Persoalannya adakah Mukhriz layak menjadi diktator seperti bapanya atau ‘harimau Asia’ atau harimau kertas yang tiada bertaring tetapi hanya pandai mengaum? Mukhriz juga telah dibuktikan gagal sebagai Menteri Besar Kedah apabila dua kali tersungkur. Itupun belum lagi diangkat sebagai menteri utama dalam kabinet.
HIPOKRASI MAHU BELA MELAYU-ISLAM TAPI LAWAN MELAYU-ISLAM
Dalam usia 97 tahun, sebagaimana persoalan yang dibangkitkan oleh MO Ibrahim dalam satu forum di Kigali, Rwanda yang dia juga turut hadir bersama pemimpin-pemimpin utama Afrika, “Kemanakah kamu hendak membawa rakyat dalam usia tua sedemikian? Ke kubur?”
VIDEO – SIAPAKAH MAHATHIR MAHU PERTIKAIKAN TETAMU DYMM AGONG?
Pemimpin tua yang dilabelkan oleh MO Ibrahim sebagai ‘pemimpin tua yang hanya mampu membawa rakyat ke kubur’ telah mempertikaikan jemputan DYMM SPB YDP Agong ke atas DS Najib sebagai tetamu DiRaja, sebagai sesuatu jemputan yang tidak wajar ke atas seorang banduan. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang amat biadap apabila dia berkata. "Pandangan saya banduan tidak seharusnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek. Mahathir rabun untuk melihat DS Najib sebagai mangsa konspirasi dan konspirator yang mengekang badan kehakiman negara, malahan rakyat melihat bahawasanya dialah bapak konspirasi yang mendukung agenda untuk ‘membunuh’ kerjaya politik DS Najib sebagaimana dia telah membunuh kerjaya politik pemimpin kanan negara yang lain, termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussien Onn, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Badawi dan ramai lagi.
APA LAGI YANG MAHATHIR MAHU?
Inilah yang menjadi tanda tanya rakyat, setelah Mahathir memecah-belahkan UMNO, PKR, PH, dan akhirnya dia juga memecah-belahkan partinya sendiri, Bersatu. Tak usahlah hendak menjaja tentang kleptokrat, jika kamu contoh kleptokrat terbaik, usahlah cakap tentang kluster mahkamah jika kamu yang membina undang-undang rimba.