Editorial
2 Jun 2022
Farhash Wafa Savador, bekas Ketua PKR Perak menggesa supaya Kongres Nasional PKR ditangguhkan supaya audit forensik terhadap keputusan pemilihan parti diselesaikan dahulu.
Farhash menganggap pengakuan Ketua Jawatankuasa Pemilihan PKR 2022, Dr Zaleha Mustafa bahawa audit forensik terhadap keputusan pemilihan PKR perlu diadakan bagi memastikan keadilan pemilihan serta keabsahan keputusan pemilihan.
Farhash juga mahu parti diberikan ruang untuk mengambil tindakan susulan terhadap dapatan audit forensik itu.
Bagi Farhash pihak Jawatankuasa Pemilihan parti hendaklah mengambil tindakan susulan setelah audit forensik itu siap dan mengambil bertindak terhadap sesiap juga yang bertanggungjawab jika wujud sebarang manipulasi atau penipuan.
Sebelum ini, Farhash menggesa audit forensik terhadap keputusan pemilhan itu, susulan keputusan yang diterjemahkan sebagai ‘mengarut’ di Bahagian Gombak.
Sebelum ini Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli telah membangkitkan isu 54 ribu pengundi hantu dalam pemilihan PKR.

Adakah kenyataan Rafizi itu sebagai ‘formula’ untuk menutup penipuan penyokongnya atau penipuan daripada pihak lawannya. Namun kini dia telah menang di beberapa negeri mengatasi sokongan terhadap Saifuddin Nasution.
Farhash yang tewas dalam pemilihan Ketua Gombak kepada Amirudiun Shari, yang juga merangkap Menteri Besar Selangor, membangkitkan isu percanggahan jumlah undi yang dikira dengan jumlah pengundi.
Lantas, nampaknya sekiranya dirujuk kepada kenyataan Farhash itu, terdapat keputusan yang songsang serta gejala penipuan dalam kalangan pemimpin dan ahli-ahli PKR.
Adakah parti serta pemimpinnya yang sebegitu yang mahu diangkat oleh rakyat sebagai peneraju negara.
Pengalaman pemerintahan PH telah cukup mengajar rakyat tentang erti kejujuran, kebenaran dan keadilan, bukannya fitnah pembohongan dan janji palsu.

Pemilihan PKR membuktikan betapa cacamarbanya parti pimpinan DS Anwar Ibrahim itu, apatah lagi setelah ‘Raja Fitnah’ yang telah beberapa kali diheret ke mahkamah tetapi diselamatkan oleh undang-undang rimba PH daripada hukuman penjara 2 bulan, kini muncul semula dengan strategi fitnah, pembohongan dan formula genjot dalam kempen PRU15.
Jelaslah penipuan dalam parti sendiripun menjadi signifikan, apatah lagi penipuan dalam PRU15.
‘Bersih’ sepatutnya sedar dengan gelagat pilih kasih mereka yang menjijikkan!
*******
Tinggalkan Jawapan