Adakah kes Yusoff Rawther ini juga suatu konspirasi untuk jatuhkan Anwar? Jika Anwar tidak pernah naik ke mana pun, apakah relevannya konspirasi jatuhkan Anwar? Apa yang menjadi kekuatan Anwar sekarang ialah sokongan masyarakat bukan-Islam dan mungkin juga golongan akademik serta teknokrat yang tidak peduli langsung dengan isu seksual Anwar. Tabiat seks songsang Anwar itu mungkin bagi mereka hanyalah soal remeh, yang pentingnya Anwar ada karisme serta karektor politik yang meyakinkan.
VIDEO – SAMPAI BILAKAH ANWAR MAHU BERBOHONG?
Tapi hakikatnya Anwar tahu dia tiada majoriti, cuma retorik dan propaganda PH serta pemimpin yang bersekongkol dengannya sahaja yang riuh sekampung mengatakan bahawa dia mempunyai sokongan majoriti. Akhirnya setelah semua SD diserahkan kepada Istana Negara, barulah dengan tuntasnya terbukti bahawa Anwar sebenarnya tiada sokongan majoriti. Nampaknya tugas ‘hakiki’ Anwar untuk membuktikan bahawa dia mempunyai sokongan majoriti dan kerajaan semasa tiada keabsahan, akan berterusan, entah sampai bilakah akan berakhir, tidak diketahui.