PRN SABAH: RAMALAN MELESET TENTANG KEMENANGAN WARISAN

27 September 2020

RENCANA UTAMA

Dua hari sebelum PRN Sabah berlangsung, Ilham Centre telah mengeluarkan laporan analisis kajian lapangan mereka yang dijalankan pada 8 September sehingga 24 September.

Apa yang kami dapati, reliabiliti dan validiti (kebolehpercayaan dan keesahan) kajian tersebut yang menyarankan bahawa Warisan akan menang, boleh dicabar.

Kajian tersebut nampaknya menggunakan pendekatan kualitatif melalui ‘kumpulan fokus’, dan ‘wawancara’ dan mungkin juga pendekatan kuantitatif daripada bancian.

Dengan keputusan rasmi daripada PRN tersebut sebagaimana dikeluarkan oleh SPR, nampaknya kualiti empirikal kajian Ilham itu adalah meleset dan ia hanyalah ramalan semata-mata.

Walau bagaimanapun beberapa persepsi logika yang dikemukakan oleh Ilham hendaklah dijadikan iktibar kepada PN, BN dan Muafakat Nasional, kerana antara lain pertembungan parti-parti komponen tidak membawa kebaikan kepada PN mahupun Muafakat Nasional.

Persoalan dasarnya ialah gabungan parti manakah yang akan diangkat sebagai kerajaan? Adakah Bersatu, BN, UMNO atau Muafakat Nasional?

Ilham Centre mendakwa bahawa Warisan mempunyai kelebihan berbanding GRS (Gabungan Rakyat Sabah) dan mereka meramalkan bahawa Warisan akan menang.

Secara tidak langsung ia hanya menjadi ramalan semata-mata, manakala ciri-ciri empirikal kajian berkenaan menjadi amat cair dan luntur.

Sejumlah 23 kerusi DUN diakatakan sudah pasti menjadi milik Warisan, manakala 19 kerusi DUN menjadi milik GRS.

Manakala 31 kerusi DUN yang lain dikatakan menjadi rebutan, namun Ilham menambah bahawa 14 daripadanya cenderung kepada Warisan, dan hanya 5 kerusi yang cenderung kepada GRS.

Selebihnya, 12 kerusi lagi, adalah kawasan DUN yang akan memperlihatkan pertandingan sengit antara Warisan dan GRS sehingga tidak dapat diramalkan (ramalan semata-mata dan bukannya berdasarkan data empirikal).

Secara kasar kajian tersebut cuba menyatakan bahawa Warisan berkemungkinan memenangi 23+14 kerusi (37), dan GRS akan menang 19+5 kerusi (24) manakala 12 kerusi lagi menjadi medan pertandingan yang sengit yang tidak dapat ditentukan.

Secara tidak langsung dengan 37 kerusi dan 12 kerusi yang tidak pasti, Warisan sudah pasti akan menguasai jumlah majoriti yang melebihi 37 kerusi.

Kami simpulkan analisis dapatan Ilham Centre seperti berikut.

PRN SABAH: 73 KERUSI DUN

Hakikatnya keputusan rasmi yang diperoleh adalah jauh berbeza daripada dapatan kajian Ilham tersebut, yang memperlihatkan ciri-ciri bias dan kecenderungan Ilham terhadap Warisan.

Kajian tersebut hanya berdasarkan pertimbangan logika dan persepsi responden sahaja, sebagaimana berikut:

