(Video) JANGAN TERLENA DENGAN JAWATAN KABINET MAHUPUN GLC

Oleh Dr Mamat Desa

Alhamdulilllah, PN telah diberikan mandat oleh DYMM SPB YDP Agong untuk menyelamatkan negara daripada kerajaan yang huru-hara, lintang-pukang, sibuk dengan isu pengganti PM, dan sibuk menjual aset negara, apatah lagi aset milik Melayu-Islam.

Namun sebagaimana kata DS Mohamad Hasan, PN bukanlah satu entiti yang rasmi yang ditubuhkan dan dimaktubkan dengan piagam keutuhan gabungan parti-parti komponen.

PN hanyalah satu gabungan ‘adhoc’ untuk menyelamatkan negara dan mengambil alih kerajaan PH, yang dikatakan didominasi oleh DAP, malah PM-nya juga pernah memperakui sebagai boneka DAP.

Hari ini ketika beberapa pemimpin mempersoalkan ketidakseimbangan pengagihan jawatan mengikut parti, baik dalam kabinet TS Muhyiddin, mahupun jawatan dalam GLC, DS Mohamad Hasan telah menolak tawaran jawatan Pengerusi TNB.

Jelaslah, bagi pemimpin yang tidak mudah hanyut dengan kedudukan dan pangkat, perkara yang lebih diutamakan ialah masa depan politik Melayu-Islam tanpa meminggirkan hak kaum minoriti.

Era 22-bulan PH telah banyak mengajar tentang kehilangan kuasa Melayu-Islam, kezaliman terhadap peribumi, kerakusan dan keserakahan kuasa, dan kecairan integrasi nasional, sehingga kebanyakan jabatan kerajaan diterobosi oleh ejen-ejen DAP.

Kebanyakan pelabuhan dikepalai oleh orang-orang DAP, Jabatan Pendaftaran dan Imigresen menjadi lubuk balaci dan pengkhianat negara, sehingga ratusan ribu pelancong China yang masuk, tetapi tidak keluar-keluar, dan pendatang haram berleluasa menerobos masuk seakan-akan negara ini adalah negara kebajikan yang kaya seperti Kuwait, Qatar, Arab Saudi, mahupun Hong Kong atau Singapura.

Tak usahlah kita perdebatkan penyerapan kuasa DAP dalam institusi Islam seperti Tabung Haji dan Bank Islam serta Kementerian Pertahanan yang pada logonya tertera kata keramat Allah dan Muhamad SAW.

Kenyataan Ahli MT UMNO, DS Tajuddin Abdul Rahman yang mempersoalkan pengukuhan dan strategi Muafakat Nasional untuk menghadapi PRU-15 yang nampaknya seperti malap dan terpesong, hendaklah difikirkan secara serius dan konstruktif.

Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani pada 14 September lalu di hadapan puluhan ribu rakyat Melayu-Islam dan wakil parti BN, sepatutnya tidak lekang pada dada dan minda pemimpin UMNO dan PAS.

Pastinya DS Tajuddin yang merupakan penggerak utama Himpunan Melayu Bangkit dan Himpunan Penyatuan Ummah, cuba mengejutkan golongan yang sedang dibuai mimpi enak dalam lena mereka dan keselesaan setelah diberikan jawatan kabinet dan GLC.

Momentum perjuangan MN seperti hilang arah dan hala tuju setelah dibuai dengan kuasa sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

Kejutan Tajuddin sewajarnya mencelikkan mereka yang sedang lena dibuai mimpi indah, kerana pihak PH sedang bermati-matian memberi isyarat bahawa kuasa PN bukan kuasa yang dipacak daripada mandat rakyat.

Bukan sahaja PH, malahan NGO yang sekongkol dengan PH juga sering melaung-laungkan dogma yang sama, mungkin untuk menghasut rakyat jelata.

Kini pemimpin PH seperti DS Anwar, Lim Kit Siang dan ramai lagi sedang berapi-api mencanangkan supaya Sidang Parlimen diadakan segera sebagaimana biasa, meskipun wabak Covid-19 masih berleluasa dan signifikan.

Justeru, tindakan DS Mohamad Hasan menolak tawaran jawatan Pengerusi TNB, adalah satu peringatan kepada pemimpin UMNO-PAS yang lain bahawa racun perjuangan boleh datang dari luar gelanggang arena pertarungan.

DS Mohamad mahu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

Pastinya DS Mohamad sedar bahawa ikatan yang terjalin dalam PN bukanlah ikatan kukuh, malah kelihatannya Tun Mahathir masih membayangi pemimpin Bersatu dalam PN dan DS Anwar juga mempunyai kaldainya dalam serpihan PKR yang kini bersama PN.

Sebelum ini DS Mohamad pernah menyatakan pendiriannya bahawa UMNO tidak pernah menyertai PN kerana PN bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti BN.

Kenyataan Mohamad boleh diterjemahkan bahawa PN hanyalah gabungan ‘adhoc’ yang hanya wujud sementara dalam situasi genting untuk menyelamatkan negara.

Namun untuk meletakkan sandaran kepada PN sebagai parti gabungan Melayu-Islam dengan sokongan kaum minoriti, bukanlah suatu jaminan.

PRU-15 boleh sahaja berlaku bila-bila masa sahaja sekiranya ‘undi tidak percaya’ PH terhadap Muhyiddin berjaya dilaksanakan tanpa perlu menunggu 2023.

Apakah pemimpin MN masih dibuai mimpi enak?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: