GOLONGAN ANTIMONARKI DAN PROREPUBLIK SUDAH EKSTREM DAN BIADAP

Editorial

3 Jan 2021

Golongan antimonarki dan prorepublik nampaknya cuba memperkukuhkan aliran mereka, tidak memadai melalui hasutan, kini mereka wujudkan pula petisyen yang cuba mendesak agar DYMM SPBY DiPertuan Agong meletakkan jawatan.

Di manakah mereka letakkan prinsip Rukun Negara “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”?

Tidak lain yang lebih menjelekkan kecuali sikap ekstrem dan biadap golongan ini, yang sekali gus menentang, bukan sahaja prinsip Rukun Negara tetapi juga falsafah pegangan kaum Melayu terhadap kesetiaan kepada raja dan negara.

Semalam lapan pertubuhan NGO di Pahang telah membuat beberapa laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dan Menteri Dalam Negeri agar menyiasat dan menahan dalang di sebalik petisyen yang mahu mendesak agar DYMM Agong meletakkan jawatan.

Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim melihat bahawa petisyen tersebut adalah satu komplot untuk memburukkan imej institusi DiRaja yang menjadi asas Perlembagaan Persekutuan.

Faiz menegaskan “Pihak yang membuat petisyen ini sungguh biadab, negara ini ada Perlembagaan, Tuanku (Al-Sultan Abdullah) merupakan Ketua Negara.”

Petisyen tersebut, setakat laporan dibuat semalam, telah berjaya mendapatkan tandatangan 1300 individu.

Faiz dan kumpulan NGO berkenaan mahu pihak PDRM, KDN dan SKMM menyiasat dalang di sebalik petisyen itu dan mengheret mereka ke muka pengadilan.”

Amat aneh kerana di tengah-tengah penderitaan rakyat menghadapi bencana banjir dan pandemik Covid19, golongan anti-Raja-Raja cuba menangguk di air keruh.

Adakah mereka ini cuba mengkhianati kuasa Agong yang telah menabalkan kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan PH setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan kerana kemelut politik sesama mereka?

Kemudiannya DYMM Agong juga telah dirujuk untuk menggantikan kerajaan pimpinan TS Muhyiddin Yassin kerana telah hilang sokongan majoriti ahli parlimen, dihimpit pula kemelut penamatan Ordinan Darurat oleh kerajaan yang diketuai Presiden parti Bersatu itu.

Siapakah dalang di sebalik petisyen ini, telah menjadi isu utama, namun kebiadaban ini telah tertonjol ketika era PH berkuasa lagi.

Rakyat masih ingat apabila Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan PH mengkritik sistem Raja Berperlembagaan.

Ia dikatakan menggunakan kedudukannya dalam kandang kerajaan untuk menyerang Raja-Raja Melayu dengan fakta yang boleh dipertikaikan.

Kemudian seorang balaci DAP yang juga digelar ‘ustaz DAP’ Wan Ji Wan Hussin, telah dikenakan hukuman penjara setahun kerana menghina Raja-Raja dan mengatur komplot kepada generasi muda untuk menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan Malaysia dan menggantikan dengan sistem Republik yang menjadi cita-cita DAP.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abdul Halim Aman ketika membacakan ringkasan penghakiman berkata bahawa penerbitan kata-kata tertuduh adalah satu penghinaan terhadap Raja. Ia bukan sahaja sesuatu yang menghasut, malah ia cuba menanam sifat kebencian rakyat terhadap institusi raja.

Tapi kemudiannya dibebaskan sehari setelah disumbat ke penjara setelah mendapat campurtangan politik, dan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Namun isu ‘Pindaan Perlembagaan’ yang membabitkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir juga masih tidak boleh dilupakan.

Nampaknya pekung yang ditinggalkan oleh kerajaan PH untuk menjadikan negara ini sebuah republik masih menjalar.

Lantas, siapakah dalang yang menggerakkan ini semua?

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: