(Video) MENGAPA PERLU ADA ‘UNDI PERCAYA’ TERHADAP TUN MAHATHIR?

Oleh Dr Mamat Desa

Ramai pihak yang bencikan PAS, UMNO dan gabungan kedua-duanya yang diangkat sebagai Muafakat Nasional, menyerang PAS dan mempersoalkan mengapakah ‘undi percaya’ terhadap Mahathir di parlimen perlu diadakan.

Jawapannya mudah sahaja, ia perlu diadakan kerana ada pihak yang menjerit-jerit saban hari meminta Mahathir melepaskan jawatannya sebagai PM dan menyerahkannya kepada DS Anwar Ibrahim.

Sedangkan jeritan itu belum tentunya merupakan suara majoriti Dewan Rakyat.

Untuk berlaku adil kepada rakyat, maka ‘undi percaya’ kepada Mahathir’ di Dewan Rakyat diperlukan.

Sememangnya Mahathir pun sudah berjanji akan melepaskan jawatannya kepada Anwar, tetapi kata Mahathir, “keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat.”

Majlis Presiden PH sendiri tidak mempunyai kuasa kerana ia tidak mewakili suara majoriti 222 ahli parlimen.

Mahathir juga menyatakan lojiknya, bahawa meskipun seseorang itu merupakan pemimpin daripada gabungan parti yang memiliki majoriti, tetapi sebaliknya jika tidak mendapat sokongan majoriti (dalam Dewan Rakyat), maka dia tidak akan dapat diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Kita berjanji, kita berpegang kepada janji. Saya cuma jadi Perdana Menteri kerana dapat sokongan dari parti saya, dan terutama dari majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Kalau saya tidak hendak letak jawatan tetapi majoriti dalam Dewan Rakyat tolak saya, saya jatuh. Yang berkuasa sebenarnya Dewan Rakyat dan ahli-ahlinya,” katanya ketika wawancara bersama laman The Malaya Post.

Faktor lain yang mendorong PAS untuk mengadakan ‘undi percaya’ kepada Mahathir ialah kerana keadaan undang-undang negara yang porak-peranda disebabkan oleh Peguam Negara.

Peguam Negara, Tommy Thomas telah mencipta sejarah menjadikan sistem perundangan negara ini sebagai undang-undang rimba, dengan kes-kes terpilih.

Lantas ia tidak menunjukkan ‘sistem pengasingan kuasa’ yang bebas apabila undang-undang menjadi pelindung kepada pihak terpilih, di samping menjadi alat menyerang, mengugut dan menindas pihak tertentu.

Oleh kerana Tommy Thomas adalah ‘boneka’ yang dilantik oleh DAP, maka pastinya PAS mahu Tommy Thomas dinyahkan sebagai Peguam Negara.

Mahathir juga belum lagi menandatangani surat menyambung tugas Tommy Thomas sebagai Peguam Negara untuk tiga tahun lagi. Jelaslah bahawa Mahathir sendiri mahu peguam yang tidak fasih berbahasa kebangsaan itu dinyahkan.

Meskipun Mahathir adalah Perdana Menteri daripada gabungan Pakatan Harapan, namun partinya, PPBM (Bersatu) hanyalah melukut di tepi gantang dalam pakatan itu.

Dengan itu juga Mahathir hendaklah diberikan kuasa sepenuhnya dengan sokongan besar daripada PAS dan UMNO serta parti-parti lain yang menyokongnya.

DAP yang cuba menjadi juara dan mendominasi setiap tindakan kerajaan PH hendaklah juga dicairkan kuasanya.

Kuasa PH yang banyak didominasi oleh DAP tidak membawa apa-apa kebaikan langsung kepada negara baik dari aspek ekonomi, pendidikan, nilai, integrasi nasional, hak kaum Melayu-Bumiputera, kedudukan Raja-Raja serta kedudukan agama Islam.

Mutakhir ini DAP lebih banyak menonjolkan penyakit ‘sawan babi’ yang amat Islamofobia, Melayufobia dan cauvinis Cina yang lupa bahawa Malaysia pada dasarnya adalah ‘Tanah Melayu’.

Dengan itu, sekiranya berjaya, ‘undi percaya’ terhadap Tun Mahathir, adalah merupakan serampang tiga mata, untuk mengenyahkan Tommy Thomas, mengenyahkan DAP dan menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Pihak yang menyokong Mahathir sendiri, dan begitu juga PAS, tidak mahu Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Sekiranya tidak berjaya, maka Mahathir mungkin suka sekiranya parlimen dibubarkan dan PRU15 akan menjadi penentu kepada Perdana Menteri yang baru di samping Peguam Negara yang baru.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: