Editorial
21 Ogos 2021
Bagaimanakah SPRM yang membuat tuduhan dan membawa kes ini ke mahkamah boleh ‘amat terkejut’ apabila Guan Eng dibebaskan.
Adakah ini sebahagian daripada pengakuan TS Tommy Thomas bahawa sememangnya terdapat campurtangan Ketua Eksekutif dalam badan Kehakiman?

Isu berat yang menjadikan undang-undang negara dilabelkan sebagai ‘undang-undang rimba’ ketika PH berkuasa hendaklah diungksiksn semula supaya integriti dan keluhuran perlembagaan dapat dipertahankan.
Jika benar seperti yang diperakui oleh bekas Peguam Negara TS Tommy Thomas, maka pemimpin PH terutama sekali Tun Mahathir harus bertanggungjawab dan semua isu yang dibangkitkan oleh Tommy Thomas hendaklah dibawa ke mahkamah atau diwujudkan ‘Suruhanjaya Siasatan DiRaja’ untuk membongkar semua pencabulan ke atas badan perundang-undangan negara.
Tommy Thomas juga adalah bekas peguam yang membela Lim Guan Eng dalam kes yang sama, sebelum dia diangkat sebagai Peguam Negara oleh kerajaan PH yang telah memerintah selama 22 bulan dalam keadaan yang amat huru-hara.
Malahan sistem kehakiman era PH dilabelkan sebagai ‘Undang-Undang Rimba’.

Lim Guan Eng, ketika itu adalah Ketua menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan daripada pertuduhan rasuah yang dibuat terhadap mereka pada 2016 selepas pendakwa raya memutuskan untuk menggugurkan kes tersebut.
Pihak pendakwa pada mulanya meminta mahkamah melepaskan tanpa membebaskan kedua-dua tertuduh, tetapi mahkamah membuat keputusan membebaskan mereka sepenuhnya.
Lim dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika meluluskan satu urus niaga tanah, dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia “amat terkejut” dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah.
SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara, bukannya dibuat ooleh SPRM.

Jika kes pembelian tanah lot Banglo yang dilihat hampir serupa dengan kes Lim Guan Eng, yang melibatkan bekas MB Selangor, DS Mohamad Dr Khir Toyo, telah dibicarakan sehinga mengheret beliau ke penjara selama setahun, bagaimanakah kes Setiausaha Agung DAP ini boleh digugurkan begitu sahaja?
Hakikatnya banyak lagi kes yang digugurkan ketika Tommy Thomas memegang kuasa sebagai Peguam Negara.
Isu sebeginilah yang sepatutnya DS Anwar Ibrahim perjuangkan untuk menegakkan keadilan dalam sistem kehakiman negara, dan bukannya terus bersekongkol dengan DAP yang amat dibenci oleh rakyat Melayu-Islam dan dianggap sebagai lebih bahaya daripada ISIS dan DAESH sebagaimana didedahkan oleh senator TS Ir Dr Ibrahim Abu Shah.
Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh pemimpin UMNO, Hisham Jalil berkenaan kes Lim Guan Eng.
- Saya telah mendapat maklum bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Ariff Hadhariah Syed Ismail telah membuat keputusan untuk melepaskan YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah yang melibatkan pembelian banglonya.
- Menurut hakim, pelepasan ini adalah “discharge amounting to acquittal” iaitu pelepasan yang juga merupakan pembebasan. Ini bermaksud tertuduh iaitu YB Lim Guan Eng seolah-olah tidak bersalah ke atas tuduhan rasuah ini lantas dibebaskan. Ini juga bermakna YB Lim Guan Eng dibebaskan secara mutlak daripada pertuduhan rasuah ini dan kes ini tidak boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah lagi pada masa akan datang.
- Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara yang pelik di sini: Perkara pertama, pihak peguambela hanya memohon “discharge not amounting to acquittal” atau “pelepasan yang tidak bermaksud tertuduh dibebaskan” iaitu permohonan supaya YB Lim Guan Eng dilepaskan namun bukan dibebaskan. Ini bermakna kes ini boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah pada masa akan datang. Walaupun sedemikian, pihak pendakwaraya daripada Pejabat Peguam Negara telah menyarankan untuk pertuduhan digugurkan terus, dan berdasarkan saranan pendakwaraya ini hakim mahkamah telah membuat keputusan untuk membebaskan Lim Guan Eng dan kes ini ditutup.
- Perkara kedua, penghakiman hakim dan saranan Pejabat Peguam Negara dan pembebaskan Lim Guan Eng seperti di atas berlaku pada tahap proses perbicaraan yang terlalu awal di mahkamah. Ini seolah-olah saranan pendakwaraya di atas dan keputusan mahkamah untuk membebaskan Lim Guan Eng dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa perbicaraan lanjut yang mana sekurang-kurangnya 20 orang saksi lagi belum dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Ini berbanding dengan kes 1MDB bekas Perdana Menteri dan kes banglo bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr Khir Toyo yang mana proses pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah berlaku dengan panjang lebar.
- Jika sesiapapun yang bertaraf Menteri melakukan rasuah namun terlepas dan bebas daripada kesalahan tersebut oleh kerana beliau kenal Peguam Negara dan adalah bekas anak guam kepada Peguam Negara dalam kesnya, maka suatu kesongsangan undang-undang telah berlaku. Ini bukanlah “Rule of Law” namun adalah suatu ketidakadilan dan masalah etika dan moral yang amat membimbangkan. Ia juga akan menyebabkan krisis kepercayaan kepada institusi Undang-undang Negara.
- Dan lebih buruk lagi ia akan menggalakkan lebih ramai lagi perasuah dan ahli politik berjawatan tinggi dalam Kerajaan untuk terus mengamalkan rasuah kerana mereka tahu mereka boleh terlepas dengan mudah.
ISHAM JALIL
Ketua Penerangan BN Selangor
*****
Tinggalkan Jawapan