SUDAHLAH SHAFIE, PERLUMBAAN TELAH BERAKHIR, JANGAN CUBA UBAH GARIS PENAMAT

29 September 2020

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Presiden Warisan, DS Shafie Apdal kini menjadi watak antagonis hebat dalam naratif spekulasi yang mendakwa dia tidak mahu mengaku kalah, meskipun sudah kecundang pada PRN Sabah Sabtu lalu.

Warisan memperoleh 32 kerusi DUN manakala GRS memperoleh 38 kerusi dan 3 kerusi lagi dimenangi calon Bebas (jumlah 73).

Shafie masih kukuh dengan egonya kerana Warisan sahaja telah memperoleh 23 kerusi manakala 9 lagi datang daripada parti yang bersekutu dengannya iaitu DAP (6), PKR (2) dan UPKO (1).

Pada pihak sekutu GRS pula, BN (14), Bersatu (11) dan STAR (6) dan PBS (7).

Daripada perincian kerusi DUN mengikut parti, maka Shafie mendabik dada bahawa parti dialah yang telah memenangi paling banyak kerusi (23) berbanding BN, Bersatu, STAR dan PBS.

Dengan itu timbulnya spekulasi bahawa Shafielah calon paling layak untuk diangkat sebagai KM.

Namun spekulasi sedemikian secara kasar menjadi genjot:

  • Apabila pada sidang DUN nanti KM tidak memperoleh sokongan majoriti dalam setiap keputusan kerajaan negeri dan undang-undang negeri yang digubal.
  • Warisan tidak sedar bahawa parti PPBM (pimpinan Tun Mahathir) dalam sekutu PH, tidak mempunyai ahli parlimen yang terbanyak, sebaliknya PKR.
  • Perkara yang menjadi perhitungan ialah jumlah kerusi daripada ‘keseluruhan parti yang bersekutu’ bukannya jumlah individu parti itu.

Salah seorang pemimpin Warisan telah mendedahkan bahawa pemimpin-pemimpinnya dan juga sekutunya telah berkumpul di kediaman  Shafie untuk menandatangani SD bagi menyokong Presiden Warisan itu sebagai KM.

Terdapat juga spekulasi yang mengatakan bahawa ADUN PBS (7) yang telah menang turut bersama Shafie untuk mengukuhkan kedudukannya bagi membentuk kerajaan baharu.

Kontradik dengan spekulasi tersebut, apabila Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai yang juga ADUN Kiulu, telah menafikan fitnah berkenaan dan menegaskan bahawa semua ADUN PBS tetap teguh bersama GRS.

Ekoran itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan SD yang menyokong Shafie untuk menubuhkan kerajaan baharu akan diserahkan kepada TYT petang tadi (28 Sept).

Nampaknya peristiwa Mei 2018 seperti mahu dimainkan semula oleh Shafie apabila dia berjaya menghasut beberapa ADUN supaya menolak kumpulan TS Musa Aman, sehingga dia diangkat untuk mengetuai kerajaan negeri.

Anehnya apabila TS Musa Aman mengambil tindakan yang sama pada Julai lalu, Shafie dengan pantas menasihatkan TYT supaya membubarkan DUN Sabah yang mengheret rakyat kepada PRN, meskipun di tengah-tengah pandemik Covid19.

Lihatlah sekarang apabila wujud kluster baharu sehingga menjangkiti calon PRN sendiri.

Kami ingin menasihatkan Shafie, supaya hentikanlah kerja-kerja ‘gila kuasa’ ini semua. Janganlah cuba menjadi Anwar yang gila ‘nak jadi PM’.

Adakah Shafie ingat kerajaan Sabah atau Malaysia sekalipun, boleh terbentuk dengan sekadar angka-angka DUN dan Parlimen?

Berapa ribu juta atau bilion ringgit yang akan kamu korbankan untuk membeli ADUN katak jika semua spekulasi itu benar, sebagaimana sindiran DS Najib Razak?

Malah sahabat kamu Sallahuddin daripada PAN melabelkan ADUN-ADUN katak itu sebagai ‘pelacur politik’.

Adakah kamu boleh menguruskan negeri Sabah dengan baik bersama-sama ‘pelacur’ yang kamu lahirkan?

Dari aspek lain pula, lagi lewat TYT Sabah menabalkan KM daripada GRS, maka lebih panaslah spekulasi SD penyokong Shafie yang akan tersebar. Dengan itu TYT hendaklah segerakan pertabalan KM.

Shafie harus faham bahawa ketika ini rakyat amat gembira dengan berita kemenangan GRS serta berita Hajiji Noor (dari GRS) yang akan ditabalkan sebagai KM yang baharu.

Selain itu Shafie harus ingat bahawa 3 calon Bebas yang telah memenangi PRN Sabah di Kuamut, Pitas dan Kemabong adalah rakan-rakan politik yang mesra-Bersatu dan rakan baik Hajiji Noor .

Selepas pertabalan KM nanti, jagalah ketenangan jantung kamu dengan kes tuntutan Sabah oleh Filipina, kes Empangan Papar, kes sogok RM10 juta anggota keselamatan untuk pancing undi, kes tender rundingan terus RM 5 bilion, kes rasuah RM1.58 bilion dan macam-macam lagi yang akan menggugat kedudukan kamu.

Dipetik daripada SabahKini2

PRN Sabah sudah berakhir petang Sabtu lalu, dan perlumbaan sudah berhenti, janganlah kamu hendak memandai-mandai mengubah garis penamatnya pula.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: