(Video) TUN MAHATHIR MESTI ARAH GUAN ENG LETAK JAWATAN SEBAGAIMANA DIA ARAH DR MASZLEE

Guan Eng ialah bapa kemelut ekonomi dan permasalahan kewangan negara hari ini.

Dialah yang harus dipertanggungjawabkan sebagai Menteri Kewangan bertaraf ‘kerani akaun’ yang mencurahkan pasir pada periuk nasi rakyat.

Lim Guan Eng bukanlah ‘akauntan bertauliah’ sebagaimana pembohongan yang dibuat tentang bidodatanya dalam lawan web DAP.

Pendedahan pembohongan ini pernah didedah oleh Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong. Sekiranya soal kelayakan yang menjadi asas kepada pelantikannya sebagai Menteri Kewangan pun hendak dibohongi, apatahlah persoalan besar tentang ekonomi negara.

Anehnya anak Lim Kit Siang (yang merupakan bekas gerila komunis suatu ketika dahulu), mengaku pula dalam satu forum pada bulan Mac 2012 bahawa dia gagal menjadi akauntan dan menghabiskan masa kurang seminggu di sebuah firma akauntan di Malaysia sebelum dipecat, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini. 

Hari ini, dengan longgokan lulusan graduat Ijazah Perakaunan yang lewah, Guan Eng sebenarnya hanya layak menjadi ‘kerani akaun’ sahaja.

Dengan itu, tidak hairanlah sekiranya ekonomi dan pengurusan kewangan negara lintang-pukang, haru-biru, huru-hara dan porak-peranda sehingga periuk nasi rakyat kelas bawahan bagaikan ditabur pasir apabila kos sara hidup melonjak naik mendadak.

Dr Maszlee Malik bukan meletakkan jawatannya dengan kerelaan hati, sebaliknya dia telah diarahkan oleh Mahathir supaya meletakkan jawatan.

Sekiranya Mahathir mempunyai kekuatan untuk mengarahkan Maszlee supaya meletakkan jawatan, mengapakah Mahathir tidak mempunyai kejantanan untuk mengarahkan Lim Guan Eng ‘kerani akaun’ itu meletakkan jawatan daripada terus-terusan menjahanamkan ekonomi negara?

Jika dengan hanya isu tulisan aksara Jawi, isu kontrak 1Bestarinet, Program Sarapan Percuma sekolah rendah, dan isu pemisahan Kementerian Pengajian Tinggi menjadi faktor menamatkan jawatan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, maka nampak jelas bahawa Maszlee hanyalah kambing hitam yang dijadikan mangsa untuk menutup kemelut dan kepincangan PH.

Apakah kejayaan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan?

Perkara asas yang menjadi kejayaan Guan Eng ialah menipu rakyat tentang hutang kerajaan BN yang difitnah berjumlah RM1trilion.

Sebaliknya hutang kerajaan BN hanya RM686 bilion dan didedahkan sendiri oleh Guan Eng dalam Pembentangan Bajet 2019, juga sebagai bukti ‘kebodohannya’.

Bertambah bodoh lagi apabila rekod suku keempat kewangan negara 2019, menunjukkan bahawa hutang negara telah mencecah RM1.1trilion.

Semenjak PH berkuasa pada Mei 2018 (satu setengah tahun) sejumlah RM300 bilion aset negara telah mereka jual.

Apakah yang telah kerajaan lakukan terhadap penjualan aset sedemikian banyaknya yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara?

Sekiranya penjualan aset negara adalah bertujuan membayar hutang negara, tetapi sebaliknya mengapakah hutang negara terus meningkat daripada RM686 bilion ketika BN berkuasa, kepada RM1.1trilion setelah satu tahun setengah PH menjadi kerajaan.

Menurut agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Moody’s, pada awal tahun 2019, hutang dan defisit negara meningkat ke tahap yang boleh menjejaskan Sovereign Credit Rating negara.

Hari ini hutang negara bernisbah lebih 70% daripada KDNK yang boleh mengheret negara ke arah bankrapan.

Adakah Guan Eng mahu Mahathir kekal dengan kejayaannya sebagai ‘Kepala Perompak, Bapa Pelingkup Negara’ sebagaimana yang dijenamakan oleh Mat Sabu ketika bermusuhan dengan Mahathir?

Pada 2017 DS Najib telah berjaya mengangkat Malaysia sebagai negara kedua terbaik dari aspek ekonomi di rantau ini mengalahkan Singapura, sebagaimana diperakui oleh badan penarafan ekonomi dunia seperti Moody’s, Standard & Poor. 

Fitch Group Ratings pula menarafkan kredit Malaysia pada skor A bagi tahun penilaian 2017.

Pada suku pertama 2018, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah dengan kadar KDNK 5.9%, antara yang terbaik di dunia (ranking ke-23 daripada 137 negara).

Nilai Ringgit Malaysia berbanding US Dolar ketika itu adalah USD3, antara yang terbaik dalam sejarah, namun hari ini nilai Ringgit jauh lebih rendah dengan kadar USD4.10 dan beberapa minggu terdahulu sehingga USD4.13.

Berdasarkan kadar bertarikh 7 Jan 2020

Terkini, Nikkei Jepun, berpendapat bahawa Malaysia sedang menghadapi kemelut ekonomi yang muram dan telah menghambat keluar Foreign Direct Investors.

Kesannya, Bursa Malaysia jatuh merudum dan ditarafkan oleh Bloomberg sebagai terburuk di dunia.

Pada Mac 2019, Bloomberg mengeluarkan dua laporan berturut-turut menyatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya pasaran yang mencatatkan penurunan ketara.

Berbanding negara jiran Singapura dan Indonesia yang naik 3%-5%, ekonomi Malaysia susut lebih 1% berbanding 5.9% KDNK sebelum PRU14.

Guan Eng juga sering kali mengeluarkan kenyataan yang memburukkan reputasinya sebagai Menteri Kewangan yang menghambat keluar pelabur asing daripada melabur di Malaysia.

Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Negara dan Datuk Kadir Jasin, yang merupakan penasihat Mahathir pernah membangkitkan isu kebodohan Guan Eng yang telah menghambat keluar pelabur asing.

Guan Eng juga pernah menuduh badan penarafan ekonomi dunia sebagai penipu apabila badan-badan tersebut secara jujur mengkritik pencapaian buruk ekonomi Malaysia.

Hakikatnya perancangan ekonomi Malaysia tiada hala tuju, sebaliknya hanya melihat aset negara sebagai bahan lelong untuk menampung defisit negara.

Pada zaman Najib dahulu aset Khazanah misalnya dijual untuk membeli aset lain yang menguntungkan pada jangka masa panjang.

Namun pentadbiran Guan Eng menjual aset negara untuk menjadikan negara ini papa kedana.

Dalam konteks indeks kebahagiaan rakyat juga, kerajaan PH telah menghampakan dan mengecewakan rakyat.

Misalnya kaji-selidik intensif PBB mendapati bahawa rakyat Malaysia tidak lagi gembira dan bahagia pada tahap yang membanggakan sebagaimana ketika negara diperintah oleh BN.

Berdasarkan kedudukan Malaysia pada ‘Indeks Kebahagian Dunia’ 2019, indeks Malaysia telah jatuh ke tangga 80 berbanding kedudukan negara di tangga 35 semasa BN berkuasa pada kajian 2016-2018.

Apa yang jelas ialah ‘rakyat tidak bahagia di bawah pemerintahan PH’ apabila ekonomi negara diperkotak-katikkan oleh ‘kerani akaun’ bernama Guan Eng.

Lebih buruk lagi Guan Eng juga pemimpin rasis.

Maka amat wajarlah Mahathir mengeluarkan surat arahan supaya Guan Eng anak bekas gerila komunis PKM meletakkan jawatannya dengan kadar segera.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: