PEMIMPIN PN IBARATKAN MAYAT MANGSA COVID SEPERTI SAMPAH YANG BOLEH DITOLAK DENGAN BULLDOZER MASUK KE DALAM LUBANG

Editorial

20 Julai 2021

Setelah menonton video yang dimuat naik dalam siran FB DS Najib Razak, kami terasa amat sedih dan kesal dengan kenyataan seseorang yang kami yakin adalah pemimpin PN tentang mempercepatkan pengebumian mayat mangsa Covid19.

(Sila akses alamat url berikut: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158013442110952&id=157851205951&p=30 )

“Bila tempat pengkebumian itu sudah sedia you just move tutup, move tutup. Saya tengok ada di tempat lain, dia pakai bulldozer tolak ia jadi lebih cepat. Tak pakai cangkul, all these no. You have to speed up the whole process.”

Audio perbualan seorang pemimpin dengan ‘frontliners’ sedemikian langsung tidak menunjukkan rasa empati, simpati dan belas kasihan terhadap rakyat yang menjadi mangsa Covid, sebaliknya adalah suatu kenyataan yang sungguh biadab terhadap mayat yang terkorban,

Adakah kematian itu suatu perkara lumrah kepada golongan ini sebagaimana mereka melihat longgokan sampah? Hakikatnya di sebalik kematian itu terdapat kisah anak-anak yang masih belum tahu mencari rezeki sendiri, keluarga yang kehilangan ayah yang menjadi punca rezeki mereka, apatah lagi bagi seorang isteri yang kehilangan suami tempat bergantung.

Usahlah dibincangkan soal rakyat yang lebih rela membunuh diri, hidup bawah jambatan, berumah dalam kandang kambing, dan bergelandangan di kaki lima, kerana hilang punca pendapatan.

Apakah golongan ini ingat semua wang peruntukan kerajaan yang berbilion itu, sampai kepada setiap rakyat?

Tolonglah selami jiwa rakyat, bukan mencari jalan mudah untuk menyumbat mereka ke liang lahad dengan cara yang tidak bermaruah.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: