GOLONGAN ANTIMONARKI DAN PROREPUBLIK SUDAH EKSTREM DAN BIADAP

Golongan antimonarki dan prorepublik nampaknya cuba memperkukuhkan aliran mereka, tidak memadai melalui hasutan, kini mereka wujudkan pula petisyen yang cuba mendesak agar DYMM SPBY DiPertuan Agong meletakkan jawatan. Di manakah mereka letakkan prinsip Rukun Negara “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”?

KADIR JASIN TUDING MUHYIDDIN SEBAGAI ORANG PERTAMA AJAR CARA JATUHKAN KERAJAAN 

Kata Kadir Jasin, apa yang sedang berlaku di Melaka adalah bertitik-tolak daripada tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin apabila kejatuhan PH dikatakan bermula dengan tindakan beliau. Kadir Jasin lupakah dengan strategi 16 September DS Anwar Ibrahim pada 2017 untuk menjatuhkan Tun Abdullah Badawi? Meskipun Anwar gagal menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan taktik bilangan dan angka sokongan majoriti ahli parlimen, tapi pada hakikatnya taktik tersebut telah digunakan oleh DS Shafie Apdal untuk menjatuhkan kerajaan di Sabah.

SEBAGAIMANA SYED SADDIQ, KU NAN JUGA MANGSA KONSPIRASI POLITIK

Malangnya, pendekatan terbaik bagi Muhyiddin mahupun Mahathir ketika PH berkuasa dahulu, adalah dengan cara membeli katak-katak politik melalui pendekatan ‘Carrot and Stick’. Pendekatan tersebut adalah tawaran imbuhan sekiranya pihak yang ditawarkan mahu bersama mereka, dan sebaliknya mereka akan ‘dipukul’ sekiranya menolak tawaran tersebut. Pihak yang memberi tawaran itu boleh ‘memukul’ mangsa kerana mereka mempunyai kuasa untuk mengawal sistem perundangan negara, sebagaimana ditunjukkan oleh Tommy Thomas semasa dia diangkat menjadi Peguam negara. Kata Ku Nan, "Persoalan kenapa saya diheret ke mahkamah memang bukan lagi rahsia. Saya adalah antara mangsa pendakwaan terpilih apabila enggan mengikut arahan dari Tun.”

AMERIKA KATEGORIKAN MALAYSIA NEGARA PENIPU DAGANGAN ANTARABANGSA?

  ADAKAH PH sedang menghumban Malaysia ke gaung muflis apabila Amerika Syarikat telah menyenaraikan Malaysia dalam kumpulan 16 negara yang disyaki menipu dagangan antarabangsa. Amerika Syarikat juga telah mengesan Malaysia  sebagai negara ke-9 daripada negara Manipulator Mata Wang. Penganalisis ekonomi dan rakyat yang peka pasti ingat siapakah yang menjadi penagih dalam kes Forex-BNM sehingga negara... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: