VIDEO – GURU MENANGIS CUBA BANTU PROSES VAKSINASI YANG LINTANG-PUKANG DI KL

Editorial

14 Ogos 2021

Sememangnya daripada dua pusat vaksinasi yang telah dilaksanakan di KLCC dan terkini berdekatan dengan hotel Grand Seasons KL, adalah haru-biru dan lintang-pukang.

Di manakah jentera kerajaan PN yang mengendalikan pusat vaksinasi berkenaan?

Pihak kerajaan harus bertanggungjawab kerana, ratusan pendatang asing itu berkemungkinan adalah pembawa virus Covid19 lebih-lebih lagi daripada varian Delta, Delta Plus, dan Lambda yang amat bahaya dan boleh merebak melalui udara dengan kekuatan 1000 kali ganda lebih kuat daripada virus Covid19 yang biasa.

Akibatnya nanti, yang akan menderita dan mati kerana dampak jangkitan adalah rakyat Malaysia sendiri, kerana pekerja asing ini semua bekerja di negara kita, dan mereka inilah daripada kluster perkilangan dan tempat kerja yang banyak membawa jangkitan kepada rakyat tempatan.

Tidak hairanlah sekiranya, seorang guru yang berada di kawasan pusat vaksinasi berasa bertanggungjawab untuk mengarahkan deretan pendatang asing yang kelihatannya jahil atau mungmin ‘dungu dan bingai’ tentang SOP PKP.

Mereka masih berpeluk-peluk, dan mereka tidak sedar vaksin bukan menjamin mereka sebagai selamat daripada jangkitan.

Keadaan kejahilan deretan pendatang asing itu menyebabkan guru berkenaan mengalirkan air mata kerana kesal dengan pihak pengurusan vaksinasi atau kerajaan PN yang kelihatannya seperti tidak bertanggungjawab.

Di manakah pihak MBKL, dimanakah anggota polis, di manakah RELA?

Kami bangga dengan pemuda yang dikatakan sebagai seorang guru dengan inisiatifnya untuk membantu menguruskan deretan warga asing ‘dungu dan bingai’ itu.

Kami juga berkongsi kesedihannya, semoga Allah memberkati hidupnya dan membalas kebaikannya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: