PUAK YANG AKAN MENJADI AHLI KLUSTER MAHKAMAH AKAN RAMPAS KUASA?

Editorial

28 April 2023

SETELAH Muhyiddin Yassin dituduh dan menjadi antara suspek penting dalam kes Jana Wibawa, kini Hamzah Zainuddin, Abdul Hadi Awang dan konco-konco terasa amat pedas lidah dan tekak mereka selepas mengunyah cili api.

Daripada idea ‘tebuk atap’ Muhyiddin, kini pelbagai idea telah timbul yang meleret kepada tebuk lantai, pecah tingkap, kopah pintu belakang dan pelbagai lagi.

Terkini sekonyong-konyong Tun Daim yang sekian lama bertapa, tiba-tiba muncul dalam satu pertemuan sulit, sebagaimana dihebohkan oleh medsos.

Mengapakah Tun Daim perlu mengadakan pertemuan sulit dengan Hamzah serta Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan? Nampaknya Muhyiddin dan Abdul Hadi hanya berani menghantar proksi mereka untuk mendesak kerjasama Tun Daim.

Bukankah Tun Daim adalah orang kanan Tun Mahathir dalam urusan ‘menggelapkan’ dana negara dalam pelbagai kes seperti BNM-Forex, membeli dan menubuhkan bank di luar negara, menyembunyikan berbilion dana sebagaimana di dedahkan oleh MSN, membisu dengan isu ‘Kertas Pandora’ serta label kleptokrat terkaya dunia yang dilontarkan kepada Tun Mahathir?

Lantas, di manakah letaknya prinsip PN@ Muhyiddin sebagai puak yang ‘bersih dan bebas rasuah’ sekiranya mahu bersekongkol dengan golongan perasuah elit dan harta rasuah super mega?

Rakyat tertanya-tanya hebat sangatkah Mahathir, apabila George Soros melabelkannya sebagai ‘corrupt moron’ yang menyalahgunakan kuasa sebagai PM yang membazirkan wang negara dengan pembinaan Menara Kembar Petronas?

Selidiklah latar tapak tanah serta siapakah kontraktor dan kroni Mahathir yang menjadi kaya sekelip mata melalui projek mega itu?

Namun ramai penganalisis melihat, di belakang Tun Mahathir pasti ada Tun Daim.

Kini Mahathir juga kepanasan kerana cuba bereksperimen dengan mencabar Anwar untuk membuktikan segala ‘perompakan’ yang telah dia lakukan di mahkamah, sedangkan rakyat tertanya-tanya mengapakah media antarabangsa dengan lewahnya mendedahkan Mahathir sebagai antara kleptokrat terkaya dunia dengan harta bernilai USD 45 bilion.

Tidaklah diketahui adakah pertemuan Tun Daim dan konco-konco Muhyiddin itu disusun oleh Tun Daim sendiri, atau pihak Muhyiddin, atau mungkin juga Mahathir?

Namun sebagaimana yang terngiang-ngiang, pada agenda pertemuan sulit itu, serta persepsi penganalisis, mereka sedang merancang satu ‘coup d’tat’ dengan apa cara sekalipun, baik tebuk atap, tebuk lantai, pecah tingkap, atau menyusup masuk dengan mengopah pintu belakang.

Isu moral DS Anwar Ibrahim sedaya-upaya cuba dimanipulasi, sebagaimana Mahathir lakukan pada 1998, tetapi kemudiannya selepas PRU14, Mahathir mengaku pula bahawa DS Anwar telah dianiaya.

Tidak hairanlah nanti, apabila ada manusia lidah bercabang yang akan mengeluarkan pula kenyataan bahawa DS Najib juga telah dianiaya.

Ibarat seorang pencuri yang menjerit-jerit bahawa telah berlaku kecurian, tetapi dialah yang mewayangkan semula kisah pencuri itu kepada versi ‘menganiaya’ sedangkan pihak yang menganiaya itu adalah dirinya sendiri.

Sebagaimana dimaklumkan oleh Datok Lokman Noor Adam, dalam pertemuan sulit itu, Daim telah membuat spekulasi bahawa 15 Ahli Parlimen BN kononnya sudah bersetuju untuk mengosongkan kerusi mereka.

Jika 15 Ahli Parlimen BN akan mengosongkan kerusi mereka, nampaknya tindakan tersebut adalah tindakan untuk mengenyahkan UMNO-BN daripada blok kerajaan.

Namun dengan 15 Ahli Parlimen itu Kerajaan Perpaduan (KP) pimpinan DS Anwar tidak akan tumbang kerana setakat ini KP mempunyai 136 Ahli Parlimen manakala blok pembangkang hanya mempunyai 82 Ahli Parlimen dengan jumlah keseluruhan ialah 218 Ahli Parlimen.

Sekiranya 15 Ahli Parlimen mengosongkan kerusi mereka, maka blok kerajaan masih mempunyai majoriti 121 Ahli Parlimen untuk menerajui kerajaan (sila rujuk https://premium.sinarharian.com.my/article/226495/sinar360/infografik/infografik-kedudukan-terkini-ahli-parlimen-di-dewan-rakyat )

Meskipun pelbagai spekulasi terbangkit akibat pertemuan sulit itu pada PRN yang akan diadakan di beberapa negeri selewat-lewatnya pada Jun ini, namun apa jua kejayaan Tun Daim dan konco-konco Muhyiddin itu, 15 Ahli Parlimen BN yang dikatakan itu tidaklah sebodoh seperti yang dijangkakan.

Melainkan jika kleptokrat terkaya dunia sanggup mengorbankan beberapa bilion untuk menyogok mereka sebagai tindakan menutup rapat dunia politik mereka akibat pelaksanaan akta anti-lompat parti.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: