VIDEO – MUHYIDDIN LETAK JAWATAN, SIAPA DAN APA SELEPAS INI?

Dr Mamat Desa

15 Ogos 2021

Nampaknya besarlah kemungkinan bahawa TS Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatannya esok, sekiranya segala petanda yang menjadi isyarat meletus sebagai realiti.

Kecelakaan besar kepada urus tadbir TS Muhyiddin adalah kehadiran pandemik Covid19, yang hakikatnya bermula sejak PH berada pada penghujung kuasa mereka, setelah memerintah selama 22 bulan.

Jika ia benar daripada isyarat yang dilihat, maka Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai PM ketika Covid19 berada di kemuncak, yang sekiranya ia meningkat, mungkin ia meningkat sedikit lagi kerana sudah 18 juta rakyat yang telah divaksinasi.

Kemudiannya kdar jangkitan Covid19 akan menurun, tetapi dengan kehadiran varian baharu seperti Delta, Delta Plus dan Lambda, tidak tahulah apa yang akan berlaku. PM baharulah yang akan menanggungnya dan menghadapi caci-cerca rakyat yang sentiasa sahaja tidak berpuas hati, kerana ekonomi mereka tergugat.

Lantas ada dua faktor yang berkorelasi iaitu pandemik Covid19 dan ekonomi negara.

Masalah ekonomi negara pula bukan sekadar menyentuh isu makro, tetapi yang paling menjijikkan ialah isu mikro yang masuk ke periuk nasi rakyat, kadar pengangguran meningkat, SME terpaksa gulung tikar, sekolah terpaksa ditutup, pembelajaran dan pengajaran dijalankan dalam talian sedangkan 1.7 juta pelajar adalah ‘miskin digital’, sehinggalah kepada rumah mayat hospital yang sesak lalu terpaksa mendapatkan kontena, bilik ICU tidak dapat menampung kes yang mendadak meningkat tinggi, sampai kepada isu bendera putih, tanda rakyat lapar kebuluran, suatu kecelakaan yang amat parah.

Jika benar Muhyiddin akan meletakkan jawatan, siapakah hamba Allah yang bersedia menghadapi episod drama politik berikutnya?

Ampunkan patik Tuanku, kerana bagi patik, Tuanku Ke Bawah DYMM Agong juga menghadapi dilema besar untuk memilih pengganti TS Muhyiddin, kerana Tuanku baginda juga dapat melihat bahawa kemelut drama politik negara tidak akan terus berakhir dengan pelantikan pengganti Muhyiddin.

Kecualilah sekiranya ahli politik negara berfikiran matang, memberikan kerjasama, dibenarkan terlibat dalam proses semak dan imbang, turut terlibat dalam rancangan strategik, manakala pihak pembangkang terbuka untuk memahami situasi politik yang dilanda Covid19 serta kemelut ekonomi dunia yang merudum.

Pihak pembangkang janganlah hanya bijak membangkang, tetapi bila berkuasa menjadi kaku dan gelabah, baik seperti PH dahulu mahupun PN sekarang.

Siapakah orangnya yang akan menggantikan TS Muhyiddin Yassin?

Ramai golongan borjouis bandar, terutamanya bukan-Islam, yang mengetepikan soal moral suka melihat DS Anwar Ibrahim naik, kerana pertama dia bijak bercakap dan menepis, dia juga pandai menabur janji bulan-bintang, dan dia amat pandai mengubah watak mengikut habitat kelilingnya.

Namun pada waktu-waktu tertentu dia gagal juga menyembunyikan siapakah dia sebenarnya, sebagaimana ucapannya di LSE, University of London.

Ucapan Anwar dan kertas kerjanya yang dibentangkan di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010, bertajuk ‘Religion and Pluralism in a Divided World’ (Agama dan Pluralisme dalam Dunia yang Berpecah-Belah) telah membuktikan bahawa dia adalah penyokong dan penganut ‘pluralisme agama’ yang mendukung fahaman bahawa semua agama sama, semua tuhan yang disembah adalah sama, lantas pemurtadan adalah sesuatu yang halal.

Ramai masih tertanya-tanya mengapa lambang ‘mata satu’ PKR sama dengan lambang Iluminati Freemason sedangkan hadis Rasulullah SAW ada mengatakan bahawa ‘dajal’ itu bermata satu?

Ramai juga bertanya dan terkejut dengan pengakuan ‘National Endowment for Democracy’ (NED) yang merupakan pertubuhan Yahudi bahawa mereka telah membantu ‘pembangkang’ sejak 2002 untuk menjatuhkan BN pada hari pertama PH menang PRU14.

Baiklah jangan melabelkan Anwar sebagai ‘bekas banduan’ kerana bagi penyokongnya label itu salah kerana dia telah mendapat pengampunan. Namun, orang yang diampun itu hakikatnya ialah kerana dia bersalah, lantas dia diampun.

Bagaimana pula nanti dengan dogma liberalisme sosial, pluralisme agama, LGBT, dan Tanah Melayu ini juga adalah milik kaum Cina dan India sebagaimana Anwar laungkan? Adakah ini sebahagian daripada strategi DAP ‘Use Malay to screw the Malays’?

Bagaimana pula dengan raktifikasi ICERD dan Statut Rome apabila suara Anwar yang menentangnya tidak kedengaran langsung tempoh hari? Adakah DYMM Agong sukacita melantik Anwar?

Jika ada Anwar maka adalah DAP di sisinya. PAN yang dipimpin oleh tokoh yang sudah dibuktikan oleh KDN sebagai penganut Syiah, juga satu liabiliti kepada Anwar. Lantas adakah Anwar orangnya yang layak menggantikan Muhyiddin?

Ada juga yang mahu Tun Mahathir diangkat semula bagi kali ketiga untuk menduduki kerusi PM.

Tapi Mahathir sendiri telah mengaku bahawa dia tidak mahu lagi itu semua, dan sekiranya dia dilantik maka luka lama akan berdarah kembali.

Malahan Tun Mahathirlah yang dilihat sebagai punca segala kemelut politik yang melanda negara ketika ini, apabila dia tak semena-mena meletakkan jawatan, mungkin kerana sindrom ketuaan.

Dikritik sedikit dia akan terus merajuk meletakkan jawatan, dan drama politik negara akan kembali ke takuk lama. Biarlah dia berehat kerana virus Covid19, amat suka dengan warga tua seperti Tun Mahathir.

Lagipun rakyat tidak mahu ‘Perdana Menteri Boneka’ sebagaimana yang pernah dia akui.

Sekiranya DS Ismail Sabri dilantik, besar kemungkinan segala kemelut negara ini tidak akan berubah, kerana Ismail sebagai TPM akan terus mengendong dasar PN, strategi PN, kegenjotan PN serta gerabak kabinet yang berada dalam PN.

Lantas, segala kemelut dan lintang-pukang politik yang negara hadapi hari ini, tidak akan berubah. Kosmetik sahaja yang berubah, tetapi wajah di sebalik kosmetik itu tetap watak-watak yang sama.

Cuma yang pastinya sekiranya Ismail Sabri diangkat sebagai PM, sokongan UMNO terhadap kerajaan akan kembali semula. Pastinya DS Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengubah haluan bahtera UMNO terhadap Muhyidduin, akan kembali menyokong kerajaan. Tetapi tidak tahulah kerajaan Ismail nanti berdiri sebagai kerajaan PN atau Muafakat Nasional?

Sememangnya banyak calon, tetapi untuk memendekkan cerita cuba teliti pula sekiranya DS Najib Razak dilantik.

Secara spiritualnya DS Najib Razaklah punca segalanya kerana dialah yang telah mengangkat sumpah laknat di Majid Kampung Baharu, sehingga satu-persatu pemimpin yang menzaliminya terlingkup seorang demi seorang.

Malahan DS Najib telah melahirkan perakuannya kepada Allah SWT, bahawa sekiranya dia bersalah, dia memohon agar Allah juga melingkupkan hidupnya. Namun rakyat tidak nampak itu semua, yang rakyat lihat DS Najib tetap tabah, ceria dan aktif dengan caranya sendiri untuk membantu memperbaiki ekonomi negara, mahupun dalam hal menentang pandemik Covid19.

Beginilah perangai Peguam Negara pada era ‘undang-undang rimba’

Justifikasi yang paling jelas untuk melihat dugaan Allah pada DS Najib adalah, wujudnya ‘undang-undang rimba’ yang dipelopori oleh Tommy Thomas, malah Tommy sendiri mengakui bahawa PM yang zalim itu, telah mencampuri urusan badan kehakiman.

Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang hanya bising dan celupar mengutuk dan membangkang, mentalahan dia ketua pembangkang, tetapi rakyat lihat dia tidak memberikan idea dan pelan strategik yang boleh membina semula negara.

Banyak cadangan dan nasihat DS Najib yang ditolak oleh keangkuhan Muhyiddin dan kabinetnya bertukar menjadi mala petaka. Malahan seperti yang dikatakan tadi, selain Tun Mahathir, Muhyiddin juga adalah salah seorang manusia yang telah menganiaya DS Najib.

Mungkin balasan Allah terhadap orang-orang yang zalim tidak terhenti di sini sahaja, tunggulah masanya, jika mereka tidak diheret ke mahkamah dunia, mereka tetap akan diheret ke mahkamah akhirat.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: