Editorial
20 April 2023
ATOK Sepet yang matanya hampir tertutup kerana gelambir kulit, nampaknya lebih besar mulutnya untuk membebel.
Lim Kit Siang yang masih dikatakan sebagai pemimpin d’facto DAP nampaknya menentang keras pandangan UMNO untuk menyokong pengampunan DiRaja ke atas DS Najib Tun Razak.

Isu pokoknya bukanlah untuk menyokong pembebasan Najib dengan semborono, tetapi sebaliknya adalah usaha untuk menyelamatkan Najib daripada kezaliman ‘tangan ghaib’ yang turut menjadi kebencian Kit Siang.
‘Tangan ghaib’ itu telah menodai badan kehakiman dengan mencampuri urusan badan tersebut dengan pelantikan Ketua Hakim yang kini kekal menghakimi kes DS Najib di Mahkamah Persekutuan.
Kit Siang harus mencelikkan matanya dengan kenyataan Pengerusi Panel Hakim YAA Datok Abdul Rahman Sebli bahawa “Keadilan bukan sahaja mengenai rasa bersalah atau tidak bersalah seseorang yang dituduh, beliau juga mesti mempunyai perbicaraan yang adil. Beliau juga mesti merasakan dia mendapat perbicaraan yang adil. Jika sistem pengadilan itu tidak mampu, beliau tidak patut dibicarakan sama sekali.”

Kit Siang juga tidak mahu zaman kegemilangan UMNO kembali semarak sekiranya Najib dibebaskan dan kembali menambat hati rakyat.
Namun Kit Siang amat megah menerima Mahathir selepas PRU14 untuk dijadikan keldai tunggangan pemimpin DAP sehingga cuba masuk campur urusan Tabung Haji, Khazanah, Petronas, Bank Islam, mencela JAKIM dan banyak lagi. Semuanya hanya mengangkat kemarahan kaum Melayu-Islam setelah DAP dilihat menjadi pelahap seperti mana komunis yang rakus sebelum kembalinya British setelah tamatnya Perang Dunia Kedua.
Malahan Kit Siang mendakwa Kerajaan Perpaduan akan runtuh sekiranya Najib diampunkan, dibebaskan dan kembali ke arena politik.
Hakikatnya, Kit Siang sedang gelabah kerana pengaruhnya melalui Lim Guan Eng yang terlibat dengan kes rasuah Terowong Bawah Laut sehingga membawa kepada ‘kematian’ saksi penting Ewe Swee Kheng, menjadi mimpi ngeri dirinya.
Malah hari ini Lim Guan Eng cuba mencari jalan untuk memperkukuhkan pengaruhnya dengan strategi menendang keluar P Ramasamy dan konconya di DUN Perai dan Bagan Dalam.

Walau bagaimanapun sememangnya Ramasamy yang pernah dikaitkan dengan aktiviti pengganas antarabangsa Tamil Eelam sewajarnya ditendang keluar daripada kerajaan.
Isu penting yang harus rakyat lihat ialah perubahan paradigma Setiausaha Agung baharu iaitu Anthony Loke yang jauh berbeza dengan Lim Guan Eng yang kini menjadi liabiliti DAP.
Sifat sederhana Loke serta pendiriannya yang menerima hakikat susunan kabinet YAB DS Anwar dengan hati terbuka apabila DAP tidak lagi dilihat sebagai mendominasi PH, amatlah dipuji.
Loke sedar bahawa kehadiran BN-UMNO ke dalam Kerajaan Perpaduan adalah suatu merit untuk memberikan kuasa pentadbiran negara kepada gabungan PH.
Malah Loke sedar bahawa, dengan penglibatan BN-UMNO ke dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan DS Anwar, akan menyuburkan persepsi bahawa DAP bukan anti-Melayu dan bukan anti-Raja-Raja Melayu.
Namun di sebalik perubahan paradigma yang cuba dibawa oleh Loke, Atok Sepet Kit Siang masih celupar dengan mulut besarnya tetapi matanya rabun melihat realiti sfera politik yang serba kemungkinan.
Pastinya BN-UMNO bukan seperti Tun Mahathir yang boleh diperbodohkan untuk dijadikan ‘boneka DAP’ sebagaimana dia sendiri akui.

Strategi DAP ‘Use Malay to screw the Malays’ tidak lagi berbisa malah sudah tumpul dan patah untuk dipergunakan ke atas UMNO.
Kit Siang masih dengan aliran pemikiran ‘cauvinis Cina’-nya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman dan amat dibenci oleh kaum Melayu-Bumiputera.
Atok Sepet itu nampaknya tidak suka Loke menjalin usahasama dengan UMNO.
Tidakkah Kit Siang sebelum ini cuba menjadi juara keadilan rakyat dan menyokong gerakan Bersih?
Kit Siang mahu Najib terus dipenjarakan, meskipun sudah terang lagi bersuluh, terdapat pelbagai konspirasi dalam badan kehakiman selain ‘konflik kepentingan’ hakim yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan keadikan yang saksama.
Kit Siang amat gah mencanangkan isu kleptokrasi yang ditujukan pada Najib tapi dia lupa tentang kes Forex-BNM yang menjadi tajuk buku tulisannya suatu ketika dahulu, anehnya kenapa kini dia diam membisu?
Tanyalah diri sendiri siapakah yang menyumbat kamu ke kem Kemunting beberapa kali, termasuk kezaliman dalam ‘Ops Lalang’?

Apakah Kit Siang juga sudah disogok oleh tangan ghaib itu?
Hari ini Kit Siang bising tentang isu pengampunan Najib, tetapi dia diam apabila anaknya Guan Eng terperangkap dengan kes sogokan 10% projek Terowong Bawah Laut.
Bukalah seluas-luasnya mata sepet itu tentang pendedahan Tommy Thomas mengenai isu pelantikan dirinya sebagai Peguam Negara atas usaha dan percaturan Kit Siang untuk menyelamatkan Guang Eng daripada kes ‘banglo murah’.
Hipokritnya Kit Siang kerana mahu anaknya bebas-lepas tetapi suka melihat Najib dipenjara kerana penganiayaan musuh lamanya yang selama hampir 60 tahun mencaci dan mencerca DAP.
Kit Siang gagal belajar daripada kesilapan dan kelalaiannya yang lalu apabila bersengkongkol dengan Mahathir yang gagal menunaikan janji termasuk memerangi rasuah, malah menodai badan kehakiman dengan pelantikan Maimun, Tommy Thomas dan Latheefa Koya dalam badan kehakiman dan penguatkuasa undang-undang.
Kit Siang juga membisu dalam isu rasuah dua pegawai yang berkhidmat dengan Menteri Sumber Manusia dari DAP, Sivakumar.
Baharu sahaja pegang jawatan menteri, setiausaha sulit sudah naik tocang, lantas dimanakah letaknya pendirian Atok Sepet untuk melawan rasuah?
Bukalah mata Atok yang amat sepet itu, supaya keadilan boleh ditegakkan!
****
Tinggalkan Jawapan