MUHYIDDIN BERTANDING DI DUN MANA DI MELAKA?

Editorial

17 Nov 2021

PN meletakkan 28 calon untuk bertanding di 28 kerusi DUN pada PRN Melaka, namun pada poster-poster PN tidak kelihatan wajah calon mereka untuk dikenali pengundi, kecuali wajah lelaki berusia 74 tahun, yang tidak menarik, dan tiada langsung faktor ‘wow’-nya.

Di merata-rata kawasan kerusi DUN, PN seakan-akan menjual muka Muhyiddin, bagaikan dia sahaja yang layak menarik perhatian pengundi, atau calon-calon PN sebenarnya tidak berwibawa dan tidak diyakini oleh PN.

Taktik kempen sebegini sudah ketinggalan zaman, sebaliknya hanya popular 20 tahun lalu, pada era awal pascakelahiran Internet.

Kenapakah PN mempertaruhkan muka Muhyiddin secara solo pada hampir semua poster PRN di Melaka?

Adakah kerana Muhyiddin mahu mencanangkan bahawa dialah PM ke-10 bagi menggantikan DS Ismail Sabri.

Adakah Muhyiddin mahu menyampaikan mesej bahawa dalam PN dialah yang mendominasi parti-parti lain, maka dia harus dilihat sebagai ‘superior’ daripada Presiden PAS, Haji Hadi Awang, Presiden Gerakan Dominic Lau Hoe Chai, malahan lebih hebat daripada PM DS Ismail Sabri.

Seakan-akan Muhyiddin juga mahu menunjukkan bahawa orang lain hanyalah penumpang semata-mata.

Muhyiddin mungkin perasan bahawa dia amat popular dalam kalangan pengundi, sedangkan dia lupa Bersatu Bahagian Pagoh lumpuh, malah di Negeri Sembilan, semua cawangan dan bahagian Bersatu telah berkubur.

Mungkin dia masih mamai dengan pujian rakyat ketika dia berkuasa pada lima bulan yang pertama sebagai PM.

Tetapi dia lupa selepas itu dia diberikan label ‘PM Gagal’.

Malahan Tun Mahathir telah mengkritik keras Muhyiddin sebagai PM yang telah mempergunakan Undang-Undang Darurat untuk kepentingan peribadi bagi mengekalkan kuasanya.

Dalam sejarah negara, Muhyiddin telah mencatatkan rekod sebagai PM yang paling singkat berkuasa.

Semasa PRN Sabah tempoh hari, muka dia juga dipergunakan untuk menarik perhatian pengundi Sabah, tetapi pada hakikatnya BN yang lebih banyak memenangi kerusi DUN Sabah berbanding Bersatu.

Nampak sangat Muhyiddin cuba mempergunakan PRN Melaka sebagai ‘testing market’ untuk dia diangkat sebagai PM ke-10.

Semasa Muhyiddin hilang sokongan majoriti dan terpaksa meletakkan jawatannya sebagai PM, dia lupa bahawa dia telah digelar ‘PM Kerajaan Gagal’ dan kemudiannya menjadi ‘Bapa Lockdown’ kerana penguatkuasaan ‘lockdown’ semasa Muhyiddin berkuasa adalah yang paling lama berbanding dengan negara lain di dunia yang juga teruk dilanda pandemik Covid19.

Perbelanjaan negara ketika pandemik Covid19 sejumlah RM600 bilion juga menjadi isu, apabila parlimen telah digantung dan tidak terbuka untuk mempersoalkan belanjawan kerajaan pimpinan Muhyiddin sepanjang tempoh Darurat.

Walau apapun, kini pengundi seakan-akan tertipu dengan calon PN di semua DUN Melaka. Mereka mungkin sangkakan Muhyiddin yang akan bertanding.

Bagi peminat Muhyiddin pula mereka bertanya, Muhyiddin bertanding di DUN mana?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: