SOALAN KEPADA TENGKU MAIMUN TUAN MAT YANG MEMBONGKAR INTEGRITI KEHAKIMAN NEGARA

Editorial

13 Sept 2022

Setelah menjadi polemik dalam media arus perdana, portal berita dalam talian, blog, apatah lagi medsos, Ketua Hakim telah mengeluarkan kenyataan supaya orang ramai memahami terlebih dahulu hujah penghakiman dalam kes SRC International yang melibatkan DS Najib Tun Razak yang kini berada dalam penjara Kajang.

Tengku Maimun Tuan Mat berkata komen yang dibuat oleh orang ramai tanpa memahami hujah penghakiman adalah berdasarkan sentimen semata-mata, dan bukan pada pemahaman undang-undang.

“Adalah tidak adil untuk membuat kenyataan mengenai perkara yang anda tidak faham, yang akan membawa huru-hara kepada apa-apa jika anda mengatakan sesuatu yang anda tidak faham.

“Anda tidak mempunyai pengetahuan asas, anda tidak mempunyai pemahaman penuh, namun anda membuat kenyataan mengenainya.”

Kontradik dengan kenyataan Maimun itu, pengamal undang-undang yang memamahi undang-undang juga mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan.

Adakah Maimun yang paling sempurna dalam profesion undang-undang, dan dia sahaja yang menjadi perujuk dan sumber kepada peraturan, falsafah, integriti dan kredibiliti undang-undang negara, sedangkan dia hanyalah hakim junior yang diangkat oleh Mahathir atas cadangan Tommy Thomas untuk duduk di kerusi Ketua Hakim Negara?

Lantas dengan itu krtikan terhambur daripada pengamal undang-undang yang hairan dan musykil terhadap tindakan penghakiman Maimun, malahan tidak konsisten dalam pengadilan dan prosedur mahkmah yang boleh diterjemahkan sebagai ‘tidak adil’ sebagaimana keadilan yang mahu ‘difikirkan adil dan dilihat adil’.

Lebih ironi lagi, pihak yang mengkritik adalah termasuk peguam yang mempunyai lebih banyak pengalaman dalam undang-undang daripada Maimun sendiri termasuk bekas Menteri Undang-undang, bekas Peguam Negara dan bekas Ketua Hakim Negara.

Hisyam Teh, Shafee Abdullah dan Zaid Ibrahim mempunyai pengalaman undang-undang selama beberapa dekad dan bukan tokoh-tokoh baharu dalam lanskap perundangan Malaysia.

Oleh kerana Maimun telah memberi ruang untuk rakyat mengemukakan soalan atau bertanya, maka di sini kami ingin bertanya tanpa mahu digolongkan sebagai pihak yang menghina mahkamah.

Kami harap Maimun dapat berikan presedens pada tindakan-tindakan berikut.

1. Peguam tidak dibenarkan melepaskan diri mereka dan terpaksa meneruskan walaupun mereka sudah mengatakan mereka tidak bersedia atau tidak lagi berminat untuk membela anak guam mereka.

2. Pernahkah berlaku seorang hakim muda yang mempunyai pengalaman sifar dalam kes jenayah sebelum ini, tiba-tiba dipindahkan untuk mengambil alih kes jenayah berprofil tinggi daripada hakim berpengalaman sedangkan perbicaraan telah bermula? Soalan ini merujuk kepada pertukaran Hakim Mohd Nazlan Ghazali yang mengambil tempat Hakim Sofian Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.

3. Adakah Maimun tidak berminat langsung dengan apa yang SPRM ketahui tentang Hakim Nazlan serta latar belakangnya dalam MayBank?

4. Mengapakah seseorang yang diminta ditarik balik kedudukannya sebagai hakim kerana konflik kepentingan, boleh menjadi orang yang sama yang membuat keputusan terhadap tertuduh, tanpa mahkamah mempertimbangkan status ‘konflik kepentingan’ itu?

5. Dalam kes Rosmah, pihak mahkamah menerima alasan kemungkinan ‘seorang isteri mempengaruhi suaminya’. Namun peliknya tiba-tiba dalam kes mahkamah lain, kita diberitahu bahawa tidak mungkin seorang suami mempengaruhi isteri sebagaimana tingkah laku suami Maimun, Zamani Ibrahim terhadap diri Maimun yang menghakimi kes.

6. Tidakkah Maimun berasa pelik bahawa Peguam Negara AGC dan Ketua SPRM hanya berdiam diri apabila kertas siasatan tular mengenai Hakim Nazlan yang mendedahkan beliau telah melakukan salah laku, tanpa memberi jawapan sama ada ia sah atau tidak?

