SEBAGAIMANA SYED SADDIQ, KU NAN JUGA MANGSA KONSPIRASI POLITIK

Editorial

23 Julai 2021

MP Muar, Syed Saddiq mendedahkan bahawa dia diugut untuk menyertai PN dan akibat penolakannya, dia telah diheret ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah.

Amat penting bagi Bersatu yang menerajui PN, menarik Syed Saddiq, selaku MP Muar bagi menambah bilangan MP dalam Bersatu.

Sebagai parti yang menerajui PN, Bersatu pada hakikatnya adalah kecil untuk menerajui kerajaan.

Tidak ada mana-mana kerajaan di mana-mana negara di dunia ini diterajui oleh parti politik yang tidak mempunyai kekuatan majoriti MP.

Lihatlah sahaja apabila Tun Mahathir begitu mudah sekali dijatuhkan kerana dia tidak mempunyai majoriti, sedangkan parti yang dominan dalam PH adalah DAP dan PKR.

Parti yang dipimpin Mahathir hanyalah melukut di tepi gantang dalam kerajaan PH tempoh hari.

Beberapa hari lalu MP Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansur (Ku Nan) telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan yang membatalkan sabitan bersalah terhadap beliau.

Sebagaimana Syed Saddiq, Ku Nan juga mendakwa dirinya telah diugut oleh seorang pemimpin politik veteran untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) semasa pakatan politik itu menguasai Putrajaya.

Menurut Ku Nan dia diheret ke mahkamah setelah berkali-kali dia menyatakan keengganannya untuk meninggalkan UMNO ketika Tun Mahathir mengetuai PH.

Sfera politik Bersatu ketika Mahathir berkuasa samalah juga dengan situasi Bersatu yang diketuai oleh TS Muhyiddin Yassin ketika ini.

Muhyiddin amat memerlukan tambahan MP dalam partinya bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai PM.

Malangnya, pendekatan terbaik bagi Muhyiddin mahupun Mahathir ketika PH berkuasa dahulu, adalah dengan cara membeli katak-katak politik melalui pendekatan ‘Carrot and Stick’.

Pendekatan tersebut adalah tawaran imbuhan sekiranya pihak yang ditawarkan mahu bersama mereka, dan sebaliknya mereka akan ‘dipukul’ sekiranya menolak tawaran tersebut.

Pihak yang memberi tawaran itu boleh ‘memukul’ mangsa kerana mereka mempunyai kuasa untuk mengawal sistem perundangan negara, sebagaimana ditunjukkan oleh Tommy Thomas semasa dia diangkat menjadi Peguam negara.

Kata Ku Nan, “Persoalan kenapa saya diheret ke mahkamah memang bukan lagi rahsia. Saya adalah antara mangsa pendakwaan terpilih apabila enggan mengikut arahan dari Tun.”

Menurut Ku Nan, bukan sekali pelawaan yang bertukar menjadi pujukan dan kemudian arahan untuk dia meninggalkan UMNO. Ku Nan menolak keras untuk menyertai ‘pengkhianat’ bangsa. 

Akhirnya, dakwa Ku Nan, ugutan sekiranya dia enggan tunduk bertukar menjadi realiti apabila dia didakwa di mahkamah atas alasan yang diada-adakan.

Amat mengejutkan apabila Ku Nan mendakwa seandainya dia memilih bersama parti yang ditubuhkan Mahathir, jawatan menteri akan diberikan kepadanya, malah kes pendakwaannya di mahkamah juga akan digugurkan ‘sekelip mata’.

Balas Ku Nan, “Saya bukanlah lembu yang dicucuk hidung kerana jati diri dan maruah saya adalah tersemat untuk agama, bangsa dan tanah air yang telah saya ikrarkan dan bukannya menambah harta.”

“Saya bukan orang yang menggunakan jawatan untuk menambah harta sebagaimana yang Tun manfaatkan kuasa kepada barisan anak-anaknya dengan limpahan jawatan dan kontrak pelbagai hinggakan mereka kaya raya,” kritik Ku Nan ke atas Mahathir yang pernah dilabelkan oleh Mat Sabu sebagai ‘kepala perompak negara.’

Syed Saddiq mendakwa Setiausaha Agung PN, DS Hamzah Zainuddin telah “memujuknya” supaya dia dan parti Muda menyokong kerajaan PN jika mahu pendaftaran parti Muda itu diluluskan.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman, mendakwa bahawa gelagat Hamzah itu adalah suatu ugutan dan ia seolah berlaku tanpa sebarang kekangan daripada pihak PM, TS Muhyiddin Yassin.

Datuk Kadir Jasin pula melihat desakan Hamzah itu sebagai ‘peras ugut’ dan taktik samsengan tokoh kerajaan PN terhadap Syed Saddiq dan parti Muda.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: