ‘forensik’ ke atas Sapura, sedangkan isu utama ialah menyelamatkan Sapura daripada muflis sebelum Jun ini, dan soal forensik sebagaimana forensik jabatan Bomba, mahupun PDRM yang hanya wajar dan biasa dilakukan setelah mangsa terkorban atau tersungkur di hospital. Kosa kata ‘forensik’ telah menjadi kata kunci Anwar, dan kini menjadi klise dalam medsos sebagai sindiran kepada Anwar.

JANGAN MENGARUT HENDAK HALALKAN GANJA SEBAGAI UBAT

Sekiranya anggaran peningkatan jumlah penagih yang dilaporkan oleh AADK pada 2015 ada validiti dan reliabilitinya, maka jumlah penagih di Malaysia pada hari ini adalah 3 juta. Lantas sedarlah, baik ganja mahupun ketum tidak akan membawa apa-apa kebaikan ekonomi sebaliknya lebih banyak menjerumuskan golongan belia ke kancah dadah.

BAPA PECAH-BELAH SEKALI LAGI MAHU SEMUA PARTI BERGABUNG LAWAN BN

Malahannya pada zaman dia berkuasa selama 22 tahun itu, telah lahir Parti Semangat 46, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala setelah dia meninggalkan UMNO, dia wujudkan PPBM (Bersatu) dan terus pecah-belahkan Bersatu dan melahirkan pula Parti Pejuang Tanah Air (PETAI). Daripada bersama pemimpin diktator dan penipu, jauh lebih baik DS Anwar berdiri dalam satu saf yang perkasa bersama BN-UMNO.

MENGAPA TIDAK ‘HERET SEMUA INDIVIDU TERKAIT 1MDB KE MAHKAMAH MALAYSIA’?

Gambaran yang diberikan sebelum ini terutama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam isu 1MDB hanya melibatkan Najib dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low amat berbeza dengan keterangan Leissner. "Kita tertanya-tanya mengapa nama-nama ini tiada di dalam pendakwaan di Malaysia dan digambarkan konspirasi 1MDB ini hanya melibatkan Najib dan Jho Low semata-mata. Dengan pendedahan yang dibuat di Mahkamah AS, amat wajar untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas individu-individu yang disebutkan Leissner. Sementara itu, Hamidah turut mendesak Mahathir dan juga Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengeluarkan kenyataan berhubung pendedahan dibuat oleh Leissner itu.

HAJI HADI POLITIKUS ISLAM, JUGA PAKAR HAIWAN – ANJING GILA, TIKUS, KUDA KAYU, BABI, KERA, MONYET, SEMUT, KELDAI, MAKHLUK PEROSAK, LEMBU, ITIK, JERUNG, DAN TUPAI

Setiap tutur kata beliau pastinya diselitkan dengan dalil-dalil yang dipetik daripada kitab suci. Namun rakyat juga terpegun dengan kehebatan Haji Hadi sebagai pakar kehidupan liar khususnya binatang di sekelilingnya, seperti tikus, anjing gila, kuda kayu, babi, kera, semut, keldai, monyet, makhluk perosak, lembu, tupai dan itik. Beliau layak dianugerahkan ijazah doktor kehormat ‘haiwan’ kepada Haji Hadi atas ‘kepakaran’ beliau itu yang sebelum ini tidak pernah dimasyurkan.  

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: