‘DAMAGE CONTROL MAHATHIR’ – MENEGAKKAN BENANG BASAH

Sehari selepas PRK Semenyih, Mahathir telah membuat kenyataan bahawa elemen perkauman dan agama menjadi faktor kekalahan PH yang diwakili calon PPBM, pimpinannya.

Nampaknya Mahathir seperti buta dan tuli kerana tidak melihat bahawa antara faktor kekalahan PH adalah kerana tindak-tanduknya sendiri selain kelemahan Menteri Kabinetnya yang dia sendiri perakui.

Bahkan Mahathir sendiri mengaku dia dilantik oleh DAP, maka dia hanyalah kaldai tua DAP.

A 1 mahathir bodoh 1
Mahathir kaldai DAP?

Beberapa hari sebelum PRK Semenyih, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO parti ‘kafir’.

Video Mahathir menuduh UMNO parti ‘kafir’. Dimuat turun dari YouTube

Siapakah dia yang cuba mengeluarkan fatwa sedemikian? Jika ada permusuhan UMNO terhadap Islam seperti tragedi Memali, Mahathirlah yang sebenarnya yang menjadi dalang kepada pembunuhan orang kampung Memali. Jadi siapakah yang kafir?

Sebagaimana didakwa oleh anak mangsa Memali, segerombolan anggota bersenjata telah dihantar untuk menyerang orang kampung Memali hanya kerana mereka cuba membela seorang ustaz yang mengajar agama.

Namun mengapakah Mahathir berdiam diri ketika berlaku rusuhan Hindu di kuil Mariamman Seafield yang ganas dan tidak bertamadun? Akhirnya keganasan tersebut membunuh seorang pegawai Bomba Melayu-Islam.

Lantas, rakyat melihat kerajaan pimpinan Mahathir cuba melindungi pengganas Hindu dalam kes kuil Mariamman itu. Jadi siapakah yang kafir?

UMNO-PAS tidak sekali-kali memainkan isu agama, tetapi mereka cuba mempertahankan nama baik agama dan Rasulullah SAW.

Tanyalah mana-mana ulama apakah hukum bagi umat Islam dan golongan munafik yang tidak membela Rasulullah SAW sekiranya baginda dihina dan dikeji? Apakah tindakan Mahathir terhadap orang yang mencerca dan menghina Rasullullah? Jadi, siapakah yang kafir?

A 1 mahathir bodoh 2
Dipetik daripada Portal PakDin

Mahathir buta dan tuli apabila dia sering membuat kenyataan tentang bekas PM sebagai perompak, lanun dan macam-macam lagi setiap kali dia membuat ucapan.

Image result for KARPAL SINGH NAK HERET MAHATHIR KE MAHKAMAH

Mahathir lupa bagaimana Mat Sabu, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Lim Guan Eng dan mendiang Karpal Singh pengancam untuk mengheretnya ke mahkamah sekiranya mereka menang. Namun dengan strategi ‘machiavellian’ Mahathir terus bersekongkol dan berada dalam kumpulan mereka untuk mengelak tindakan.

A PENCAK 2

Mahathir juga buta apabila masih mengangkat isu hutang BN RM1 trillion sedangkan Bajet PH 2019 telah menafikannya. Sekiranya ada hutang sedemikian banyaknya hari ini, maka itu adalah hutang yang dibuat oleh PH, bukannya BN. Rakyat tidak bodoh seperti yang dia sering laung-laungkan.

A 1 mahathir bodoh 3

Menteri kabinet yang masih mentah seperti Syed Saddiq sendiri sedar tentang kelemahan PH. Saddiq telah menasihati parti komponen PH agar tidak menuding jari menyalahkan orang lain kerana kelemahan diri sendiri.

Kata Saddiq “This is not the time to blame anyone, we all need to do self-reflection as all have roles to play. We need to improve, including myself, Bersatu Youth and Harapan Youth. I think it’s back to the drawing board. We need to look and move forward. We need to work as usual. We congratulate the BN.”

Penganalisis politik, Peter Minos, yang pernah menjadi pemimpin tinggi parti PBB Sarawak megatakan bahawa PH telah kehilangan populariti. Samalah seperti Mahathir yang telah jatuh popularitinya. Dia sedar tetapi cuba berpura-pura.

Dalam satu undian populariti antara Mahathir dan DS Najib yang dijalankan oleh Syed Saddiq, Mahathir cuma meraih 17 % undi daripada 29,300 pengundi, berbanding Najib yang mampu peroleh 83 % undian.

