Dalam ucapan rasminya pada majlis itu, Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan terbuka kepada tauke-tauke judi yang ada hubungan dengan Mafia Macau supaya “Lu sokong gua, gua sokong lu.” Apakah maksud Muhyiddin dengan kenyataan tersebut? Adakah ini sebahagian fakta yang signifikan bagi DS Anwar Ibrahim untuk mendakwa bahawa PN menggunakan ‘wang judi’ dalam urusan parti? Ucapan Muhyiddin itu disambut dengan tepukan dan teriakan gemuruh “Boleh!!!” orang para hadirin yang terdiri daripada Tauke Judi, Ah Long, Macau Scam, dan Kongsi Gelap.
LUCUNYA APABILA STRATEGI PN MENAKUT-NAKUTKAN KERAJAAN PERPADUAN BERTUKAR MENJADI GAGAL DAN BODOH
BAIK Muhyiddin, Abdul Hadi Awang mahupun Hamzah Zainuddin, kini masing-masing sedang kepanasan, sehingga terpaksa menyusun strategi ‘menakut-nakutkan’ dan secara tidak langsung mengugut pihak lawan mereka. Setelah Muhyiddin terperangkap dengan kenyataan bahawa dia bukan suspek dalam kes rasuah Jana Wibawa, Hadi Awang pula terjebak dengan kes menyogok pengundi supaya bersumpah mengundi PAS di Marang dan kemudiannya Hamzah Zainuddin, yang dilihat sebagai ‘mastermind Bersatu’ juga dikaitkan dengan rasuah serta isu minyak masak yang disorok oleh anaknya.
BEKAS MENTERI DALAM NEGERI GELABAH DENGAN SIASATAN SPRM, TAPI DIA LUPA MAJLIS DIA BERSAMA MAFIA MACAU
Sebagaimana blog ‘Anotherbrickinwall’ dedahkan, majlis makan malam dengan objektif mengumpul dana PN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, Johor Baru, pada malam 4 Mac, telah membangkitkan isu hubungan bekas Menteri KDN Hamzah Zainuddin dengan tokoh Mafia Macau. Ucapan Muhyiddin yang mendesak agar taiko-taiko yang hadir membantu PN, “Lu sokong gua, gua sokong lu lo”, manakala Hamzah Zainuddin pula seakan-akan mengugut secara halus agar mereka membantu PN sekiranya mereka mahu selamat daripada siasatan pihak berkuasa. Adakah Hamzah mempunyai hubungan dengan watak-watak ternama kongsi gelap dan mafia sepanjang tempoh dia di KDN?
PUAK YANG AKAN MENJADI AHLI KLUSTER MAHKAMAH AKAN RAMPAS KUASA?
Namun sebagaimana yang terngiang-ngiang, pada agenda pertemuan sulit itu, serta persepsi penganalisis, ialah merancang satu ‘coup d’tat’ dengan apa cara sekalipun, baik tebuk atap, tebuk lantai, pecah tingkap, atau menyusup masuk dengan mengopah pintu belakang. Sebagaimana dimaklumkan oleh Datok Lokman Noor Adam, dalam pertemuan sulit itu, Daim telah membuat spekulasi bahawa 15 Ahli Parlimen BN kononnya sudah bersetuju untuk mengosongkan kerusi mereka. Namun dengan 15 Ahli Parlimen itu Kerajaan Perpaduan (KP) pimpinan DS Anwar tidak akan tumbang kerana setakat ini KP mempunyai 136 Ahli Parlimen manakala blok pembangkang hanya mempunyai 82 Ahli Parlimen dengan jumlah keseluruhan ialah 218 Ahli Parlimen. Sekiranya 15 Ahli Parlimen mengosongkan kerusi mereka, maka blok kerajaan masih mempunyai majoriti 121 Ahli Parlimen untuk menerajui kerajaan
PENGUNDI DIPERBODOHKAN AHLI PARLIMEN ‘KAKI PONTENG’ SIDANG YANG JELAS TIDAK AMANAH
Sungguh mengecewakan pengundi apabila tiga pimpinan utama blok pembangkang tersebut mengabaikan tanggungjawab mereka, tetapi amat lantang di luar parlimen mengutuk dan membangkitkan isu. Itu pengecut dan hanya hebat sebagai ‘kaki putar alam’ sahaja. Tidak hairanlah sekiranya terdapat laporan pengundi dirasuah dengan gula-gula pilihan raya demi mempertahankan ‘kaki ponteng’ sedemikian. Sewajarnya ‘kaki ponteng’ sebegini digugurkan kedudukan mereka sebagai ahli parlimen kerana tidak amanah kepada rakyat yang memilih mereka.