TEMBELANG PECAH – REWCASTLE TERIMA RM1.4 JUTA DARI KRONI ANWAR, BUKAN DARI PAS

Semalam 28 Feb, dalam ‘Korek, Bongkar, Dedah’ kami telah paparkan satu rencana dengan dua sisipan video untuk mengingatkan khalayak supaya ‘Jangan Percaya Fitnah Anwar Ibrahim ke atas Pas.’

A 2 TEMBELANG 1

Tuduhan Anwar bahawa Clare Rewcastle Brown telah menerima wang ‘penyelesaian luar-mahkamah’ daripada PAS untuk kes fitnah RM90 juta, telah diberikan respons oleh Rewcastle dengan kenyataan ‘No Comment’.

A 2 TEMBELANG 2

Walau bagaimanapun hari ini (1 Mac) , terpampang dalam MStar pengakuan Rewcastle bahawa ‘Kami dibayar RM1.4 juta oleh PAS untuk selesaikan kes saman luar mahkamah’.

A 2 TEMBELANG 3
Dipetik daripada MStar

Sebagaimana dakwaan Dato’ Zulkifli Noordin dan Ummi Hafilda, manusia bernama Anwar Ibrahim ini akan sanggup membeli ‘saksi’ atau individu dan menipu untuk kepentingan politiknya. Malah Malaysia Today juga memperakui bahawa itulah ‘modus operandi’ manusia politik bernama Anwar Ibrahim (“…But then this has always been Anwar’s modus operandi from way back”).

A 2 TEMBELANG 4

Anwar dilaporkan berkata, “Apa yang Rewcastle-Brown cakap ialah PAS menerima wang daripada UMNO bukan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ya, saya ada bukti Hadi bayar RM1.4 juta kepada Clare.”

A 2 TEMBELANG 5
Dipetik daripada MalaysiaToday

“Saya ada dokumen transaksi bank itu. Buat masa ini saya tidak mahu tunjuk lagi bukti itu. Saya Anwar Ibrahim, saya tidak akan cakap jika tiada fakta,” katanya.

Walau apa pun dakwaannya, kami masih berpegang kepada kepercayaan bahawa Anwar Ibrahim adalah pemfitnah kerana bayaran RM1.4 juta yang didakwanya sebagai bayaran PAS kepada Rewcastle adalah sebenarnya bayaran yang dibuat oleh kroninya.

Hakikat ini didedahkan oleh Malaysia Today hari ini (1 Mac) bahawa bayaran kepada Rewcastle bukanlah daripada PAS mahupun daripada Presiden PAS, Dato’ Abdul Hadi Awang sebaliknya daripada Rameli Musa. Malaysia Today mengesahkan bahawa akaun cek pembayaran tersebut bukan milik PAS sebaliknya adalah milik Rameli Musa.

Malaysia Today juga mengangkat Rameli Musa sebagai kroni Anwar.

A 2 TEMBELANG 6

Bukan itu sahaja Anwar dilaporkan meminta Rameli membayar Rewcastle dan berpura-pura bahawa bayaran RM1.4 juta itu adalah untuk bayaran penyelesaian kes di luar mahkamah yang dibuat oleh PAS kepada Rewcastle.

Hakikatnya PAS sendiri pun tidak tahu-menahu tentang bayaran tersebut.

Selari dengan dakwaan Ummi Hafilda, Malaysia Today juga cuba mendedahkan bahawa demi kepentingan politik, Anwar sanggup membeli individu dan menipu.

Di samping itu, Malaysia Today juga membangkitkan persoalan “Adakah Anwar mahu menyatakan bahawa Rameli adalah ‘budak’ Mahathir dan Mahathirlah yang mengarahkan supaya bayaran dibuat kepada Rewcastle?”  Jika itu adalah benar, nampaknya krisis Anwar-Mahathir bercampur-baur dengan serangan terhadap PAS.

Kita tidak mahu memanjangkan leretan tanggapan atau persepsi itu, tetapi apa yang penting ialah Anwar telah memfitnah PAS dan fitnah itu datang serentak dengan PRK Semenyih yang akan berlangsung esok, 2 Feb 2019.

Lagi sekali kami amat berharap agar pengundi di Semenyih tidak mudah termakan fitnah dan diperbodohkan oleh ahli politik pemfitnah sebegini.

Mudah-mudahan apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi kenyataan, “Kerajaan yang naik atas dasar fitnah tidak akan kekal lama”.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: