(Video) MAT SABU GAGAL KAWAL KESELAMATAN SERANTAU

Mat Sabu telah disenaraikan sebagai Menteri Pertahanan yang tiada latar akademik yang signifikan berbanding dengan menteri-menteri pertahanan lain di seluruh dunia, lantas ditanggapi sebagai menteri pertahanan yang paling ‘bodoh’.

‘Malaysia Baru’ juga dikejutkan dengan hakikat bahawa pemimpin tertingginya telah membohongi rakyat dengan sijil akademik palsu.

Pelantikan Mat Sabu untuk mengetuai portfolio Kementerian Pertahanan yang amat penting bagi sesebuah negara, dianggap sebagai satu kesilapan besar.

Rakyat dikejutkan oleh Mat Sabu apabila dia mendedahkan kedaifan dan kelemahan tentera udara Malaysia kepada dunia.

Pendedahan dan perakuan ini merupakan satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan dari aspek keselamatan, perisikan dan kerahsiaan tentera negara.

Ia melengkapkan karektor kerajaan kakistokrasi Malaysia Baru – iaitu sistem kerajaan yang diurus tadbir oleh pemimpin yang paling teruk dari aspek keintelektualan politik atau dengan kata-kata lain pemimpin bodoh, bengap dan tidak bertanggungjawab.

Terkini, pada hujung Januari lalu, Mat Sabu telah digesa supaya menghubungi Menteri Luar Indonesia, Mahendra Siregar yang amat kecewa dengan langkah keselamatan Malaysia dan kelalaian terhadap perjanjian keselamatan negara serantau.

Mahendra amat kecewa dan mengkritik Mat Sabu apabila Malaysia gagal mengawal keselamatan negara di perairan serantau.

Jakarta mendakwa koordinasi dan keterlibatan pihak tentera Malaysia dalam perjanjian keamanan perairan Sabah, Sulu dan Sulawesi tidak berkesan, sehingga menyebabkan 5 nelayan Indonesia diculik oleh militan Abu Sayyaf di perairan Tambisan berdekatan Lahad Datu.

Bekas Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein membidas, “Saya sentiasa yakin dengan kemampuan ATM, dan TLDM mahupun Markas Angkatan Bersama (MAB). Namun Menteri Pertahanan mesti bertanggungjawab dan memainkan peranan”.

Mahendra Siregar dan kerajaan Indonesia amat kesal penculikan rakyatnya berulang di perairan Malaysia.

Kata Mahendra, “Kelihatannya keadaan ini kerana koordinasi atau keterlibatan pihak berkuasa di Malaysia tidak efektif selama ini,” sebagaimana dilaporkan CNN Indonesia.

Setelah hampir 2 tahun Mat Sabu menerajui Kementerian Pertahanan, masih tidak ada perkembangan baru dan usaha untuk memantapkan inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang turut membabitkan ATM, Tentera Nasional Indonesia dan Angkatan Tentera Filipina.

Kata Hishamuddin, “Saya tidak nafi TCA dimulakan semasa saya menjadi menteri pertahanan. Malah, bukan TCA sahaja, banyak lagi perancangan pertahanan dapat dilaksanakan dengan cepat serta tersusun kerana keakraban hubungan saya dengan menteri pertahanan Indonesia dan Filipina.

Sebelum ini, Mat Sabu juga dikritik keras kerana Kertas Putih Pertahanan hanyalah merupakan ‘wish list’ atau ‘senarai hajat’ Mat Sabu dan bukannya perancangan ketenteraan bagi mempertahankan negara dan kerjasama keselamatan serantau.

Kemuncak kepada ‘kebodohan’ Mat Sabu ialah apabila dia mengagungkan gerila komunis, Mat Indera, sebagai wira.

Tindakan Mat Sabu itu amat dimarahi oleh bekas tentera Malaysia, sehingga ada yang berani memberi amaran dan akan bertindak melalui pemberontakan bersenjata sebagaimana yang diperlihatkan dalam video berikut.

Hal kakistokrasi (pemimpin bodoh) ini diperbodohkan lagi oleh Menteri Kewangan yang mengheboh-hebohkan bahawa kerajaan PH mewarisi hutang negara yang berjumlah lebih daripada RM1.3 trilion.

Bodohnya Menteri Kewangan ini apabila dalam pembentangan Bajet 2019, dia memperakui pula bahawa hutang negara hanyalah RM686 bilion, bagi mendedahkan penipuannya kepada dunia dan pengundi PRU14 yang lalu.

Dalam pada itu hutang kerajaan PH bertambah dari RM686 bilion ketika BN memerintah kepada RM862.1bilion pertambahan RM175.3bilion, sebelum berakhirnya tahun 2019.

Dengan premis itu jugalah faktor kakistokrasi sedemikian telah menyebabkan pelabur asing lari meninggalkan Malaysia dan Bursa Malaysia jatuh merudum sebagai terburuk di dunia.

Ada menteri PH yang mengatakan bahawa golongan gay di Malaysia tidak mengamalkan seks luar tabii. Ia samalah seperti mendakwa bahawa orang Cina tidak makan babi atau orang Inggeris tidak makan roti.

Ada menteri yang mencadangkan agar peneroka dan pekebun kelapa sawit menggantikan tanaman mereka dengan buluh, dan ada yang menyarankan petani menanam ganja.

Jika rakyat digalakkan menanam ganja, maka apa salahnya kemudiannya nanti rakyat menanam kokain dan popi, sebagaimana telah dibuktikan oleh negara dadah Amerika Latin yang telah melahirkan ramai jutawan dadah dan kartel dadah.

Kemudiannya rakyat dikejutkan pula dengan industri kereta terbang yang akan diterajui ‘Malaysia Baru’ hanya dengan modal RM20 juta sahaja.

Nyawa rakyat juga digadaikan apabila di tengah-tengah kemelut virus nCOV di China yang kini telah meragut lebih 1000 nyawa (angka sebenarnya lebih 10 kali ganda), kerajaan membenarkan pelancong China masuk ke Malaysia kecuali pelancong dari jajahan Hubei, China.

Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan banyak negara lain lagi telah menyekat kemasukan rakyat China ke negara mereka untuk mengekang kemerebakan virus nCOV.

Langkah Malaysia ditanggapi sebagai ‘bodoh’ apabila virus nCOV telah merebak ke seluruh negara Komunis China itu dan bukannya terhad kepada jajahan Hubei sahaja.

Kerajaan Komunis China sendiri telah melaksanakan perintah berkurung kepada lebih 100 bandar raya di negaranya.

Dalam kes DS Anwar Ibrahim yang disumbat ke penjara dua kali atas tindakan tuduhan sodomi, Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan dan memperakui bahawa dia telah membuat keputusan yang salah dengan ‘mematuhi undang-undang sepenuhnya’ dalam tindakannya memecat Anwar sebagai Timbalan PM.

Maka lagi sekali rakyat diperbodohkan kerana 20 tahun lagi sekiranya dia masih bernafas dan tidak ’nyanyuk’, maka dia juga akan berkata “jika dia boleh menterbalikkan masa, dia tidak akan menganiayai DS Najib,” seperti yang dia kesali terhadap tindakannya ke atas Anwar.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: