RAKYAT BERMATIAN BERGELUT DENGAN COVID, PKR N9 BERGELUT MAHU JATUHKAN MB

Editorial

7 September 2021

Nampaknya PH Negeri Sembilan sedang melawan arus apabila seluruh negara sedang bergelut dengan pandemik Covid19, sebaliknya parti komponen PH, iaitu PKR sedang bergasak tentang kuasa.

Meskipun pandemik Covid19 sudah kelihatan reda apabila data jangkitan telah turun ke bawah aras 20 ribu, tetapi dengan perkembangan yang berlaku di penjuru dunia lain, terutamanya di negara populasi besar seperti Amerika, China, India, Eropah dan Afrika, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang bertanggungjawab kepada program mikro KKM, hendaklah kekal tumpukan perhatian terhadap progrm melawan Covid19.

Isu Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR bergolak apabila ada yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pengerusinya yang juga merupakan Menteri Besar, DS Aminuddin Harun.

Empat ADUN berkenaan, adalah Ismail Ahmad (Labu), M Ravi (Sri Tanjung), Mohamad Rafie Ab Malek (Ampangan), dan Michael Yek Diew Ching (Chuah).

Mereka turut menandatangani Surat Akuan Bersumpah serta kenyataan akar umbi yang menyatakan bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.

Empat ADUN tersebut juga mengakui ramai ahli dan pendokong parti itu tidak berpuas hati dengan prestasi Pengerusi PKR Negeri Sembilan, DS Aminuddin Harun.

Jika MB adalah daripada PKR dan MB sendiri bermasalah dalam aspek sokongan dalaman parti, pastinya ia akan melarat kepada kepimpinan kerajaan negeri.

Hendaklah diingat bahawa PKR hanya mempunyai 6 ADUN daripada 20 ADUN PH dalam kerajaan negeri yang keseluruhannya berjumlah 36 ADUN.

Dengan erti kata yang lain, kedudukan MB sebagai ketua pentadbir negeri tidaklah sekuat mana.

Apatah lagi apabila isu krisis keyakinan terhadap kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) itu telah dibangkitkan oleh Datuk M Ravi yang juga merupakan ADUN Sri Tanjung serta Ketua PKR cabang Port Dickson, kawasan parlimen tempat bertapaknya Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim.

Pelbagai tandatanya telah terbangkit.

Amat dangkal sekiranya DS Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson tidak mengetahui sebarang pergolakan yang berlaku sedangkan yang bangkitkannya ialah kepimpinan PKR Port Dickson juga.

Dalam satu kenyataan akhbar, ADUN Sri Tanjung, Dtk Ravi telah membuat perakuan bahawa dia menandatangani akuan bersumpah (SD) dan ia akan dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung krisis keyakinan terhadap DS Aminuddin dan mencadangkan agar kedudukan beliau sebagai Pengerusi MPN ditamatkan dan digantikan dengan tokoh lain.

Walau bagaimanapun, DS Aminuddin Harun mendakwa bahawa rungutan dan tuduhan bahawa beliau gagal dalam memimpin dan memperkasakan parti sehingga menyebabkan hilangnya keyakinan ahli serta penggerak parti di akar umbi, adalah disebabkan pandemik Covid19.  

Aminuddin menjelaskan, tiada apa program yang boleh dilakukan ketika negara dilanda penularan Covid-19.

Walau apapun alasan yang diberikan, isu krisis keyakinan terhadap DS Aminuddin pada waktu ini, tidak boleh dipandang remeh kerana ia sudah sampai ke tahap menandatangani surat akuan bersumpah yang menjadi ‘trend’ kepada DS Anwar Ibrahim dalam gelagatnya di peringkat persekutuan untuk menjatuhkan PM.

Ingatlah bahawa MB hanya mempunyai lima ADUN sahaja dalam parti PKR yang menyokong dan menjadi tunggak pertahanannya.

Sekiranya empat ADUN PKR sendiri sudah menarik sokongan, maka MB hanya ada satu ADUN sahaja yang masih menyokong MB. Ia amat tidak signifikan, goyah, tiada reliabiliti dan tiada keabsahan.

Dengan itu, Aminuddin hendaklah ambil iktibar kerana kejatuhan DS Muhyiddin Yassin sebagai PM, berlaku ketika pandemik Covid19 memuncak melanda negara.

Waktu beginilah perakus politik mengambil kesempatan untuk menjatuhkan pemimpin atasan, dengan angka-angka jumlah SD. Tidakkah Aminuddin sedar?

Ingatlah bahawa PKR bukannya parti dominan dalam kerajaan N9, yang diterjemahkan sebagai lemah dan pada hakikatnya tiada kuasa majoriti.

Lihatlah apa yang telah berlaku kepada MB Perak DS Ahmad Faizal Azumu.

Lagipun ramai yang tahu bahawa isu perang saudara dalam PKR melalui kem tertentu pada ruang semasa ini telah membunuh beberapa karektor politik.

Walaupun DS Azmin Ali sudah keluar meninggalkan PKR tetapi pengaruhnya masih tegar dalam parti, malahan Azmin mempunyai kuasa di peringkat persekutuan, jauh lebih berpengaruh daripada Presiden PKR sendiri.

Namun perbalahan dalam PKR terus juga berlaku.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: