KPM JANGAN ANIAYA 1.7 JUTA PELAJAR MISKIN

Editorial

14 Ogos 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjanji untuk memberi bantuan komputer riba kepada golongan miskin, sebagaimana yang dijanjikan tempoh hari dalam Belanjawan 2021 kerajaan PN.

Tidakkah KPM prihatin kepada pelajar miskin yang kini jauh ketinggalan kerana tidak mempunyai kemudahan komputer untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran ‘dalam talian’ setelah sekolah ditutup ekoran PKP dan’total lockdown’.

Tidaklah dinafikan tindakan KKM melaksanakan sesi ‘pembelajaran dan pengajaran dalam talian’ adalah jalan terbaik, apatah lagi pelajar sekolah tiada dalam senarai penerima vaksin, kecuali sehari-dua ini diumumkan rancangan vaksinasi untuk rakyat berumur 12-17 tahun.

Tapi isunya sekarang ialah proses pembelajaran dan pengajaran yang berjalan melalui ‘dalam talian’ seperti mengabaikan 1.7 juta pelajar miskin.

Apa akan jadi pada pelajar miskin yang tiada alat komunikasi telefon bimbit mahupun komputer peribadi atau komputer riba.

Menurut pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philip Alston jumlah rakyat miskin di malaysia adalah sekitar 15-20% dan ini bermakna terdapat 5.8 juta rakyat miskin di Malaysia, dengan jumlah populasi 32 juta penduduk.

Sudah hampir dua tahun Covid19 melanda negara, sehingga sekolah terpaksa ditutup, manakala kes jangkitan sudah naik mendadak ke angka 20,000 kes sehari dengan kes kematian lebih 200 kes sehari. Malahan kadar jangkitan di Malaysia per kapita adalah antara tertinggi di dunia.

Mengapakah kerajaan seperti tidak mempedulikan rakyat kelas bawahan yang kini terkapai-kapai, apabila mereka ketinggalan untuk melibatkan diri dengan pembelajaran dan pengajaran dalam talian sedangkan mereka tiada instrumen komunikasi itu.

Sebagaimana yang diutarakan oleh bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, DS Said Keruak, 1.7 juta rakyat kelas bawahan bukan sahaja menghadapi masalah ketiadaan alat komunikasi digital seperti komputer, malahan mereka juga ‘miskin digital’ yang bermaksud mereka tidak tahu menggunakan alat ICT sebagaimana yang diperlukan oleh KP.

Menurut pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philip Alston jumlah rakyat miskin di malaysia adalah sekitar 15-20% dan ini bermakna terdapat 5.8 juta rakyat miskin di Malaysia, dengan jumlah populasi 32 juta penduduk.

Lantas jumlah 1.7 pelajar miskin seluruh negara, sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, DS Said Keruak, mungkin tidak terpakai lagi.

Jumlah ini belum lagi dikira daripada dampak pandemik Covid19 yang telah membesarkan lagi kelompok miskin dalam kalangan penduduk Malaysia mutakhir ini.

Namun sekiranya alat ICT itu pun tidak mampu dimiliki oleh pelajar miskin, bagaimanakah mereka mahu keluar daripada kepompong ‘miskin digital’ itu?

Sebelum ini rakyat melihat Menteri Pendidikan mendabik dada mencanangkan untuk membantu pelajar miskin dengan pengagihan 12,000 daripada 150,000 komputer riba di bawah inisiatif program Cerdik.

Adakah Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin, bangga sangat dengan agihan 150,000 komputer riba itu sedangkan jumlah pelajar adalah  4.8 juta iaitu 2.74 juta bagi sekolah rendah dan 2.037 juta bagi sekolah menengah?

Lantas, peruntukan 150,000 komputer riba hanyalah merupakan pembekalan kepada 3.14% daripada jumlah populasi pelajar sekolah menengah dan rendah.

Itupun yang baru diagihkan hanyalah 12,000 yang hanya 0.25% belum pun sampai 1%. Bagaimana pula dengan prasekolah?

Tapi persoalannya Kementeri Pendidikan tidak menunaikan janji pengagihan komputer itu.

Ke manakah perginya 138,000 lagi komputer sekiranya KP hanya baru menyerahkan 12,000 daripada 150,000 komputer riba itu?

Adakah Radzi mahu menjadi menteri yang tercatat dalam sejarah sebagai tokoh yang merosakkan masa depan golongan miskin, yang majoritinya adalah kaum Melayu-Bumiputera?

Covid19 sudah hampir dua tahun melanda negara, dan sekolah seluruh negara sedang merasai dampaknya dalam sistem pengajaran dan pembelajaran dalam talian, namun golongan miskin luar bandar terutamanya kian hari kian jauh ketinggalan berbanding golongan atasan dan pertengahan.

Golongan miskin bandar atau ‘urban poor’ mungkin mempunyai telefon bimbit yang membolehkan mereka berhubungan dengan guru.

Tetapi bagaimana dengan golongan ‘miskin digital’ luar bandar sebagaimana yang dirujuk oleh bekas Menteri Komunikasi DS Said Keruak?

Sudahlah sekolah-skolah sekarang seperti tidak dipedulikan oleh KP. Apa sahaja yang diperlukan sehingga kepada kerusi-meja pun pihak PIGB terpaksa uruskan sendiri. Ini termasuk soal premis bilik darjah yang tidak mencukupi. Ada sekolah yang terpaksa menjadikan surau sebagai bilik darjah.

Adakah KP mahu sekolah juga menggunakan khemah sebagai bilik darjah?

Menteri Pendidikan, Mohd Radzi seharusnya bertindak proaktif apabila dikritik oleh pemimpin parti-parti pembangkang yang menyifatkan keadaan pengurusan sekolah-sekolah kerajaan lintang-pukang dalam mendepani pandemik.

Lantas, apa akan jadi sekiranya janji pengagihan komputer riba sejumlah 138,000 atau 2,9% daripada jumlah pelajar seluruh negara pun tidak dapat ditunaikan, bagaimana pula dengan masa depan premis sekolah-sekolah yang daif?

Patutlah peguam dan bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim, mendesak Radzi supaya meletakkan jawatan kerana tidak berguna langsung!

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: