Editorial
1 Jan 2022
Dalam satu twitter daripada DAP Perak tercatat satu frasa yang telah membangkitkan kemarahan warganet.
Twitter daripada DAP Perak yang dipimpin oleh Nga Kor Ming mencatatkan “Before you laugh at children who believe in Santa Claus, remember there are adults who still believe in Najib Razak!”
Bukan tujuan wacana ini untuk menghina kepercayaan zaman-berzaman agama Kristian tentang ‘Santa Claus’ tetapi perbandingan genjot kepercayaan terhadap Santa Claus dengan sokongan terhadap DS Najib Razak harus diperbetulkan.
Sebahagian besar rakyat percaya bahawa dakwaan terhadap DS Najib adalah satu konspirasi dan dakwaan terpilih PH, tergesa-gesa dilaksanakan hanya beberapa hari setelah mereka menang PRU14.
Malah orang kuat DAP sendiri iaitu Dr Tan Seng Giaw, bekas Ahli Parlimen Kepong dari DAP sendiri yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpendirian bahawa tuduhan ke atas DS Najib dalam kes 1MDB hanyalah merupakan satu persepsi semata-mata.
Beliau mengkritik sesetengah pihak yang disifatkannya hanya bergantung kepada laporan oleh portal dalam talian, Sarawak Report, berhubung bukti yang menuding jari kepada Najib kononnya terbabit dalam isu 1MDB.
“Persepsi bukanlah bukti. Mengikut prinsip undang-undang, seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Namun bagaimana jika kuasa politik telah campurtangan dalam urusan kehakiman sebagaimana dakwa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Muhamad, manakala bekas Ketua Polis Negara juga telah mendedahkan terdapatnya campurtangan politik dalam badan perundangan.
Dr Tan menegaskan bahawa Najib tidak seharusnya dipertanggungjawabkan dalam isu 1MDB. Beliau berkata demikian kerana Perdana Menteri tidak terbabit secara langsung dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik itu.

Lantas sekiranya DAP Perak mengatakan bahawa “Sebelum anda mentertawakan kanak-kanak yang percaya kepada Santa Clause, ingatlah ada orang dewasa yang masih percvaya kepada Najib Razak!”
Lantas bagaimana pula kepercayaan pengundi pada PRU14 terhadap manifesto PH-DAP yang dikatakan tiada kredibiliti dan relaibiliti kerana ia bukan ‘kitab suci’.
Mungkin juga menifesto itu hanya sekadar ‘tisu tandas’.
Lantas tidakkah seluruh negara ditertawakan kerana mempercayai DAP-PH?
Amat lucu dan wajar ditertawakan apabila pengundi mempercayai janji PH-DAP bahawa jika mereka menang PRU14:
- Semua tol akan dilupuskan, sebaliknya PH-Dap hanya berikan 15% diskaun Tol, manakal Tol diteruskan sehingga 20 tahun lagi
- PH akan meneruskan bantuan BR1M RM2000, sebaliknya Lim Guan Eng berikan hanya RM30 kepada rakyat.

- Kilang Lynas akan ditutupp untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sebaliknya Mahathir setuju Lynas selama dan diteruskan beroperasi
- DAP berbohong kepada rakyat bahawa hutang negara di bawah BN adalah RM1 trilion
- PH-DAP akan selamatkan kedudukan ekonomi Malaysia daripada muflis, tapi hakikatnya PH menambah hutang negara daripada RM686 bilion kepada RM1 trilion

- DAP tidak korup dan pemimpin DAP bersih, sedangkan kini kes terowong bawah laut yang melibatkan Setiausaha Agung DAP sedang dibicarakan kerana meminta sogokan 10% daripada pemaju. Manakala terdapat 101 projek di bawah kerajaan PH yang dilaksanakan melalui tender tertutup untuk kroni mereka.
- Pendidikan tinggi percuma tanpa perlu lagi meminjam dengan PTPTN
- DAP akan menegakkan pemerintahan berteraskan undang-undang tetapi kes rasuah banglo Lim Guan Eng ditutup begitu sahaja sehingga mengejutkan SPRM, manakala PH melantik orang mereka sebagai Peguam Negara, dan Ketua Pengarah SPRM.

- GST dihapuskan digantikan dengan SST supaya harga barang turun tetapi sebaliknya naik mendadak.
- Lim Kit Siang akan bersara jika Tun Mahathir tidak menyerahkan kuasa dan kerusi PM kepada Anwar Ibrahim, tetapi sampai PH tumbang Mahathir tetap tidak serahkan dan kini DAP pula mahu Anwar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Presiden PH.
Sungguh lucu kerana semua yang terkandung dalam manifesto PH-DAP adalah kisah mitos yang lebih hebat daripada kisah Santa Claus.
*****
Tinggalkan Jawapan