  • Gabungan baharu GRS tidak dikenali pengundi
  • Pengundi bingung kerana banyak pertembungan antara parti komponen GRS
  • Pertembungan sesama sendiri dalam GRS memberi kelebihan kepada Warisan
  • Komponen GRS menggunakan logo berbeza iaitu BN. PBS, Star dan PN
  • UMNO menampilkan 90% calon baharu
  • Tidak jelas, siapakah yang menjadi pengarah PR bagi pihak GRS kerana masing-masing dengan keegoan kendiri
  • GRS menggunakan portrait TS Muhyiddin sedangkan beliau tidak bertanding dan bukan calon
  • PN kerap menggunakan klise slogan ‘Abah kita bah’ sedangkan kosa kata ‘abah’ tidak digunakan oleh rakyat Sabah dalam konteks ‘bapa’ atau ‘ayah’ (yang disayangi)
  • Pergolakan antara UMNO dan Bersatu tidak membantu kempen yang jitu, selari dan sekata, malah di sesetengah kawasan tiada kerjasama antara kedua-duanya.
  • Tema kempen Warisan dengan slogan ‘perpaduan’ dan ‘Sabah untuk rakyat Sabah’ dilihat amat konsisten di semua 73 kawasan DUN yang dipertandingkan, malah slogan tersebut lebih dekat pada hati pengundi.
  • Populariti TS Muhyiddin Yassin agak terbatas di Sabah berbanding populariti DS Shafie Apdal
  • Isu ‘sempornanisasi’ yang dipercayai digerakkan oleh Shafie dengan menempatkan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang berasal dari Semporna di Jabatan Kerajaan Negeri juga memberi dampak dua hala. Ia mungkin memperkukuhkan kuasa Shafie tetapi di samping itu ia juga boleh membangkitkan kebencian rakyat berbilang etnik di Sabah.

Dari aspek lain, Ilham gagal melihat isu tuntutan Filipina terhadap Sabah yang telah didedahkan oleh media antarabangsa yang membangkitkan persoalan sokongan Warisan terhadap tuntutan tersebut.

Dalam isu Sempornanisasi Ilham juga gagal melihat isu kaum Sulu yang ramai di Semporna dan dikaitkan dengan Jamalul Kiram III dan serangan militan di Lahad Datu pada Feb 2013.

Isu serangan militan itu jugalah yang telah membangkitkan kemarahan rakyat Sabah, (mungkin tidak di Semporna) yang dikaitkan dengan kenyataan Mohamaddin Ketapi bahawa ia hanyalah sandiwara ATM berperang dengan anjing dan ayam, sebaliknya ramai yang terbunuh.

Malahan lebih 17 laporan polis telah dibuat ke atas Mohamaddin.

Isu Shafie menyogok RM10 juta daripada dana negeri kepada pasukan keselamatan, sedangkan dia hanyalah ‘KM Interim,’ juga telah membangkitkan kemarahan pengundi serta mencabar integriti SPR.

Isu ‘Malaya jangan campur tangan di Sabah’ juga satu isu yang tidak masuk akal. Pihak manakah yang membantu Sabah daripada serangan militan Sulu, jika bukan tentera bersekutu dari Semenanjung?

Adakah Sabah tidak memerlukan bantuan ‘Malaya’ dalam konteks pertahanan kerana Sabah menyokong kolonisasi Sulu?

Lebih aneh lagi, tidakkah DAP yang telah memenangi 6 kerusi DUN adalah parti bangsa Cina yang berasal daripada ‘Malaya’? Begitulah juga dengan PKR.

Bagaimana pula dengan isu kawalan pandemik Covid19 yang diterajui oleh pihak ‘Malaya’?

Paling hipokrit, apabila Shafie menelefon Tun Mahathir tentang kehadiran DS Najib Razak di Sabah untuk berkempen bagi pihak UMNO. Mengapa Shafie harus mengadu kepada pemimpin ‘Malaya’ jika tidak mahu orang Malaya campur tangan hal politik Sabah?

Keegoan Warisan nampaknya seperti cuba menolak gabungan dalam Persekutuan Malaysia. Adakah itu sentimen majoriti rakyat Sabah?

Walau apapun kegenjotan dan kecenderungan kajian Ilham, PN, BN, UMNO dan MN hendaklah mengambil iktibar, kerana PRN Sabah hendaklah dilihat sebagai satu ‘ujian’ terhadap kekukuhan ikatan antara parti-parti komponen baik dalam PN mahupun dalam MN.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: