(Video) SINDIKET LAMBAKAN KEMASUKAN WARGA CHINA DAN INDIA AMAT BAHAYA

Mengapakah pihak Imigresen tidak mempunyai sistem yang efisien untuk mengesan mobiliti warga China dan India yang masuk ke negara ini atas nama pelancong, tetapi tiada rekod keluar setelah tempoh keberadaan tamat?

Tidakkah gejala kemasukan sedemikian yang melibatkan jumlah ratusan ribu warga China ke negara ini menggugat keselamatan dan sistem demokrasi apabila terdapat antara mereka membeli kad pengenalan dan mengklon kad pengenalan warganegara?

Suatu ketika dahulu, pada 21 November 2005, mantan YAB Perdana Menteri, DS Abdullah Ahmad Badawi meminta Jabatan Imigresen dan PDRM mengesan ke mana menghilangnya 50,000 pelancong dari China yang masuk ke Malaysia tetapi tidak pulang ke negara asal mereka.

Terdapat juga laporan daripada akhbar dalam talian Malaysiakini bahawa pada tahun 2003, seramai 500,000 pelancong China datang ke Malaysia dan hanya 315,000 sahaja yang keluar dari Malaysia atau kembali ke negara asal mereka.

Ini bermakna terdapat seramai 185,000 warga China yang tidak dapat dikesan, masih berada di Malaysia. Tujuan apa mereka berada di negara ini?

Kemudian Sinar Harian melaporkan pada 2 September 2016, bahawa terdapat 100,000 kaum Cina masih belum memperolehi kewarganegaraan.

Adakah mereka ini layak mendapatkan kewarganegaraan tetapi hidup tersisih atau sebenarnya mereka pendatang haram dari China?

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil memberi penjelasan terhadap kehilangan pelancong warga China yang tidak keluar dari Malaysia, sama ada mereka telah berjaya dikesan, kembali ke negara asal mereka atau menjadikan Malaysia sebagai destinasi terakhir kehidupan mereka secara haram.

Jika dikumpukan bilangan pelancong warga China yang tidak meninggalkan negara ini atau gagal dikesan semenjak 2003-2005 adalah seramai 235,000 orang (2003: 50 ribu dan 2005: 185 ribu).

Data tersebut adalah statistik yang direkodkan pada tahun 2005 iaitu 15 tahun yang lampau.

Bagaimanakah pula dengan tahun-tahun berikutnya dan situasi mutakhir?

Lebih malang lagi, gejala tersebut dihimpit pula dengan dasar kemasukan tanpa visa yang diberikan kepada warga China dan India mulai 1 Januari 2020.

Walau bagaimanapun, adakah terdapat sindiket terancang yang mendukung agenda tertentu dalam soal menggarap dominasi politik dan ekonomi, dalam isu kemasukan haram warga China dan India sedemikian?

Sebagaimana yang kami petik daripada blog SelempangMerah terdapat potensi bahawa mereka ini telah menyumbang kepada penipuan pilihan raya yang telah memberi kemenangan kepada calon DAP dengan jumlah majoriti yang amat besar pada PRU13 (2013).

Tiada pula sistem ‘memeriksa, mengesan, dan menyelidik’ tentang ketulenan pengundi terutamanya pengundi China dan India dalam proses pendaftar pengundi di kawasan-kawasan tersebut.

Antara contoh dan isu yang boleh dibangkitkan pada PRU13 (2013) ialah seperti berikut:

  • Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menang dengan majoriti 51,552 undi.
  • Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong, menang dengan majoriti 43,063 undi.
  • Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, menang dengan majoriti 42,206 undi.
  • Ahli Parlimen Bukit Gelugor, menang dengan majoriti 41, 778 undi.
  • Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua, menang dengan majoriti, 41,672 undi.
  • Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menang dengan majoriti, 40,307 undi.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2018 sepanjang 2016 sehingga 2018, sejumlah 79,799 warga China dan 41,243 warga India melawat ke negara ini.

Namun, Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) merekodkan sejumlah 76,258 (95.6%) warga China dan 39,806 (96.5%) warga India tidak mempunyai rekod keluar.

Pada 21 Ogos 2019, telah berlaku gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA selama tiga hari. Tragedi gangguan sistem data KLIA ini menjadi titik hitam dalam sejarah negara.

Dalam tempoh tersebut, negara telah dikejutkan dengan lambakan kemasukan warga China atas tiket pelancongan.

Perkara ini dilihat sebagai satu tindakan terancang apabila Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) membuat laporan kepada Jabatan Imigresen dan PDRM supaya menyiasat kegagalan rangkaian di KLIA itu kerana ia seperti suatu gerakan sabotaj sistem elektronik yang merekodkan data keluar masuk warga asing.

Ia seperti mempunyai kaitan dengan sindiket kad pengenalan, passport dan sijil kelahiran palsu di Pulau Pinang yang menyebabkan lebih 20 suspek telah ditangkap termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang.

PIhak PDRM percaya sindiket ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang malah di negeri-negeri lain dan ia sudah lama beroperasi. Namun mengapakah tiada tangkapan ke tas pegawai JPN di negeri-negeri lain?

Pihak Kementerian Dalam Negeri, PDRM dan Imigresen mestilah mengambil tindakan menyiasat sindiket kemasukan warga China dan India serta kaitannya dengan sindiket kad pengenalan palsu secara serius, proaktif dan menyeluruh.

Isu penjualan kad pengenalan kepada warga China juga telah menjadi isu panas yang pastinya mempunyai kaitan dengan lambakan kemasukan warga China.

Sebagaimana dilaporkan oleh UMNO.Online, terdapat beberapa kes yang dikesan oleh pihak berkuasa tentang kes kad pengenalan palsu warga China.

Dipetik daripada UMNO.Online

Adakah ini sebahagian daripada sindiket untuk menambah jumlah kaum Cina di negara ini demi kepentingan politik parti cauvinis Cina?

Tidak hairanlah jika terdapat usaha pemimpin DAP yang mahu menghapuskan Akta SOSMA yang amat signifikan dipertahankan demi menjaga keselamatan negara dari ancaman kuasa asing?

Kemudian negara juga dikejutkan dengan penangkapan 680 warga China yang sedang menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya.

Kemudian sambutan tahun baru 2020 dikejutkan pula dengan penangkapan 87 warga China di Puchong dan di Serdang kerana terlibat dengan sindiket perjudian dan pelaburan haram dalam talian.

Mereka yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta menetap lebih masa di negara ini.

Keadaan menjadi lebih getir dan mencurigakan apabila isu penyeludupan abu mayat bekas Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng, kes aktivis pengganas LTTE , komik ideologi komunisme, dan perhimpunan bekas gerila komunis mengejutkan negara.

Walau apapun matlamat jahat sindiket ini, isu utama yang difikirkan ialah gerakan mereka untuk melumpuhkan ekonomi rakyat tempatan dan kemudiannya mendominasi kuasa politik kaum Bumiputera-Melayu.

****

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