Editorial
22 Ogos 2021
Sampai bilakah DS Anwar Ibrahim harus berbohong kepada media bila dia sering mencanangkan bahawa dia mempunyai cukup sokongan Ahli Parlimen (MP) melalui SD yang diterimanya.
Anwar bukan sahaja berbohong pada media, rakyat dan penggiat politik, bahkan Anwar juga berbohong kepada Istana tentang sokongan yang dia peroleh.
Adakah semuanya sekadar propaganda, sehingga begitu ramai balaci-balaci Anwar dalam media sosial, mencanangkan bahawa Presiden UMNO dan mantan PM, Tun Mahathir juga menyokongnya.
Kontradiknya DS Ahmad Zahid Hamidi bersumpah kepada MT UMNO bahawa dia tidak menyokong Anwar, dan ramai tahu tentang agenda tersembunyi Tun Mahathir terhadap Anwar.

Sejak Julai 2019 lagi, ketika dia berkrisis dengan bekas Timbalan Presiden PKR, DS Azmin Ali, itulah mantranya bahawa dia mempunyai angka yang cukup untuk diangkat sebagai PM. Azmin tidak mampu menghalangnya kerana PM ketika itu, Tun Mahathir sendiri menyokongnya sebagai bakal PM.
Sandiwara Anwar akan diangkat menjadi PM ketika itu dihangatkan dengan penularan video semburit yang mempertontonkan kelakonan ‘Azmin Ali dan Haziq’ di sebuah hotel di Sandakan.

“Jadi apa isunya?” soal Anwar kepada pemberita ketika ditanya pada 18 Julai 2019, sama ada saranannya meminta Azmin meletak jawatan sekiranya video seks semburit berkenaan terbukti sahih dalam kemelut perebutan jawatan PM.
“Saya ada jumlahnya (MP yang mencukupi), saya mendapat sokongan PH dan Tun Mahathir. Jadi tidak adil bagi saya atau Azmin untuk menyatakan sebaliknya,” katanya.

Setelah tujuh bulan PH tumbang, pada September 2020, lagi sekali Anwar mencanangkan bahawa dia mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi parlimen bagi membuktikan bahawa TS Muhyiddin tiada keabsahan lagi untuk menerajui negara.
Anwar mendakwa, sokongan MP itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kepada kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah MP yang menyokongnya.
Katanya, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Bagi para penganalisis, propaganda Anwar inilah yang menyebabkan TS Muhyiddin gentar sekiranya Anwar benar-benar mempunyai sokongan majoriti maka Putrajaya akan kembali jatuh ketangan PH.
Lantas Muhyiddin mengambil tindakan drastik untuk menggunakan Ordinan Darurat bagi menyekat usul ‘undi tidak percaya’ kepadanya.
Kata Anwar “Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas menghadap DYMM Agong dalam masa terdekat, insya-Allah.”
Sejak itulah isu jumlah SD sebagai mementukan keabsahan PM menjadi panas dalam media, sehingga membawa kepada perletakan jawatan TS Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos.
Setelah TS Muhyiddin meletakkan jawatan dan apabila DYMM Agong bertitah supaya setiap ketua parti menyerahkan nama calon PM serta SD yang menyokongnya, Anwar masih dengan mantranya bahawa dia mempunyai jumlah sokongan cukup untuk diangkat sebagai PM.
Balaci-balaci Anwar juga riuh melompat-lompat keseronokan bahawa kali ini Anwar benar-benar akan diangkat menjadi PM, setelah krisis PN dan UMNO dilihat sebagai memihak kepada Anwar, apatah lagi dengan propaganda mereka bahawa Presiden UMNO memberi sokongan kepada mereka termasuk mantan PM, Tun Mahathir Muhamad.
Tapi hakikatnya Anwar tahu dia tiada majoriti, cuma retorik dan propaganda PH serta pemimpin yang bersekongkol dengannya sahaja yang riuh sekampung mengatakan bahawa dia mempunyai sokongan majoriti.

Akhirnya setelah semua SD diserahkan kepada Istana Negara, barulah dengan tuntasnya terbukti bahawa Anwar sebenarnya tiada sokongan majoriti.
Sekiranya DS Ismail Sabri dikatakan mempunyai 114 SD yang menyokong beliau, namun amatlah disangsikan sama ada Anwar memiliki SD selebihnya iaitu 106 (jumlah kesemuanya ialah 220).
Shafie Apdal juga telah membuat pengakuan bahawa Warisan mahu dia diangkat sebagai PM dan dari Warisan sahaja Anwar sudah kehilangan 7 sokongan MP.

Nampaknya tugas ‘hakiki’ Anwar untuk membuktikan bahawa dia mempunyai sokongan majoriti dan kerajaan semasa tiada keabsahan, akan berterusan, entah sampai bilakah akan berakhir, tidak diketahui.
DS Ismail Sabri hendaklah sentiasa bersedia dengan propaganda Anwar seterusnya serta gerakan halusnya untuk menjatuhkan pula kerajaan sedia ada.
*******
Tinggalkan Jawapan