Kali ini Azmin juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjaja bahawa PN di bawah pentadbiran TS Muhyiddin telah berjaya membawa Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19. Hakikatnya semasa berkuasa selama 17 bulan kerajaan PN yang didominasi Bersatu telah membawa bencana kepada ekonomi rakyat dengan ‘total lockdown separuh masak’ selama hampir setahun. Pada Julai Tahun lalu, Malaysia telah dikategorikan sebagai 5 negara teratas di dunia yang paling teruk dijangkiti Covid19 mengikut perangkaan per juta penduduk. Malahan kemelut pentadbiran negara telah dicemari dengan pelaksanaan Ordinan Darurat yang diterjemahkan oleh pembangkang sebagai muslihat untuk mempertahankan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan bukannya untuk mengekang Covid19. Bukan itu sahaja Menteri Undang-Undang di bawah kabinet Muhyiddin juga telah dipersepsikan sebagai ‘menderhaka kepada DYMM Agong’.
PIHAK YANG KELUARKAN SIJIL VAKSINASI PALSU IBARAT PEMBUNUH
Oleh kerana Covid19, Omicron ataupun Delta boleh membunuh maka, pihak yang menangguk di air keruh itu, adalah signifikan diklasifikasikan sebagai pembunuh. Secara kasarnya golongan ini jika disabitkan kesalahan, mereka wajar dihukum penjara seumur hidup atau digantung sampai mati.
SEPARUH PENDUDUK EROPAH AKAN DIJANGKITI OMICRON TAPI MALAYSIA MASIH BERGELUT DENGAN PUAK ANTIVAKSIN
Lebih mengejutkan apabila Ustaz yang bertanggungjawab terhadap jemaah Umrah itu pula mendedahkan bahawa Menteri Alam Sekitar dan Air yang kini diserang jangkitan Covid19 setelah pulang daripada Umrah, juga tidak menerima vaksinasi.
JEMAAH UMRAH TIPU SIJIL VAKSINASI COVID MANAKALA KDN AKUI KEKHILAFAN
Menipu adalah sesuatu yang salah dari segi agama, lantas bagaimanakah mereka boleh melaksanakan ibadah dengan cara menipu? Sekiranya sijil dalam bentuk dokumen kertas yang menjadi rujukan pihak imigresen untuk para jemaah Umrah, maka jelaslah bahawa terdapat kelemahan dalam sistem menentukan status vaksinasi yang telah diterima rakyat. Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainuddin sendiri telah mengaku terdapat ‘kekhilafan’ dalam proses pemeriksaan sehingga 17 individu tanpa vaksin terlepas menunaikan umrah dan kemudian kembali ke Malaysia baru-baru ini.
VIDEO – JANGAN KENDONG BIAWAK HIDUP
Sebelum ini, empat belas Ahli Parlimen pembangkang telah membantah usaha pihak berkuasa menangkap mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah, malahan terus membantu mereka untuk divaksinasi tanpa apa-apa tindakan pihak imigresen. Tindakan sedemikian nampaknya seperti membatalkan undang-undang sedia ada dan bantahan genjot pihak pembangkang itu ibarat menggesa kerajaan mengendong biawak hidup.