SYED SADDIQ WAJAR DIGELAR PENGEMIS YANG PANDAI MENYAMAR

Editorial

31 Mei 2022

Syed Saddiq Abdul Rahman, Presiden parti ‘Malaysian United Demcratic Alliance’ (MUDA) yang bersembunyi di sebalik akronim untuk golongan ‘muda’ kononnya  seringkali memohon dana awam untuk menyelamatkan dirinya, bagi mengumpul wang bertujuan membayar peguambela yang membela kes jenayah yang melibatkan dirinya.

Sebagaimana dilaporkan oleh media arus perdana, daripada kenyataan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, terdapat 3 pertuduhan ke atas Saddiq, dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun beserta sebatan rotan dan denda.

Pertamanya, Saddiq didakwa atas kes pecah amanah RM1 juta wang milik Armada, Bersatu.

Saddiq dituduh mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kedua, Syed Saddiq juga didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan dana RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tidak lebih 5 tahun penjara dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ketiga, Saddiq turut didakwa atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta 613.

Saddiq boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

Meskipun Saddiq yang terkait dengan jenayah salah guna dana, pecah amanah, dan pengubahan wang haram, namun orang awam pula yang diheretnya untuk menanggung kos pembelaan kes jenayah yang dilakukakannya di mahkamah.

Melalui kutipan tabung awam dalam talian, ahli Parlimen Muar itu dilaporkan telah berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM715,573.77 dalam tempoh 24 jam bagi membayar wang jaminan yang dikenakan terhadapnya.

Adakah pemimpin sedemikian yang rakyat mahukan, apabila jenayah yang dilakukan, namun paradoksnya rakyat dan orang awam pula yang menanggung beban.

Dia pandai mengemis, tetapi dia juga pandai melibatkan dirinya dalam jenayah.

Ramai yang hairan dengan laporan polis yang dibaut oleh Syed Saddiq, apabila mendakwa wang sejumlah RM250,000 dalam peti besi simpanannya telah hilang.

Untuk memberikan gambaran muluk-muluk tentang watak pengemis yang dilakonkannya, Saddiq berjanji akan mengupah Ernst & Young mengaudit program kutipan dana awam itu.udah 10 bulan berlalu sejak Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan menjemput Ernst & Young mengaudit program kutipan dan

Seperti diketahui beliau antara ahli politik yang kerap menggerakkan program kutipan dana sama ada mengunakan platform Parlimen Muar atau parti MUDA.

Namun sebagaimana dilaporkan oleh MyNewsHub, sudah 10 bulan berlalu, sejak Saddiq mengumumkan akan menjemput Ernst & Young mengaudit program kutipan dananya, namun tiada apa-apa laporan media mengenai audit berkenaan.

Saddiq pandai ‘psiko’ orang awam dengan dakwaan bahawa laporan audit profesional penting untuk diketengahkan kepada pengetahuan orang ramai bagi mengesahkan dari mana dan ke mana wang kutipan dibelanjakan atau disalurkan.

Lebih-lebih lagi ahli politik merupakan pihak yang akan mentadbir negara jika menang pilihan raya.

Namun Saddiq tidak pula membangkitkan isu pecah amanah, salah guna dana, dan pengubahan wang haram sehingga terpaksa mengheret orang ramai menyumbang.

Saddiq juga pernah terpalit dengan kontroversi menerima dana daripada taikun-taikun kroni DAP.

Semua persepsi ini akan terjawab melalui laporan audit dan orang ramai masih ternanti-nanti laporan audit tersebut walaupun Syed Saddiq seolah-olah mahu melupakannya.

Jika tidak, maka amat wajar Saddiq diberikan ‘award’ “Pengemis terbaik yang pandai menyamar” dan membohongi rakyat.

*******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: