WABAK COVID-19 DI SABAH HANYALAH SANDIWARA – MOHAMADDIN KETAPI

RENCANA UTAMA

29 September 2020

Oleh Dr Mamat Desa

Pemimpin kontroversi Warisan, Mohamaddin Ketapi yang menganggap tragedi serangan militan Sulu di Lahad Datu pada 2013 sebagai sandiwara ATM/PDRM ‘berperang dengan anjing dan ayam’, terkini menganggap pandemik Covid-19 pula  sebagai sandiwara PRN pula.

Kenyataannya yang penuh prasangka dan dangkal itu telah dirakam dan ditularkan melalui YouTube.

Mohamaddin mendakwa bahawa kes Covid-19 di Sabah adalah rendah tetapi apabila menjelang PRN Sabah, jumlah kes terus meningkat mendadak.

Dia juga menyindir pihak KKM, dengan kenyataan bahawa kes Covid-19 juga akan turun mendadak selepas 26 September, setelah tamatnya PRN Sabah.

Katanya, “Kamu bayangkan apabila menjelang pilihan raya, pandai pula melonjak Covid ini. Sudah 500 pandai naik-naik pula.”

“Saya yakin dan percaya, kalau 26 (September) ini kita sudah mengundi, saya ingat 27 dan 28 kita sudah (kosong – tiada lagi kes Covid) sihat, kita tiada Covid. Jangan mainkan peranan (sandiwara).”

Mohamaddin menganggap rekod penularan Covid-19 sebagai satu propaganda kerajaan PN dan KMM yang cuba mengganggu kempen PRN Sabah.

Malangnya dia gagal merujuk jangkitan wabak tersebut yang menular kerana orang ramai tidak waspada untuk memastikan SOP jarak sosial ketika berinteraksi di tengah-tengah kempen PRN.

Mungkin Mohamaddin juga mempunyai pepsepsi negatif apabila salah seorang calon BN, Sufian Abdul Karim yang bertanding di DUN Pitas telah disahkan positif dalam ujian saringan jangkitan Covid-19.

Malahan sebelum itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang turut berkempen telah disahkan positif Covid-19.

Kini masih terdapat pemimpin UMNO yang terpaksa melanjutkan keberadaan mereka di Sabah untuk kuarantin diri sebelum pulang ke Semenanjung termasuk DS Najib Tun Razak.

Isu Covid-19 sememangnya telah menimbulkan kontroversi apabila Shafie mencadangkan kepada TYT Sabah agar DUN dibubarkan.

Bekas Ketua Menteri Sabah, TS Musa Aman membantah pembubaran DUN Sabah kerana ia membuang masa dan wang serta memudaratkan nyawa rakyat di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang masih berleluasa.

Pastinya tindakan membubarkan DUN Sabah, lantas mengadakan PRN adalah bercanggah dengan saranan Kementerian Kesihatan supaya orang ramai tidak mengadakan aktiviti berkumpulan serta perhimpunan awam.

Kenyataan TS Musa mempunyai kebenaran kerana PRN Sabah telah membuktikan bahawa Shafie tiada sokongan keseluruhan ADUN, mahupun rakyat. Tidakkah ia membuang masa rakyat?

Peningkatan kes Covid-19 di Sabah kini diperakui oleh kerajaan PN sebagai menelan kos berganda sebagaimana kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Takiyuddin Hassan, apabila proses sanitasi, kuarantin, perubatan hospital, logistik bilik rawatan, peningkatan elaun petugas dan segala yang berkaitan dengan penularan wabak tersebut.

Dipetik daripada BHOnline

Kebenaran saranan TS Musa Aman diperkukuhkan oleh pakar kesihatan Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, yang bersetuju bahawa PRN Sabah akan meningkatkan risiko penularan COVID-19 di negeri itu, yang berada pada tahap membimbangkan.

Dipetik daripada BHOnline

Kenyataan Prof Dr Sharifa Ezat dengan jelasnya menolak prasangka genjot Mohamaddin Ketapi yang pernah dilabelkan sebagai ‘bodoh’ oleh DS Nazri TS Aziz.

Jangkaan Prof Dr Sharifa menjadi kenyataan apabila, sebanyak 643 kes positif dilaporkan berlaku di Sabah yang melibatkan enam kluster iaitu Kluster Benteng Lahad Datu (LD) sebanyak 583 kes, Kluster Pulau (29 kes), Kluster Bakau (3 kes), Kluster Selamat (19 kes), Kluster Kuarters (5 kes) dan Kluster Laut (4 kes).

Jelaslah bahawa PRN Sabah tidak mengubah senario politik Sabah sekiranya Shafie menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada TS Musa Aman tanpa perlu membubarkan DUN.

Namun demikianlah politikus Malaysia yang masing-masing rakus dengan nafsu kuasa dan kekayaan sehingga melahirkan manusia ‘gila kuasa’ sebagaimana Anwar Ibrahim, Tun Mahathir dan terkini Shafie Apdal.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: