PRK DUN RANTAU – AWAL-AWAL LAGI PH SUDAH BERMASALAH

Meneliti isu pembatalan kemenangan tanpa bertanding, Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hassan, di DUN Rantau atas tuntutan calon PKR, Dr Streram Sinasamy di mahkamah, ia menjadi tidak wajar sekiranya yang akan bertanding nanti bukan Streram sendiri.

Pada 28 April tahun lalu, pada hari penamaan calon, Dr Streram telah tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon ekoran ketiadaan pas SPR untuk memasuki pusat penamaan calon.

Dengan itu SPR telah mengumumkan kemenangan tanpa bertanding kepada Mohamad Hassan.

Streram kemudian memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN Rantau itu diadakan semula kerana mendakwa Mohamad tidak dipilih secara sah dan terbatal, pada 23 Mei tahun lepas. 

Anehnya kemenangan tanpa bertanding itu, dan larangan masuk ke pusat pendaftaran calon adalah peraturan SPR, dan bukannya atas kehendak dan tindakan Mohamad Hassan. Nampaknya SPR telah banyak menyusahkan calon BN dan rakyat!

Sekiranya Streram yang menuntut pembatalan kerana dia tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon mengapakah setelah mahkamah membenarkan tuntutan, PH akan menamakan orang lain pula sebagai calon?

Ibarat kata, sekiranya dia yang dahulunya diharamkan memasuki kebun untuk menuntut buah, dan kini mahkamah telah membenarkannya, kenapakah orang lain pula yang dibenarkan memasuki kebun dan menerima buah yang dituntut itu?

A 1 STRERAM 3

Pada 3 Mac baru-baru ini, akhbar melaporkan 11 Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah menolak Dr Streram sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut.

Mereka mendakwa, PH akan kalah lebih awal jika kepimpinan gabungan itu masih bertegas untuk mencalonkan Streram kerana akar umbi tidak mahu menerima Streram sebagai calon di DUN Rantau.

Mereka juga mendedahkan bahwa Streram bukan anak jati Rantau dan tidak pernah membantu MPKK atau turun padang menyelesaikan masalah rakyat. Jelas sekali rakyat akan tertipu lagi dengan calon PH ini sekiranya dia menang.

Setiausaha MPKK Sendayan, Osman Mohd Ramli pula melahirkan kegusarannya untuk tidak mengundi PKR sekiranya Streram dipilih bertanding mewakili PKR di PRK tersebut.

Lebih daripada itu, mereka juga tidak akan menggerakkan jentera di bawah MPKK untuk membantu Streram malah mengugut akan memilih calon BN, Mohamad Hassan jika Streram yang bertanding.  

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun pula membidas kemungkinan akan mengambil tindakan disiplin ke atas 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Rantau yang menolak pencalonan Streram.

Mengulas lanjut, beliau berkata seseorang yang dilantik oleh kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya membuat pengumuman ataupun mengadakan sidang media yang kontroversi.

Nampaklah sangat di sini bahawa kekebasan bersuara dan kebebasan media tidak sebagaimana yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia Baru PH.

Timbalan Presiden PKR, DS Wan Azizah pula melaporkan Biro Politik PKR belum lagi membincangkan mengenai calon PRK DUN Rantau.

Dengan itu calon yang akan bertanding belum lagi diputuskan.

Streram pula yakin bahawa dia akan dicalonkan semula oleh kepimpinan PKR untuk PRK DUN Rantau.

A 1 STRERAM 2

Namun ada pula desas-desus mengatakan bahawa atas kehendak Presiden PKR, Anwar Ibrahim, PKR akan melantik Rafizi Ramli sebagai calon kerana dia sebelumnya telah dihalang bertanding dalam PRU14 atas sabitannya  dalam kes mahkamah.  

Namun, Rafizi juga akan membangkitkan masalah kepada penyokong akar umbi PKR kerana seperti Streram dia juga bukan anak jati Rantau.

Malah Rafizi telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya dia ditawarkan RM1 juta pun dia tidak akan bertanding di Rantau.

Nampaknya PKR sedang dilanda kemelut calon PRK DUN Rantau, meskipun ia belum lagi bermula.

Streram bukan calon terbaik PKR di PRK Rantau, namun dialah yang mencabar kemenangan DS Mohamad Hassan, lalu kenapa pula orang lain yang harus bertanding?

PRK DUN Rantau belum lagi bermula, tetapi ribut taufan sudah pun melanda PKR. Apa yang SPR buat dahulu adalah betul, baik berikan sahaja kemenangan tanpa bertanding kepada Mohamad Hassan.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: