Editorial
13 Sept 2022
DAP telah mengesahkan penubuhannya di kawasan majoriti Melayu di Parit Perak, dengan melantik kaum Melayu juga sebagai ketua cawangan.
Cukuplah dengan tindakan menjadikan orang Melayu sebagai keldai tungangan untuk meracuni fikiran Melayu dengan dakyah dan agenda tersembunyi DAP.

DAP lebih sibuk dengan agenda membawa abu mayat Ketua Komunis Malaya, dan membenarkan perhimpunan bekas gerila komunis yang telah banyak membunuh kaum Melayu pada era Darurat dahulu.

Semasa tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei, Kertas Putih hasil penyiasatan pihak kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak mendapati bahawa calon-calon DAP pada PRU3 telah menggunakan isu perkauman secara ekstrem dan menentang Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan yang membela hak dan kedudukan Melayu-Bumiputera, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
Kertas putih itu juga mencatatkan tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 5 petang 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Apa polis boleh buat – kita raja” dan “Buang semua Polis Melayu”.
Lantas ketika berkuasa mereka sibuk untuk membawa dakyah komunisme melalui komik propaganda politik yang diberi percuma kepada semua sekolah-sekolah seluruh negara.

Dengan egonya ketika mereka berkuasa, DAP telah mengencutkan bajet keselamatan sekolah yang dipotong RM50.7 juta manakala bajet kebersihan sekolah pula dipotong RM427.3 juta, akibatnya 1,382 syarikat terjejas dan 10,406 pekerja dibuang yang majoritinya adalah kaum Melayu.
Selain itu Institut Terjemahan Buku Negara (ITMB) juga diarahkan tutup yang akan menyebabkan 96% daripada pekerjanya orang Melayu akan hilang pekerjaan sebagaimana pernah dibangkitkan oleh Ahli MKT UMNO, Datuk Suraya Yaacob.
Manakala 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) diarahkan tutup semata-mata untuk menjimatkan RM213 juta kerana tidak perlu bayar elaun pelatih guru.
Lihat dalam senarai kepimpinan CEC DAP, di mana letaknya pemimpin Melayu?
Apabila wujud tokoh seperti Zairil Khir Johari, DAP cuba membutakan kaum Melayu, kononnya ada tokoh Melayu dalam DAP yang memainkan peranan penting parti, sedang Zairi adalah anak Cina dan bukan anak Allahyarham Khir Johari.

Kaum Melayu tidak lupa, ketika PH berkuasa, DAP telah melantik tokoh Cina daripada kalangan mereka untuk menjaga hal-ehwal kaum Melayu.
Lihatlah bagaimana Menteri agama Mujahid Yusuf Rawa telah dijadikan bahan ‘Use Malay to screw the Malays’ yang menjadi falsafah DAP dalam PRU14, lantas banyak aset Tabung Haji yang telah dijual kepada kroni mereka dengan harga yang murah.
Strategi DAP dalam propaganda mereka untuk menipu rakyat tidak berubah apabila menuduh tumbangnya kerajaan yang mereka dominasi kerana tindakan Muafakat Nasional.
Hakikatnya kerajaan DAP-PH tumbang kerana mereka gagal sehingga membohongi rakyat dengan ‘manifesto tisu tandas dan bukannya kitab suci.’
DAP janji hapuskan tol tetapi hakikatnya mereka menambahkan lagi tempoh konsesi daripada 18 tahun kepada 38 tahun untuk mencekik leher rakyat yang menggunakan lebuh raya untuk mencari rezeki.
Kerajaan yang didominasi DAP, sehingga Tun Mahathir mengaku dia adalah PM boneka DAP, telah berjanji menentang penjualan aset kepada pelabur asing tetapi sebaliknya merekalah yang menjual aset negara secara lambak kepada kroni-kroni mereka kerana gagal meningkatkan KDNK negara semasa mereka memerintah.
Mereka mahu memajukan ekonomi negara tetapi mereka melantik Menteri Kewangan yang merupakan Akauntan ‘bodoh’ yang gagal dalam standard piawaian akauntan Malaysia. Malah ramai pemimpin mereka menipu sijil akademik.
Ketika mereka berkuasa eksport negara bertukar dari pertumbuhan dua angka menjadi negatif. Pasaran saham bertukar dari paras paling tinggi dalam sejarah menjadi paling corot dalam dunia.
Hutang negara telah meningkat dengan kadar yang amat tinggi dan RM140 bilion dipinjam melalui ‘Bon Samurai.’

Pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Lim Guan Eng jatuh ke paras paling rendah sejak 10 tahun, kepada negatif 3.6%, sebelum wabak COVID-19 bermula lagi.
Dakyah dan propaganda DAP tidak pernah berubah. Mereka menipu sebelum menjadi kerajaan, semasa berkuasa mereka berbohong, selepas menjadi kerajaan mereka terus kelingtong dan kini mahu meracuni pemikiran orang-orang Melayu Parit.
*****
Tinggalkan Jawapan