Editorial
14 Sept 2022
Apabila DS Najib dipenjarakan dengan hukuman Mahkamah Tinggi yang dijatuhi oleh Hakim Mohd Nazlan Ghazali dan dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Pesekutuan, Tun Mahathirlah manusia paling gembira di dunia ini kerana dia mahu UMNO berkubur setelah puas beratip saban hari mengutuk dan menghina DS Najib.
Namun banyak perkara yang membangkitkan kemusykilan rakyat kerana kes Nazlan yang merupakan bekas Counsel dan Setiausaha Syarikat dalam Kumpulan Maybank, tidak diendahkan oleh mahkamah.

Bukan itu sahaja, rekod akaun Nazlan yang telah menerima RM1.04 juta daripada Jho Low juga telah ditolak oleh mahkamah sebagai bukti pembelaan, yang jelas merupakan ‘konflik kepentingannya’ sebagai hakim kes SRC International.
Kes suami bekas Gabenor Bank Negara, Tawfiq Ayman yang didapati menerima wang sogokan lebih RM100 juta daripada Jho Low sebagaimana didakwa oleh kerajaan Singapura juga diabaikan, manakala saksi penting yang hilang seperti Jho Low sendiri serta bekas CEO SRC, Nik Faizal Ariff Kamil juga tidak menjadi kepentingan kepada mahkamah.

Mahathir hanya mahukan UMNO terkubur buat selama-lamanya dengan memenjarakan Najib, dan siri pendakwaan untuk memenjarakan pemimpin UMNO tidak tamat di situ, kerana badan perundangan dan kehakiman yang dipimpin oleh ‘budak kita’ sebagaimana pengakuan DS Hamzah Zainuddin dan dakwaan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, akan memastikan beberapa lagi akan diheret ke penjara.
Bukan itu sahaja, pelantikan Tun Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara semasa, adalah atas cadangan Tommy Thomas semasa Mahathir berkuasa sebagai PM Ke-7 pada era PH memerintah.
Setelah PH tumbang, Mahathir segera melepaskan dirinya dari PH dan PPBM (Bersatu) dan menubuhkan parti Pejuang Tanah Air (PETAI) supaya dia dapat mengelak daripada dikaitkan dengan konspirasi serta campur tangannya dalam badan perundangan dan kehakiman oleh kuasa PH.
Namun pemerhati politik dan rakyat tahu bahawa TS Muhyiddin Yassin masih tegar meneruskan legasi Mahathir yang mencabuli doktrin Pengasingan Kuasa Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.
Namun kes rasuah Muhyiddin Yassin dengan 1BestariNet, rasuah Mukhriz dalam kes konsesi hutan balak di Sarawak, kes rasuah 1MDB syarikat kroni DAP di Pulau Pinang, dan kes BNM Forex Mahathir sendiri serta ‘Kertas Pandora’ (Pandora Papers) sebagaimana didedahkan oleh DS Anwar Ibrahim, didiamkan begitu sahaja.

Mahathir sebenarnya mahu Najib dan Zahid diheret ke penjara supaya UMNO dihapuskan dan dikuburkan selama-lamanya dengan menjadikan pertuduhan rasuah sebagai alat politik, sebagaimana didakwa oleh ahli MKT UMNO Dtk Dr.Puad Zakarshi.
Namun jika rakyat bersikap inkuisitif sebagaimana penganalisis politik, maka sudah pasti mereka dapat melihat gelagat parti PPBM (Bersatu) yang diasaskan Mahathir adalah parti yang paling korup dan merupakan perasuah besar.
Apabila Mahathir menubuhkan PPBM, ramai ‘katak’ melompat masuk PPBM kerana ugutan ‘dakwaan terpilih’ jika menentang. Sebalinya mereka akan diberikan laba jawatan jika patuh sebagaimana didakwa oleh Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli.

Ia adalah rasuah politik yang amat jelas sebagaimana dakwaan bekas KPN, TS Hamid Bador.
Mahathir adalah bapa rasuah kerana melantik Peguam Negara dan Ketua SPRM iaitu Tommy Thomas dan Latheefa Koya atas kapasiti politik, untuk melancarkan komplot dan konspirasi ‘dakwaan terpilih’.
Sebagaimana kata Dr.Puad, Mahathir adalah bapa rasuah kerana telah membuang kes Lim Guan Eng dalam kes rasuah ‘Banglow murah’.
Malah terdapat lebih 15 kes yang melibatkan pemimpin PH yang telah digugurkan oleh Tommy Thomas.

Tapi Mahathir seperti buta dan pekak apabila parti PETAI kalah teruk setelah 42 calonnya di PRN Johor hilang wang deposit.
Kekalahan PETAI juga terjangkit pada PH dan PPBM pimpinan Muhyiddin Yassin.
Mahathir sedar bahawa PETAI hanyalah parti ‘zombie’ atau bangkai hidup, lantas dia terpaksa pula menubuhkan gagasan Gerakan Tanah Air (GATAI).
Dia juga amat sedar bahawa PETAI hanya ada 4 ahli parlimen sahaja daripada 222 ahli parlimen seluruh negara sedangkan UMNO memiliki 54 setelah difitnah dan diasak dengan janji palsu dalam kempen PRU14.
GATAI akan menjadi lubuk bagi katak-katak politik yang tidak ada lagi kekuatan di parlimen yang mereka menang pada PRU14.
Hakikatnya PETAI atau GATAI tidak ada akar umbi, sedangkan UMNO lebih bersemangat apabila Najib dipenjara bukan kerana dia bersalah, tetapi kerana penganiayaan dan konspirasi politik Mahathir.

Seperkara lagi, Mahathir nampaknya terkejut apabila Ratu Elizabeth II Great Britain (96 tahun) yang beza usia setahun darinya telah meninggal dunia, sedangkan jangka hayat sihat rakyat Malaysia hanyalah 65 tahun. Mahathir kini sudah berusia 97 tahun.
Lantas siapakah dan parti manakah yang akan berkubur dahulu, PETAI, GATAI atau UMNO?
*****
Tinggalkan Jawapan