Jika kertas siasatan itu palsu, sudah pasti pihak berkuasa sudah berkata sesuatu apabila ditanya oleh pihak tertuduh.

Bagaimana jika kertas siasatan itu mempunyai keabsahan yang nyata, maka apa yang berlaku? Adakah Maimun akan mengambil tidakan yang munasabah untuk menyemak kertas siasatan itu?

7. Bagaimana mungkin 5 hakim lain telah menarik diri mereka (dan seorang lagi dipindahkan) kerana dakwaan yang lebih kecil mengenai konflik kepentingan dan kemungkinan berat sebelah tetapi Hakim Nazlan tidak perlu menarik diri walaupun pada hakikatnya dia mempunyai banyak urusan dengan 1MDB apabila dia adalah Counsel Lawyer dan Penasihat Maybank?

Ingatlah bahawa Maybank yang menasihati 1MDB untuk membentuk SRC sebagai anak syarikatnya dan Nazlan sendiri boleh dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan 1MDB lain yang berkaitan dengan peranannya dalam Maybank semasa SRC ditubuhkan oleh Maybank.

Betapa buruknya keadaan badan kehakiman sekiranya hakim yang memutuskan kes berkaitan anak syarikat 1MDB dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan yang berkaitan dengan syarikat induk apabila kebanyakan pengurusan utama untuk kedua-dua anak syarikat dan syarikat induk adalah orang yang sama.

Maimun jangan lupa, rakyat tidak buta dalam hal berikut:

1. Pesuruhjaya kehakiman Quay Chew Soon menarik diri daripada saman sivil 1MDB terhadap Najib kerana beliau pernah berkhidmat di Tetuan Skrine sebelum pelantikannya sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2019 dan Tetuan Skrine sebelum ini telah memberi nasihat kepada salah seorang defendan dalam kes itu iaitu Deutsche Bank berkenaan dengan kiriman wang kepada firma perbankan luar negara Coutts & Co Ltd dan JP Morgan Ltd walaupun beliau tidak terlibat secara peribadi.

2. Pesuruhjaya kehakiman Liza Chan Sow Keng menarik diri daripada saman sivil 1MDB terhadap Najib kerana menganggap dirinya rakan Najib walaupun tidak berhubung selama bertahun-tahun.

3. Pesuruhjaya Kehakiman Adlin Abdul Majid menarik diri daripada saman sivil 1MDB terhadap Najib kerana beliau pernah menjadi rakan kongsi firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill yang sebelum ini menerima arahan untuk bertindak bagi 1MDB dalam prosiding berkaitan tertentu, antara lain dipetik. sebab.

4. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin menarik diri daripada saman sivil SRC terhadap Najib kerana penglibatannya sebelum ini sebagai rakan kongsi dalam firma guaman tempatan yang telah melakukan kerja untuk SRC walaupun beliau tidak terlibat secara peribadi.

5. Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri daripada mendengar tawaran Najib untuk melantik QC sebagai ahli keluarganya dalam UMNO.

6. Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Sofian Abd Razak tidak menarik diri tetapi tiba-tiba disingkirkan daripada perbicaraan SRC, dipindahkan dan digantikan oleh Nazlan kerana aduan daripada Majlis Peguam bahawa Sofian berkonflik kerana abangnya berada dalam UMNO.

Tetapi Hakim Mohd Nazlan Ghazali tidak mengisytiharkan kepentingan atau tawaran untuk menarik diri walaupun dokumen baru-baru ini difailkan di mahkamah menunjukkan dia terlibat dalam mesyuarat berkaitan 1MDB ketika beliau menjadi Ketua Peguam Undang-undang dan setiausaha syarikat Maybank. Maybank juga telah menasihatkan 1MDB untuk membentuk SRC

Seperti ada komplot konspirasi, Hakim Nazlan tiba-tiba dipindahkan dari mahkamah komersial untuk menggantikan Hakim Sofian sebagai hakim bagi kes jenayah berprofil tertinggi di Malaysia walaupun perbicaraan telah pun bermula dan walaupun Nazlan tidak mempunyai pengalaman kes jenayah ketika itu.

Selepas dia menyampaikan penghakiman bertulisnya untuk mensabitkan Najib, dia dipindahkan semula ke mahkamah komersial.

Lantas, Maimun inilah persoalan rakyat yang telah meletakkan integriti badan kehakiman negara yang kamu terajui, yang tidak kamu jawab.

Sedangkan seluruh dunia tahu Tommy Thomas dan Latheefa Koya dilantik sebagai Peguam Negara dan Ketua SPRM atas tiket politik untuk menyelamatkan konco-konco PH dan ‘membunuh’ UMNO.

******

 
Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: