Dr Mamat Desa
8 September 2021
Hari ini tersebar dalam media, gesaan pemimpin DAP supaya PM DS Ismail Sabri tidak melibatkan golongan ahli parlimen yang dilabelkan sebagai kluster mahkamah.
Aneh sungguh politik di Malaysia, kerana sepatutnya seseorang itu adalah berada dalam status ‘tidak bersalah sehingga mahkamah putuskan dia bersalah’.

Kontradiknya ahli-ahli politik yang gila kuasa dan prejudis ini lebih suka melihat ‘seseorang itu bersalah sebelum mahkamah memutuskan dia bersalah.’ Mereka pula cuba mendahului hakim mahkamah.
Bertambah aneh lagi apabila pada era DAP-PH berkuasa banyak kes terpilih apabila ahli UMNO didakwa, lantas perbicaraan akan diteruskan sehingga ada pemimpin PH yang meuar-uarkan propaganda ke luar negara, untuk mewajarkan dakwaan mereka.
Namun kes-kes yang melibatkan pemimpin dan konco-konco DAP digugurkan begitu sahaja.

Lebih menyakitkan hati apabila ada kes mereka yang juga terlibat sebagai aktivis komunis dan pengganas antarabangsa LTTE digugurkan begitu sahaja oleh Peguam Negara Tommy Thomas yang dilantik kerana kepentingan politik mereka.

Lihatlah bagaimana banyaknya kes yang digugurkan oleh Tommy Thomas, seorang Peguam Negara yang telah dilabelkan sebagai pencabul kepada sistem peundangan negara sehingga undang-undang zaman PH-DAP diterjemahkan sebagai zaman ‘undang-undang’ rimba.

Namun pemimpin-pemimpin sebegini lupa bahawa di sekeliling mereka boleh dikatakan semuanya adalah berada dalam ‘kluster banduan’.
Dengan megahnya dia berkata, “”Ini pasti akan mencemarkan reputasi parlimen kita,” sedangkan dia lupa ‘kluster banduan’ sudah lama “mengotorkan dan menjijikkan reputasi parlimen kita.”

Tidak perlulah hendak dikategorikan mereka itu sebagai banduan semburit, banduan rasuah, banduan salah guna kuasa’ atau banduan Kemunting, kerana semuanya adalah bekas banduan.
Lim Kit Siang telah beberapa kali disumbat ke Penjara Kemunting, begitu juga dengan anaknya Lim Guan Eng, Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan ramai lagi.

Malah kes-kes rasuah ‘Terowong Bawah Laut’ yang menelan berbilion Ringgit, masih lagi berlangsung.
Lantas, tak perlulah DAP hendak mengangkat perjanjian dalaman rumah tangga PN-BN kerana dalam rumah tangga DAP sendiri ramai berada dalam ‘kluster banduan’ yang kotor dan jijik daripada orang yang belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah sebaliknya didakwa kerana fitnah dan konspirasi oleh ‘undang-undang rimba’ dan kerajaan kakistokrasi.

Malah RCI atau Suruhanjaya Siasatan DiRaja telahpun membuktikan bahawa ada dalam golongan ini yang tidak bersalah.
Kalau sudah dibuktikan oleh RCI mereka tidak bersalah kenapa mereka masih diheret ke mahkamah? Siapakah dalang ini semua? Tanyalah Lim Kit Siang siapa dalangnya.
Jelaslah ada konspirasi yang didalangi oleh orang yang sama yang telah mengheret Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, mendiang Karpal Singh, Ibrahim Ali, Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan ramai lagi ke penjara.
Sepatutnya dalang itulah yang kamu sekat dan hapuskan!
*****
Tinggalkan Jawapan