TUN MAHATHIR ADALAH PUNCA KEMELUT POLITIK NEGARA

Bagi pandangan umum ia adalah satu kemelut politik yang amat menjengkelkan apabila ekonomi negara terkesan dengan bursa saham yang jatuh merudum serta pelabur asing yang ‘lari’ ke negara jiran seperti Indonesia, Thailand, dan Vietnam yang diterjemahkan sebagai lebih stabil dari aspek politik. Namun apa yang memperkukuhkan titah baginda DYMM SPB Yang diPetuan Agong serta persepsi rakyat ialah tindakan Mahathir meninggalkan parti Pejuang yang kononnya ditubuhkan untuk membela kaum Melayu-Peribumi serta agama Islam.

MUHYIDDIN PASTINYA TIDAK BERANI TEKAN BUTANG SEKIRANYA ISMAIL SABRI KEKALKAN ZURAIDA SEBAGAI MENTERI

Tapi pastinya Muhyiddin tidak berani bertindak, dia sedang kepanasan, kerjasama PPBM dengan PAS juga dilihat sebagai hambar dan tidak menjanjikan kemenangan pada PRU15, sebagaimana mereka kalah di PRN Melaka dan PRN Johor. DS Ismail Sabri harus berani menunjukkan taring beliau kepada Muhyiddin, kerana apa-apa juga pelantikan menteri adalah kuasa prerogatif PM dan atas perkenan DYMM SPB YDP Agong.

TIADA GUNA ROMBAK KABINET SEKIRANYA MASIH MEMILIH MENTERI KERAJAAN GAGAL MUHYIDDIN

Sekiranya Ismail Sabri hanya mahu mengubah portfolio menteri, seperti mengubah tempat duduk, maka tidak payahlah merombak kabinet, percepatkan sahaja PRU, supaya katak-katak politik termasuk pihak hipokrit agama yang mencabul piagam MN dapat disingkirkan. Rakyat sedang menyimpan dendam dan sebahagiannya telah mereka bayar pada PRN Melaka, PRN Sarawak dan tujuh PRK sebelum jatuhnya PH.

HARGA BARANG KEPERLUAN NAIK MELAMBUNG, MENTERI BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KPI RENDAH HENDAKLAH LETAK JAWATAN

Apa sudah jadi dengan kad laporan menteri bagi membuktikan prestasi kerja mereka pada tahap yang telah ditetapkan. Tidakkah PM telah memberi amaran tindakan akan diambil sekiranya prestasi tidak melepasi KPI berkenaan. Jangan ulangi kerajaan PH yang telah menunjukkan prestasi yang amat buruk dalam sejarah apabila PM tua yang lemah dipergunakan dan diperbodohkan wewenangnya.

PN MAHU KETUA MENTERI WANITA- ITULAH PENANDA KEKALAHAN PN

Kedudukan Mas Ermieyati sendiri dalam kabinet PM DS Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak relevan, bagaimanakah dia sebagai Timbalan Menteri Undang-Undang, mahu pula diangkat sebagai Ketua Menteri? Tidakkah ia mencabuli norma yang ada dalam pelantikan kabinet. Tiada perkataan lain yang boleh diberikan kecuali ‘tamak haloba’ sekiranya Mas Ermieyati sendiri tidak menolak pencalonannya. Dia adalah ahli parlimen, sekarang mahu jadi ADUN pula, dia juga adalah Timbalan Menteri dan sekarang menonong menonjol-nonjolkan diri untuk dilantik sebagai Ketua Menteri pula.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: