VIDEO – JANGAN PERCAYA FITNAH ANWAR IBRAHIM KE ATAS PAS

Anwar Ibrahim sememangnya popular dalam hal pembohongan dan fitnah.

Orang-orang yang rapat dengannya amat kenal Anwar Ibrahim sebagai pembohong dan pemfitnah. Boleh tanya peguam Dato’ Zulkifli Noordin dan boleh tanya juga Ummi Hafilda.

Prof Dr Chandra Muzaffar pernah menggelarnya sebagai seekor sesumpah yang boleh berubah warna untuk menipu habitat kelilingnya.

A 27SEN 1 A A

Semalam 27 Feb tiba-tiba sahaja Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa dia memiliki dokumen transaksi bank yang membuktikan PAS membayar RM1.4 juta kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Sebaliknya Rewcastle apabila ditemui media, tidak mahu memberikan apa-apa komentar. Sedangkan mulut Rewcastle jika dibandingkan dengan terowong Genting-Sempah, besar lagi mulutnya untuk memburukkan PAS. Malah Rewcastle juga telah disahkan memfitnah PAS oleh mahkamah London.

Adakah secara kebetulan Anwar riuh mencanangkan yang dia ada dokumen transaksi bank hanya menjelang tiga hari sebelum PRK Semenyih?

A 27SEN 1 A A A

Dipetik daripada MStar

Modus operandi yang sama telah digunakan PKR untuk menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dengan dakwaan mereka mempunyai dokumen salah laku pentadbiran dan rasuah.

Namun setelah rakyat termakan fitnah mereka, dan TS Khalid juga telah melepaskan jawatan, mereka terus memohon maaf dan mengakui tiada pun dokumen seperti yang didakwa. Ia hanyalah fitnah semata-mata.

Perakuan Dato’ Zulkifli Noordin- Dipetik daripada YouTube

Peguam bagi kes pembunuhan Altantunya Shaaribuu, Dato’ Zulkifli Noordin pernah dipaksa oleh Anwar Ibrahim supaya memfitnah DS Najib di mahkamah untuk mensabitkan Najib dengan kematian Altantunya.

Zulkifli dalam satu ceramah terbukanya telah mendedahkan, “Anwar Ibrahim telah paksa saya supaya isytiharkan bahawa DS Najib terlibat (membunuh Altantunya). Saya kata saya tidak tergamak.”

Bukan itu sahaja, pegawai polis Ketua Inspektor Azilah Hadri, yang terlibat dengan kes pembunuhan Altantunya mengatakan, “DS Najib tidak tahu apa-apa, dia tidak terlibat langsung dan tiada kena-mengena sedikit pun.”

Kata Zulkifli lagi sebagaimana terakam dalam video yang disertakan, “Tapi saya ditekan lagi oleh Anwar Ibrahim. Dapatkan surat sumpah, suruh dia (Inspektor Azilah) mengaku Najib terlibat.”

Perakuan Ummi Hafilda – Dipetik daripada YouTube

Ummi Hafilda Ali, adik kepada DS Azmin Ali juga mendedahkan tentang sifat pemfitnah Anwar Ibrahim sebagaimana video yang disertakan.

Ummi Hafilda mendakwa selagi ada manusia bernama Anwar Ibrahim, dia akan sedaya- upaya membeli individu dan menipu untuk kepentingan politiknya.

“Saya ditangkap jam 12 tengah malam dan didera sehingga ke subuh. Saya dipaksa untuk menandatangani surat akuan sumpah yang dia sudah deraf. Anwar menggunakan polis untuk menggertak saya.”

Modus operandi yang sama digunakan untuk memaksa ayah kepada Saiful Bukhari Azlan (mangsa sodomi Anwar Ibrahim). Kandungan surat akuan sumpah yang dipaksa ke atas ayah Saiful adalah 90% hampir sama dengan surat akuan sumpah yang dipaksa tandatangani oleh Ummi.

Ummi mengesahkan bahawa surat akuan sumpah itu akan mengatakan, “Anwar ibrahim tidak bersalah, ini adalah konspirasi terancang yang amat kotor dan jijik, saya minta ampun minta maaf.”

“Kandungan surat akuan sumpah itu sama dengan surat akuan sumpah yang dipaksa ke atas saya,” tambah Ummi lagi.

Tidak payahlah kita penuhkan ruang sempit ini dengan kisah- kisah fitnah terancang Anwar Ibrahim ke atas pencabar politiknya yang lain.

Namun rakyat pasti masih ingat lagi ketika kes pembunuhan Altantunya meletus, isteri Razak Baginda telah mengeluarkan kenyataan di luar mahkamah di hadapan para pemberita bahawa, “Suami saya tidak ada rancangan untuk menjadi Perdana Menteri…(ini adalah perancangan orang yang gila sangat nak jadi Perdana Menteri?) ”

Maka timbul persoalan, siapakah yang hendak menjadi Perdana Menteri ketika itu tetapi terhalang?

Tidak lain dan tidak bukan ia adalah Anwar Ibrahim!

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: