SIAPAKAH PUAK AGAMA YANG PALING KUAT RASUAH SEBAGAIMANA DAKWAAN PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH PDRM BUKIT AMAN?

Editorial

23 April 2023

APABILA Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mendakwa golongan agama, adalah golongan yang paling ramai terlibat dengan rasuah, apakah maknanya sekiranya dibuat analisis literal?

Golongan yang terlibat dalam rasuah ialah mereka yang ada kuasa.

Lantas siapakah yang dimaksudkan oleh Datok Ayob Khan Mydin Pitchay, yang telah mengeluarkan kenyataan dengan penuh berlapik?

Datok Ayob Khan sudah tersohor sebagai pegawai tinggi PDRM yang jujur dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dan digniti.

Lantas kebolehpercayaan dakwaan Ayob Khan itu serta keabsahannya daripada statistik PDRM Bukit Aman tidak boleh dipertikaikan.

Lantas siapakah golongan agama yang berkuasa itu?

Adakah golongan agama DAP? Namun mana ada golongan agama dalam DAP?

Adakah golongan agama Amanah yang ramai tahu bahawa mereka adalah golongan profesional dan bukan ulama.

Adakah golongan agama daripada UMNO, sedangkan UMNO tidak diterima sebagai golongan agama oleh majoriti rakyat, kecuali penyokong UMNO daripada kalangan ulama. Namun golongan ulama ini tidak berkuasa.

MCA, MIC, Pejuang, PUTRA dan Warisan jauh sekali diterjemahkan sebagai golongan berkuasa daripada kalangan mereka yang kuat agama.

Lantas tidak lain dan tidak bukan, golongan agama yang didakwa oleh Ayob Khan sebagai kalangan yang kuat rasuah dan memiliki kuasa politik adalah daripada parti PAS.

Mereka ini adalah puak agama yang berkuasa dalam kerajaan semasa Muhyiddin mentadbir negara di bawah panji PN.

Hari ini sudah terdedah bagaimana pengundi yang taksub (obsessed) dan terasuk (possesed) mudah diperbodohkan oleh golongan agama yang berkuasa ini, sehingga mereka sanggup menjual agama, megatakan bahawa ‘mengundi PAS masuk syurga’.

Hari ini juga Abdul Hadi Awang yang selayaknya diberikan anugerah “Bapa Perpecahan Umat Islam Malaysia” yang tersohor dengan AMANAT songsangnya, sedang panas menggelupur kerana dakwaan rasuah.

Sebagai mempertahankan dirinya, dia mencanangkan bahawa ‘rasuah itu sedekah’ mengikut undang-undang rekayasanya yang tersendiri tanpa merujuk definisi rasuah daripada Undang-Undang Negara sebagaimana termaktub dalam Akta 694.

Sekiranya berlaku sesuatu transaksi laba dalam bentuk wang ringgit, dan ada timbal-balasnya, maka ia bukanlah sedekah, tetapi menjadi suapan, sogokan, rasuah atau lain-lain transaksi yang amat berbeza dengan konsep sedekah.

Imbalan sedekah adalah daripada Allah Azzawajalla, bukan daripada manusia yang pandai menunggang agama.

Menyogok duit kepada pengundi semasa pilihan raya dan memaksa mereka bersumpah untuk mengundi PAS adalah merupakan sogokan atau rasuah, manakala kuasa yang golongan agama terima setelah menang pilihan raya melayakkan mereka menerima gaji yang lumayan untuk tembolok mereka sendiri.

Sidang parlimen wewenangnya mereka ponteng.

Manakala pihak pemimpin seperti Muhyiddin Yassin menyogok lagi golongan agama ini dengan jawatan ‘Duta Khas bertaraf Menteri’ yang tidak diperlukan demi mendapatkan sokongan, sehingga sanggup menolak ke tepi perpaduan umat Islam sebagaimana dijanjikan dalam agenda ‘perpaduan ummah’.

Apabila SPRM bertindak maka adalah pula penyokong taksub dan terasuknya yang membuat ancaman kepada pihak berkuasa supaya tidak bertindak terhadap ‘Tok Guru’ mereka itu.

Mereka mula melancarkan propaganda dengan perarakan ala-tentera berserban hijau, seakan-akan mereka adalah pejuang agama dan tentera Islam.

Adakah SPRM akan termakan dengan ancaman itu semua?

Jika rumah DS Najib digeledah pada bulan Ramadan sehingga ke bilik tidur, dan kemudian diikuti oleh geledahan rumah anak-pihaknya dan rampasan hartanya tanpa belas-kasihan, mengapakah orang kuat agama seperti Abdul Hadi dan Muhyiddin Yassin tidak diambil tindakan sebagaimana DS Najib dianiaya dan dimalukan.

Ohh adakah kerana DS Najib bukan ‘orang agama’?

Inilah antara tanda akhir zaman!

Video sumpah dengan nama Allah oleh pengundi yang disogok dengan wang supaya mengundi calon PAS pada PRU15 telah tular dan kini menjadi bahan bukti SPRM yang dikaitkan dengan kes rasuah pilihan raya PAS.

Gelagat sogokan kepada pengundi itu sungguh memalukan agama Allah.

Malah orang kuat ‘golongan agama’ seperti Takiyuddin Hassan ketika berjawatan Menteri Undang-Undang, adalah golongan yang bersubahat dalam hal ‘memandulkan’ Dewan Rakyat (Parlimen).

Semuanya kerana mahu menyembunyikan dana negara RM600 bilion yang ‘dirompak’ supaya tidak dipersoalkan di Parlimen.

Namun hanya setelah dititahkan oleh DYMM SPBYDP Agong beberapa kali baharulah mereka (Muhyiddin dan golongan agama seperti Takituddin) terhegeh-hegeh memaklumkan bahawa Ordinan Darurat yang menyekat Sidang Dewan Rakyat dibuka semula.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: