MENTERI PENDIDIKAN DIDESAK LETAK JAWATAN KERANA TIDAK BERGUNA LANGSUNG

Radzi seharusnya bertindak proaktif apabila dikritik oleh pemimpin parti-parti pembangkang yang menyifatkan keadaan pengurusan sekolah-sekolah kerajaan dalam mendepani pandemik COVID-19 ketika ini 'semakin cacamarba'. Bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim juga telah melemparkan kritikan pedas terhadap Radzi, “Menteri Pendidikan perlu meletakkan jawatan, memandangkan situasi semasa pendidikan dianggap “menyedihkan”.  “Saya rasa beliau tidak berguna langsung. Beliau sepatutnya meletakkan jawatan dan biarkan orang lain pula buat kerja itu,” kata Zaid kepada FMT.

KERAJAAN DAP-PH: SALUR DANA KEPADA SJK DAN KOLEJ SWASTA CINA TANPA PENGETAHUAN MENTERI PENDIDIKAN

Melihat sekali imbas aktiviti Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (DAP), kita akan dapati hampir setiap bulan pengumuman peruntukan diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau India. Anehnya, beberapa laporan menyebutkan bahawa beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan sedangkan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sendiri terkadang meluahkan kenyataan bahawa tiada peruntukan tertentu dari Kementerian Kewangan.

BERSATU LENYAP PADA PRU15 – DR MASZLEE MALIK

UMNO sudah ada Muafakat Nasional yang disepakati dengan PAS, dan sudah pasti yang dominan adalah UMNO kerana jumlah Parlimennya yang membentuk majoriti, baik berbanding dengan PAS, apatah lagi Bersatu. Dengan itu juga UMNO atau BN tidak memerlukan Perikatan Nasional dan tidak menyokong pandaftaran Perikatan Nasional (PN). Wujudnya PN hanyalah sebagai satu ikatan adhoc demi menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan kakistokrasi PH (atau ada yang label gagalkrasi). Ia seakan-akan mengulangi senario Bersatu sebagai ‘parti melukut di tepi gantang’ ketika berada dalam PH, sehingga Tun Mahathir mengaku bahawa dia adalah ‘PM Boneka DAP’ (tapi Mahathir buat-buat lupa pula). Dengan rasional sedemikian, parti yang amat mendambakan Perikatan Nasional ialah Bersatu, demi survivalnya sendiri.

(Video) TUN MAHATHIR MESTI ARAH GUAN ENG LETAK JAWATAN SEBAGAIMANA DIA ARAH DR MASZLEE

Guan Eng ialah bapa kemelut ekonomi dan permasalahan kewangan negara hari ini. Dialah yang harus dipertanggungjawabkan sebagai Menteri Kewangan bertaraf ‘kerani akaun’ yang mencurahkan pasir pada periuk nasi rakyat. Lim Guan Eng bukanlah ‘akauntan bertauliah’ sebagaimana pembohongan yang dibuat tentang bidodatanya dalam lawan web DAP. Pendedahan pembohongan ini pernah didedah oleh Presiden MCA, Dr Wee... Continue Reading →

(Video) DR. MASZLEE HANYALAH BIDAK CATUR YANG DIJADIKAN UMPAN

Dr Maszlee Malik telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan daripada kuota kabinet PH yang diperuntukkan kepada parti PPBM, diketuai oleh kuasa de’facto Tun Mahathir. Ia menjadi suatu retorik politik untuk mengatakan bahawa Maszlee meletakkan jawatan kerana tekanan isu politik atas pelbagai kemelut yang menghimpit Kementerian Pendidikan. Boleh dikatakan semua menteri PH menghadapi kemelut tekanan politik,... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