(Video) ‘BERSIH’ JADI TIKUS JALANAN TANPA PAS

Oleh Dr Mamat Desa

Ambiga Sreenevasan adalah Pengerusi Bersama ‘Bersih’, sebuah pertubuhan yang dilahirkan untuk menjaga integriti pilihan raya umum Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada 10 Oktober 2007, Bersih telah berjaya menganjurkan demonstrasi jalanan dengan kehadiran kira-kira 100 ribu penyokong di Dataran Merdeka.

Ketika itu PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, menyebelahi DS Anwar Ibrahim, dan PAS-lah yang sebenarnya lebih banyak menyumbang kepada sokongan rakyat terhadap Bersih.  

Namun tidak juga dilupakan bahawa DAP dan PKR juga berada di belakang Bersih di samping pertubuhan antarabangsa seperti NDI, NED (National Endowment for Democracy), Open Society Institute (OSI) yang ditaja oleh Yahudi untuk jatuhkan BN sejak 2002.

Pertubuhan ini diwujudkan khas untuk meruntuhkan negara Islam, sebagaimana beberapa negara Islam yang telah musnah dalam gerakan Arab Spring seperti Morocco, Tunisia, Jordan, Sudan, Algeria, Iraq dan Lebanon.

Pada perhimpunan Bersih Oktober 2007 itu, mereka menyerang Pengerusi SPR iaitu TS Abdul Rashid Abdul Rahman apabila gambarnya dikoyak-koyak di khalayak ramai.

PM ketika itu Tun Abdullah Badawi, telah mencabar Bersih supaya mendakwa SPR di mahkamah, daripada menjerit-jerit di jalanan.

Hakikatnya Ambiga, bukanlah pengasas Bersih, dia hanya dilantik sebagai Pengerusi Bersih 3 pada 2012.

Apabila dia dilantik sebagai Pengerusi Bersih, kebanyakan penyokong PAS tidak sedar bahawa Ambiga adalah merupakan peguam bela kepada wanita murtad Lina Joy, dan juga pejuang ‘dasar toleransi antara agama’.

Ambiga juga telah mempertikaikan Undang-Undang Syariah khususnya dalam Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain.

Dengan kata-kata lain Ambiga berjuang agar penganut Islam juga harus diberikan kebebasan murtad sebagaimana penganut agama lain dibenarkan bertukar agama.

Setelah pemimpin PAS sedar tentang agenda halus DAP yang mahu menjadikan negara ini Republik Kristian dan menjadikan negara ini sebagai negara Kristian, baharulah mereka tergesa-gesa keluar daripada Pakatan Rakyat.

Setelah PAS keluar, Pakatan Rakyat bertukar kepada ‘Pakatan Harapan’.

Kosa kata ‘Harapan’ (Hope) itu sendiri mengandungi falsafah Kristianiti sebagaimana yang didedahkan dalam buku terbitan Majlis Agama Islam Selangor “Pendedahan Agenda Kristian”.

Pada 28 April lalu, Ambiga telah menulis ‘A New Normal’ dalam Malay Mail dan cuba mengangkat semula gerakan Bersih.

Kali ini Ambiga seperti mahu mengingatkan khalayak agar kembali bersama-sama Bersih untuk menentang kerajaan PN yang kononnya tidak ditegakkan melalui demokrasi.

Bagi Ambiga, Bersihlah yang telah berjaya membawa perubahan besar pada PRU-14 Mei 2018 lalu.

Tetapi Ambiga tidak pula menyatakan bahawa perubahan yang dibawa oleh PH sungguh mengecewakan.

Ambiga seperti menutup mata dan telinganya bahawa Tommy Thomas telah mencabuli dan menodai sistem kehakiman negara.

Bersih hanya mendiamkan diri tentang isu pengganas LTTE yang membabitkan pemimpin DAP, isu komik komunisme yang didukung oleh DAP, isu menyeludup masuk abu mayat Chin Peng, isu mendewa-dewakan gerila komunis yang didukung oleh Amanah, isu perhimpunan bekas gerila komunis, dan banyak lagi.

Ambiga juga seperti menutup mata dengan penipuan PRK di Cameron Highlands serta isu kad pengenalan palsu kaum Cina DAP yang pastinya berpotensi untuk mengundi DAP.

Ambiga amat bangga kerana berjaya menarik kira-kira 100,000 rakyat turun ke jalanan untuk mencanangkan suara Bersih menentang SPR.

Malangnya Ambiga lupa tentang ‘lautan hijau’ penyokong PAS, sebagaimana yang diungkapkan oleh Raja Petra Kamaruddin.

Puluhan ribu penyokong PAS yang menyahut seruan pemimpin mereka untuk menyokong Bersih dan sanggup bermalam di masjid-masjid sekitar KL.

Mereka tidak sedar bahawa Ambiga adalah pejuang hak sama rata agama untuk membenarkan umat Islam murtad.

Dalam tulisannya, Ambiga masih menjaja tentang 100,000 rakyat yang turun ke jalanan untuk menyokong Bersih, tetapi dia lupa terdapat lebih 15 juta pengundi di negara ini.

Berapalah sangat 100,000 berbanding dengan 15 juta pengundi.

Ambiga juga lupa bahawa ‘Perhimpunan Menolak Ratifikasi ICERD’ pada 8 Disember 2018 telah menarik 1.9 juta umat Melayu-Islam untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

Ambiga juga lupa bahawa Pengerusi SPR iaitu TS Abdul Rashid yang mereka serang semasa Bersih 2007 itu kini berada dalam kem PH-DAP sekarang.

Sesungguhnya Ambiga akan menangis nanti apabila sekiranya Bersih bergerak semula di jalanan, tiada lagi ribuan penyokong yang akan bersamanya.

Semuanya kerana tanpa PAS, Bersih hanya menjadi tikus jalanan.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: