GDI PERISIKAN PERTAHANAN MALAYSIA SIFAR – HISHAMUDDIN MESTI BAIKI KEBODOHAN MAT SABU

Editorial

18 Nov 2021

Rupanya benar sekali apabila ada penganalisis merankingkan Mat Sabu, Menteri Pertahanan semasa PH berkuasa sebagai Menteri Pertahanan terbodoh di Asia Tenggara, dengan perbandingan atas 15 negera-negara yang lain termasuk India Pakistan dan Bangledesh.

Semalam media arus perdana, Utusan Malaysia, menghebahkan bahawa kelemahan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang ‘habis diubah’ oleh pentadbiran terdahulu pada era PH kini menempatkan negara ini dalam ancaman risiko bahaya besar.

Kebodohan Mat Sabu harus dipikul bersama oleh Liew Chin Tong sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, yang dilihat mempunyai agenda tersembunyi apabila mengganggu pentadbiran ATM.

Kenyataan tersebut terbukti apabila Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDI) meletakkan angka sifar iaitu kritikal yang paling teruk dalam penilaian risiko perkhidmatan perisikan Malaysia sebagaimana didedahkan oleh MEIO yang telah dipetik Utusan dan beberapa media arus perdana yang lain.

Indeks bagi tahun 2019-2020, iaitu ketika PH berkuasa telah diterbitkan badan penyelidikan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI) baru-baru ini jelas mendedahkan aspek perisikan Malaysia amat lemah.

Pendedahan badan tersebut menunjukkan bahawa Malaysia hanya memperoleh markah keseluruhan 45 atau D yang bermaksud risiko tinggi dalam GDI bersama-sama dengan sejumlah 16 negara lain di dunia.

Perkara itu diakui Presiden TI-Malaysia, Dr. Muhammad Mohan menerusi kenyataan sambil menggesa kerajaan agar melihat serius penarafan buruk tersebut.

Penilaian Malaysia itu setaraf dengan negara dunia ketiga yang lain seperti Albania, Argentina, Armenia, Botswana, Chile, Greece, Hungary, Indonesia, Kenya, Kosovo, Portugal, Rusia, Serbia, Tunisia, Uganda dan Ukraine.

Di peringkat rantau Asia Tenggara, hanya Filipina dan Singapura meraih C manakala lapan negara dalam kelompok B dan New Zealand muncul negara tunggal menerima penarafan A.

Kedudukan teruk perisikan Malaysia itu difahamkan ada kaitan ‘campur tangan’ ketara ke atas MEIO ketika era kerajaan Pakatan Harapan selepas menang Pilihan Raya Umum pada 2018.

Walau bagaimanapun FMT mendedahkan GDI Kementerian Pertahanan itu dikaitkan dengan rasuah daripada pihak atasan kementerian tersebut.

Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia yang merupakan Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri, diwujudkan sejak 1960-an lalu berdasarkan gaya model Pejabat Penyelidikan Kabinet Jepun atau Naicho.

Dianggap setaraf Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Amerika Syarikat (AS), MEIO seperti Naicho yang ditubuhkan pada 1952 lalu, turut menghantar laporannya terus kepada Perdana Menteri.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: