Editorial
2 Jun 2022
Sebelum ini PH (termasuk pemimpin PPBM) berkempen bermati-matian menentang sistem cukai GST semasa mereka berkuasa 22+17 bulan.
Namun hakikatnya GST telah diguna pakai oleh 160 negara di dunia, kecuali negara-negara yang bengap.
GST akan dapat mengawal nafsu serakah golongan kapitalis, dan dengan logiknya, lebih tinggi kenaikan harga barang, maka lebih tinggi cukai GST dikenakan kerajaan. Manakala peniaga tidak boleh lari daripada cukai sebagaimana SST.
Kini dengan kesan pandemik seluruh dunia, pembekal, peniaga, pengeluar barangan harian dapur di Malaysia telah nampaknya mengambil kesempatan untuk menaikkan harga wewenangnya.
Adakah semua ini satu lagi konspirasi untuk ‘merosakkan’ nama baik BN-UMNO kerana Perdana Menteri adalah orang BN-UMNO.
Inilah masalahnya apabila kerajaan yang memerintah terbina daripada pemimpin pelbagai parti, pelbagai ideologi, pelbagai muslihat dan pelbagai matlamat.
Paradoksnya menteri-menteri yang terlibat dalam urusan perdagangan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah orang-orang yang sudah mahir dalam isu portfolio masing-masing seperti Menteri yang menerajui MAFI dan KPDNHEP .
Menteri KPDNHEP, Alexender Nanta Linggi, adalah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di era pemerintahan BN yang berakhir pada tahun 2018.
Sementara Menteri MAFI, Ronald Kiandee, sudah menerajui porfolio MAFI sejak dari era pemerintahan Perikatan Nasional (PN).
Adakah mereka ini merupakan konco-konco PN yang tunduk kepada kehendak Muhyiddin dalam kerajaan seolah-olah tidak mampu bertindak atau sengaja tidak mahu bertindak kerana takut pada tindakan ‘dakwaan terpilih’ sebagaimana dikenakan kepada Ahli Parlimen Labuan, YB Rozman Isli?
Adakah benar mereka tidak mampu mengambil tindakan untuk mengekang kenaikan harga barang?
Anehnya di negeri Semenanjung isu kekurangan ayam dan putus bekanan seperti dipermainkan, sedangkan di Sarawak bekalan ayam melebihi permintaan dan bekalan di Sabah adalah normal.

Adakah Menteri MAFI dan KPDNHEP sengaja mempermainkan isu ini atas desakan tertentu?
Muhyiddin Yassin, sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Negara, bertanggungjawab mengatasi masalah kenaikan harga barang, namun dia sengaja mendiamkan diri.
Nampak sangat bahawa dia sengaja mahu isu dan kemelut kenaikan harga barang dan putus bekalan barang keperluan ini menjadi gelombang kemarahan rakyat.
Malah beliau pernah menjadi Menteri Pertanian pada era pemerintahan BN.
Rakyat pasti masih ingat strategi ‘bumi hangus DAP’ yang menjadi agenda Lim Guan Eng untuk memusnahkan negara dan menghancurkan kepimpinan Melayu-Islam.

Melalui strategi itu, DAP sengaja menyusun strategi agar negara lumpuh dan merekalah kemudiannya dilihat sebagai wira menyelamatkan negara.
Presiden parti ‘Malaysian United Democratic Action’ (anak angkat DAP) Syed Saddiq juga pernah mendedahkan dasar pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang sengaja merancang membiarkan rakyat hidup menderita dalam tempoh dua tahun pertama pemerintahan mereka.

Dalam tempoh tiga tahun pemerintahan selepas itu, PH akan berpura-pura memberikan segala bantuan kepada rakyat, lantas merekalah wira penyelamat penderitaan rakyat.
Rakyat tidak lupa apabila DAP dan Dr Mahathir sering mencanangkan bahawa negara akan ‘bangkrap’ tetapi kemudiannya didedahkan hanya pembohongan belaka.
Rancangan PH adalah supaya pada kempen PRU15 nanti, rakyat akan membina persepsi bahawa PH yang mampu membela dan menyelamatkan rakyat dan negara.
PN sengaja mahu memusnahkan nama baik dan kredibiliti BN yang telah menang PRN Melaka dan PRN Johor supaya dapat dirobah sebagai parti politik yang menganiaya rakyat.
Lantas kenaikan harga barang keperluan harian dan terputusnya bekalan akan memusnahkan kredibliti BN-UMNO sedangkan dalam kabinet PN, ramai yang merupakan konco-konco Muhyiddin.
Nama baik PM, Ismail Sabri akan kotor, dan sekali gus kredibiliti dan prestasi BN-UMNO juga akan ‘terpalit najis’ yang menjadi konspirasi PN.
Namun rakyat harus tahu bahawa banyak kekangan yang dikenakan oleh Muhyiddin Yassin terhadap BN-UMNO khususnya Ismail Sabri setelah Muhyiddin tumbang sebagai PM.
Antaranya ialah mengekalkan menteri-menteri kabinet daripada Bersatu-PN yang secara tidak langsung mempertahankan dominasi Muhyiddin Yassin dalam kerajaan.
Rakyat tidak akan mensasarkan kemarahan kepada dua menteri yang bertanggungjawab, tetapi kemarahan rakyat akan menghala kepada Ismail Sabri.
Sementara menunggu parlimen dibubarkan, Muhyiddin, Nanta Linggi dan Ronald Kiandee dijangka akan membiarkan masalah kenaikan harga barang terus menjadi kemelut kehidupan rakyat.
Sementara PH sebagai blok pembangkang juga akan memainkan sentimen kenaikan harga barang untuk lebih membakar kemarahan rakyat terhadap BN-UMNO.
Rakyat jangan pula lupa pendedahan Shafie Apdal mengenai dakwaan Muhyiddin yang sudah mempunyai 119 sokongan Ahli Parlimen.

Pengkhianatan Muhyiddin bukan sahaja dibuktikan oleh ‘sindrom angka’ sebagaimana pendedahan Presiden Warisan Shafie Apdal itu, malah Muhyiddin telah bertungkus-lumus untuk mengatur ‘Langkah Carey’ bagi membina khemah besar untuk ‘membunuh UMNO’.
Pastinya isu dan kemelut kenaikan harga barang yang seperti suatu konspirasi itu akan menjadi senjata PN-PH untuk memusnahkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO-BN pada PRU15 nanti.
Kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang terbelenggu dengan tangan ghaib Muhyiddin, tidak boleh dinafikan, malahan Muhyiddin sudah sekian lama merancang untuk menjatuhkan UMNO-BN kerana penyokong di sekelilingnya adalah katak-katak politik UMNO dan PKR.
******
Tinggalkan Jawapan