A 1 mahathir bodoh 6

Kata Peter Minos lagi, “Kekalahan PH sememangnya dijangkakan kerana PH setelah membuat banyak janji pada PRU yang lalu, kini telah menjadi parti yang menggunakan dan bergantung kepada pembohongan.”

Minos juga mengatakan bahawa isu GST, 1MDB dan isu DS Najib tidak lagi terpakai sekarang kerana kesedaran rakyat yang kini menjadikan PH sebagai sasaran serangan mereka.

Malahan Minos mengatakan bahawa Menteri Kabinet Mahathir adalah bongkak dan sombong yang tidak disukai rakyat dan mereka ini memiliki ijazah palsu serta idea pembaharuan mereka yang bodoh. ( Minos said, Another reason, was because of the Harapan cabinet members. Harapan has ministers who are very arrogant whom people do not like, ministers with fake degrees and silly ideas.”)

Minos juga yakin PH akan kalah di Rantau.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn pula percaya sehingga kini tiada apa-apa hasil yang nak dibanggakan dalam pentadbiran PH malahan negara menjadi ‘caca marba,’ dengan sikap pemimpinnya yang ego, tidak mengaku salah, tiada integriti, pemalsuan sijil akademik dan penipuan selain sikap ‘u-turn’ yang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.

Kata Bastien, PH hanya pandai menabur janji tapi tidak menepatinya.

Sepatutnya rakyat perlu dapat subsidi asas seperti gas memasak, tepung, apungan petrol, gula, minyak masak yang telah ditarik balik melalui pelan rasionalisasi subsidi sedangkan subsidi bersasar ini merupakan kaedah untuk membantu mereka yang layak.

Rakyat tidak faham mengapa kerajaan PH mengurangkan jumlah penerimaan Bantuan Sara Hidup (BSH) sedangkan duit itu merupakan penjimatan daripada rasionalisasi subsidi. Itu adalah hak rakyat.

Rakyat amat kecewa khususnya golongan bujang yang mendapat sebanyak RM100 atau 27 sen sehari sahaja, sedangkan kos sara hidup semakin tinggi.

“Ditambah lagi dengan peluang pekerjaan yang dijanjikan PH sebanyak 1 juta hanya ‘mimpi belaka’ walhal semasa era BN dahulu peluang pekerjaan ditambah… lebih dari itu kerajaan PH mahu mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan  dengan alasan yang sama… tiada duit,” tegas Bastien.

Sedangkan rakyat tahu bahawa kakitangan yang hendaklah dihentikan kerja oleh PH-DAP adalah kaum Melayu-Islam!

Setelah kalah di Semenyih, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pula membuat ‘u-turn’ untuk mengembalikan semula bayaran RM250 kepada mahasiswa seperti yang dinikmati pada zaman pentadbiran BN di bawah Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pada tahun depan.

Sementara, Menteri Industri Utama, Teresa Kok pula mencadangkan pekebun kecil beralih kepada tanaman baharu seperti kelapa, nanas atau buluh sebagai langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap hasil tanaman kelapa sawit sebagai produk komoditi.

Teresa Kok tidak faham tentang produk komoditi kelapa sawit dan getah yang merupakan industri diversifikasi yang besar dan lebar jaringannya. Kejatuhan harga getah dan kelapa sawit adalah kerana industri pembuatan bagi komoditi itu daripada negara luar telah merosot kerana sentimen diplomatik PH yang bodoh.

Mahathir juga telah turut berkempen di PRK Semenyih. Di United Kingdom (Malaysia mengambil rangka sistem demokrasi UK) Perdana Menteri (PM) tidak boleh berkempen dalam PRK, kerana jika parti PM kalah, ia bermakna rakyat menolak kerajaan dan undi tidak percaya akan dilaksanakan segera oleh parlimen.

Tapi di Malaysia sudah dua kali PM terlibat dalam PRK dan dua kali itu parti PM kalah. Mahathir adalah pemimpin yang tidak malu! Undi tidak percaya ke atas PM sepatutnya diadakan.

Jadi nampaknya Mahathir seakan-akan cuba menegakkan benang basah, kerana terlalu percaya kepada tukang tilik daripada Universiti Malaya yang berselindung sebagai ‘penyelidik’. Mereka menilik mengatakan bahawa PH akan menang di Semenyih, maka jadilah Mahathir lalai dan lena sebagaimana sang arnab yang lalai dan lena dalam perlumbaan dengan kura-kura.

Sedangkan kura-kura telah dibekukan asetnya dan diserang dengan pelbagai tuduhan terpilih di mahkamah yang dikawal oleh diktator tua kaldai DAP.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: