BEKAS MENTERI DALAM NEGERI GELABAH DENGAN SIASATAN SPRM, TAPI DIA LUPA MAJLIS DIA BERSAMA MAFIA MACAU

Editor

16 Mei 2023

DS Hamzah Zainuddin nampaknya gelabah apabila menjadi sumber siasatan SPRM dengan rasuah yang melibatkan projek KDN ketika dia mengepalai kementerian berkenaan.

Namun rakyat masih ingat, ketika dikejutkan dengan majlis yang dihidangkan dengan ‘tarian ala-bogel’ yang dihadiri oleh bekas Menteri KDN DS Hamzah Zainuddin bersama Presiden Bersatu TS Muhyiddin Yassin.

Sebelum itu pun Hamzah telah dikaitkan dengan isu lantikan ‘budak kita’ dalam PDRM, manakala isu penglibatan ahli politik dalam campurtangan urusan badan perundangan juga telah didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador.

Blog ‘Anotherbrickinwall’ pada 6 Mac 2022 telah mempersoalkan ‘Adakah ‘kongsi gelab atau Mafia Macau mempunyai hubungan dengan majlis kutipan dana PN untuk PRN Johor yang dihadiri Hamzah itu?’ (Is Macau triad linked to PN’s fund raising dinner for Johor state election?)

Bagi blog ‘Anotherbrickinwall’ Muhyiddin dan Hamzah amat terdesak bagaikan menentukan hayat ‘hidup atau mati’ mereka di PRN Johor.

Ketika itu Muhyiddin dan Hamzah hanya mengulangi tema kempen PRU14 untuk menarik sokongan pengundi dengan menggunakan rasuah, 1MDB, dan ‘kluster mahkamah’ seakan-akan mereka sendiri bebas rasuah.

Sedangkan isu 1BestariNet, isu memberi kontrak tanpa rundingan kepada ahli keluarga Muhyiddin, dan terkini kes Jana Wibawa, telah mendedahkan siapakah Bersatu sebenarnya.

Sebagaimana blog ‘Anotherbrickinwall’ dedahkan, majlis makan malam dengan objektif mengumpul dana PN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, Johor Baru, pada malam 4 Mac, telah membangkitkan isu hubungan Hamzah dengan tokoh Mafia Macau.

Adalah keji bagi Muhyiddin yang kelihatan alim untuk merelakan pertunjukan gadis di hadapannya dengan tarian ‘ala-bogel’.

Malahan Muhyiddin telah mengeluarkan ‘fatwa’ yang mendakwa “meninggalkan UMNO untuk bersama dalam saf PN adalah satu ibadah.”

Sewajarnya Muhyiddin dan Hamzah berasa malu kerana orang yang bertepuk tangan kegembiraan di majlis itu yang duduk di sebelahnya adalah JP Tan yang ada pertalian dengan gengster dan mafia Macau.

Ucapan Muhyiddin yang mendesak agar taiko-taiko yang hadir membantu PN, “Lu sokong gua, gua sokong lu lo”, manakala Hamzah Zainuddin pula seakan-akan mengugut secara halus agar mereka membantu PN sekiranya mereka mahu selamat.

Ia diterjemahkan oleh blog ‘Anotherbrickinwall’ sebagai satu ancaman dan ugutan halus Hamzah dan Muhyiddin.

Dalam gambar yang dipaparkan, JP Tan bersama mafia Macau, Wan Kuok Kwai telah dicari oleh interpol khususnya polis Australia dan AS. Wan Kuok lebih dikenali sebagai Broken Tooth.

Sumber: DimSum Daily
Sumber: Casino.org

Wan Kuok terkenal dengan rompakannya di kasino Macau dan dipercayai tidak boleh disentuh oleh penguatkuasa undang-undang tempatan. Beliau adalah rakan kongsi JP Tan dalam GLC tempatan.

Penjenayah itu telah disenaraihitamkan oleh perbendaharaan AS kerana rasuah pada akhir tahun 2020.

Terdahulu pada bulan Oktober 2020, dia dilaporkan mempunyai hubungan dengan tokoh sindiket penipuan Malaysia, iaitu Nicky Liow.

Adakah Hamzah mempunyai hubungan dengan watak-watak ternama kongsi gelap dan mafia sepanjang tempoh dia di KDN?

Rakyat nilailah sendiri sekiranya kini SPRM meletakkan Hamzah dalam senarai tokoh yang sedang disiasat dan dikaitkan dengan rasuah.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: