DAP MENGAKU TELAH KENCINGKAN RAKYAT

DAP telah kalah teruk di PRN Melaka dan lebih parah di PRN Sarawak.

Pada PRN DUN Sarawak 2016, DAP telah memenangi 7 kerusi DUN daripada 10 kerusi yang dimenangi oleh PH. Tiga kerusi lagi dimenangi oleh calon PKR.

Di PRN Melaka yang lalu, DAP bertanding 8 kerusi tetapi hanya menang 4 sahaja manakala Amanah menang satu kerusi dan PKR tidak memenangi sebarang kerusi.

Pada PRU14, DUN Melaka, DAP telah memenangi 8 kerusi manakala PKR menang 3 kerusi DUN, Amanah menang 2 kerusi DUN dan Bersatu menang 2 kerusi.

Jelaslah nampaknya, baik di PRN Melaka, mahupun di PRN Sarawak, prestasi calon DAP merosot teruk dengan hanya memenangi 2 kerusi di PRN Sarawak dan 4 kerusi di PRN Melaka.

Kemerosotan tersebut terlihat apabila kerusi DAP di Sarawak merosot daripada 7 kepada hanya 2 kerusi daripada 22 kerusi di DUN Sarawak yang mereka tandingi.

Manakala di PRN Melaka, DAP hanya menang 4 daripada 8 kerusi yang mereka tandingi.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen dengan jujurnya telah mengaku bahawa DAP sejak PH memenangi PRU14 pada 2018, dan memerintah negara selama 22 bulan, telah gagal mengotakan janji kepada rakyat dan pengundi.

Dalam satu kenyataan akhbar Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagaimana dipetik daripada MalaysiaNow, mengaku kegagalan parti itu untuk mengotakan janji sepanjang 22 bulan mengambil alih kuasa pentadbiran Putrajaya, menjadi faktor utama kekalahannya.

Beliau juga mengaku bahawa pengundi daripada masyarakat Cina hilang keyakinan terhadap DAP.

Hilangnya sokongan masyarakat Cina di bandar terhadap DAP menunjukkan perubahan sentimen pengundi dan respons mereka terhadap janji-janji yang tidak dikotakan menyebabkan parti itu kehilangan lebih banyak kerusi yang disandangnya.

“Sentimen itu lahir kerana sepanjang 22 bulan memegang pentadbiran pusat, DAP dan Pakatan Harapan tidak berjaya mengotakan hasrat rakyat,” kata Chong.

DAP hanya mampu mengekalkan dua kerusi, Padungan dan Pending disandangnya pada PRN Sarawak.

Kekalahan dan kemerosotan sokongan terhadap DAP amat ketara berbanding kemenangan DAP di tujuh kerusi pada PRN 2016, dan sebelum itu menyandang 12 kerusi pada 2011.

Bukan Chong Chieng Jen sahaja yang mengaku bahawa PH-DAP telah membohongi rakyat dengan janji palsu, malah pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang juga telah membuat pengakuan.

Kit Siang mengakui bahawa ramai pengundi telah amat kecewa dengan pentadbiran 22 bulan PH, malahan dia sendiri tidak gembira dengan prestasi DAP ketika mereka berkuasa.

Namun sebagaimana biasa, Kit Siang yang tegar dengan egonya yang bongkak dan sombong, selalu menyalahkan orang lain daripada memperakui kelemahan sendiri.

Kit Siang pernah berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Tun Mahathir tidak menyerahkan kuasanya kepada Anwar Ibrahim, tetapi sehingga PH tumbang, Mahathir tetap tidak menyerahkan kuasanya kepada Anwar, tetapi Kit Siang tetap juga tidak meletakkan jawatan politiknya.

Malahan hari ini pemimpin DAP melaung-laung supaya Anwar pula yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Presiden PH.

Bagi warganet terutamanya pada media FB, istilah yang mereka gunakan untuk menggambarkan pembohongan, fitnah, janji palsu dan penipuan DAP-PH ialah ‘kencingkan rakyat’, manakala PH lebih popular sebagai ‘Parti Hancing’.

Sebagaimana MYKMU mencatatkan, “Manifesto PH sering diberi jolokan ‘manifesto kencing rakyat’ kerana mengandungi janji-janji palsu yang tidak masuk akal untuk menipu rakyat Malaysia.”

Maka jelaslah bahawa DAP yang mendominasi kerajaan PH setelah memenangi PRU14, telah berjaya kencingkan rakyat.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: