
BERITA SISISPAN
Satu laporan untuk tindakan dan siasatan SPRM ke atas Tuan Yang Terutama (TYT), Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin dilaporkan dibuat oleh Datuk Zulkarnain Mahdar, seorang aktivis politik bebas.
Berikut kami catatkan kenyataan Datuk Zulkarnain Mahdar yang telah ditranskrib daripada video berkenaan, terbitan Youtube yang telah dimuat naik oleh MalaysiaGazette.
“Kami akan buat satu laporan rasmi kepada SPRM ke atas TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Sebenarnya, untuk makluman ini adalah laporan yang kedua kita buat. Sebelum ini kita pernah buat pada Disember 2018, dan kali ini kami tampil buat kali kedua, buat laporan susulan ke atas Tun Juhar.
Saya tampil membuat laporan ini kerana melihat Juhar ini telah melakukan salah guna kuasa untuk melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri secara berat sebelah.
Harus diingat demokrasi sepatutnya dikehadapankan. Tidak ada setakat ini undang-undang yang melarang untuk wakil rakyat melompat. Itu kita kena akur, memang tidak ada lagi setakat ini. Seluruh Malaysia memang tidak ada.
Pembubaran yang dibuat oleh Tun Juhar ini sebenarnya dibuat tanpa berjumpa terlebih dahulu dengan 65 wakil rakyat di Sabah, 60 dipilih oleh rakyat dan 5 lagi dilantik.
Sebaliknya apa yang berlaku, demokrasi telah terhalang, demokrasi telah dirosakkan.
Tiga puluh tiga (33) wakil rakyat sepatutnya diberikan peluang untuk bertemu dengan Juhar, malangnya telah disekat di tengah jalan oleh pihak polis.

Ini tidak pernah berlaku sebenarnya, di seluruh Malaysia. Ini amat-amat memalukan.
Dan yang peliknya dia telah membenarkan pula Shafie Apdal berjumpa dengan dia.
Bukankah TYT ini adalah payung kepada seluruh rakyat khususnya di Sabah tanpa mengira latar belakang politik mereka dan agama?
Sebaliknya dia telah membuat keputusan dengan membelakangkan daripada mendengar 65 wakil rakyat.
Kita harus lihat sebagai contoh di banyak negeri, di Perak, di Johor dan sebagainya, di Melaka, Melaka juga ada TYT, tidak ada Sultan di sana, tetapi demokrasi telah berlaku di sana. Maknanya TYT kena berjumpa semua wakil rakyat.
Jadi harus diingat mengimbau kembali tahun 2018, akhir 2018, (Januari 2019) sepaturnya Tun Juhar ini sudah tamat tempoh sebagai TYT.
Sebelum ini kita telah buat laporan SPRM ke atas Juhar kerana Juhar telah campur tangan.
Sebelum ini pada Mei 2018, kerajaan negeri Sabah ini telah ditawan oleh kerajaan BN, selepas 29 kerusi ditambah lagi dengan wakil daripada STAR sehinggalah mereka menubuhkan kerajaan (negeri).
Tapi akhirnya pada malam Tun Juhar sepatutnya menjadi saksi untuk Musa Aman mengangkat sumpah, saya ada ketika itu, Tun Juhar sebenarnya telah memujuk wakil rakyat BN untuk melompat parti.
Dan kita tidak ambil kisahlah.
Tapi pada akhir 2018 (Disember) undang-undang negeri Sabah telah ditukar di mana tidak ada tempoh had lagi untuk Juhar menjawat jawatan TYT.
Kita telah bagi tahu akan timbul masalah apabila Juhar menjadi TYT.
Saya telah merujuk dengan peguam saya. Apa akan berlaku sekiranya pilihan raya diadakan, Perikatan menang?
Dia akan menutup pintu istana tidak membenarkan Perikatan itu naik pergi untuk mengangkat sumpah. Mungkin dia rasa tidak sesuai sebagai Ketua Menteri.
Saya tanya dengan panel peguam saya dia beritahu saya, kita akan bawa kes ke mahkamah berapa lama keputusan akan diambil?
Oleh itu, saya minta supaya pihak SPRM mengambil tindakan tegas terhadap Juhar. Dia tidak kebal dengan undang-undang.
Sepatutnya dia meletakkan jawatan dan menceburkan diri terus dalam bidang politik. Kenapa harus bersembunyi dalam istana?
Dia berpihak kepada Shafie. Ini sudah tidak betul. Kita hendak TYT, waima Sultan, dia tidak berpihak. Kenapa dia mesti berpihak?

Jadi kita beranggapan bahawa salah satu sebab pembubaran ini dibuat, adalah kerana dia telah menerima imbuhan, tempoh jawatan dia telah ditambah.
Ini adalah imbuhan kepada Shafie, Shafie telah membantu dia.
Jadi ini adalah salah satu salah guna kuasa yang gigih yang tidak sepatutnya dilakukan oleh TYT. Tidak pernah berlaku dalam sejarah.
Media boleh rujuk, tidak pernah ada orang awam yang membuat laporan SPRM ke atas Juhar, ke atas TYT.
Tidak pernah berlaku sebab apa ia telah mendedahkan institusi istana itu menjadi kotor.
Dia tidak sepatutnya buat apa yang dia lakukan.
Sepatutnya kalau pun dia hendak bubar, apa yang sepatutnya dia perlu buat ialah dia panggil kesemua 65 (ADUN). Tanya.
Kalau dia tidak berpuas hati, dia boleh bubar, dia ada kuasa untuk bubarkan dewan. (Tapi) Ini tidak berlaku.
Dia sekat tengah jalan 33 ADUN, dua jam mereka tunggu depan istana. Bukan depan pintu istana pun, jauh lagi. Agak jauh. Dia telah arahkan polis untuk buat sekatan jalan raya. Demokrasi apa ini?

Dia telah jelas melakukan salah guna kuasa yang cukup-cukup jijik. Ini tidak dapat diterima.
Kemudian kita harus ingat, apabila pilihan raya diadakan, apa yang berlaku?
Dia beritahu, Shafie Apdal juga beritahu, Singapore juga adakan pilihan raya.
Pihak media pun tahu keadaan muka bumi Sabah dan Sarawak ini cukup luas, pulaunya berapa banyak. Kita khuatir Covid ini akan merebak. Tidak akan dapat dikawal.
Keadaan kemudahan kesihatan yang agak kurang di Sabah, dengan kedudukan daerah-daerah yang begitu jauh.
Satu Sabah ini keluasannya lebih kurang dengan lapan sembilan negeri di Semenanjung Malaysia, dan berapa ratus juta (ringgit) wang yang akan dibelanjakan?
Adakah Shafie sanggup tanggung ini? Dia bubarkan sebab dia sudah tidak ada sokongan majoriti. Ini bukan ‘gentleman’ ini dia pengecut.
Dia pernah lakukan benda yang sama.
Pada 2018 Mei, sejarah telah membuktikan dia telah mengambil kuasa kerajaan negeri Sabah melalui parti yang melompat.
TYT telah mengambil jalan memecat Musa Aman. Kenapa tidak mengambil pendekatan yang sama ke atas Shafie Apdal? Kenapa?
Apa negara ini? Negara ini bukan bapa dia punya. Ini negeri demokrasi.
Saya terpaksa berlaku biadap terhadap Juhar sebab satu, dia telah menyebabkan kerosakan yang begitu teruk terhadap demokrasi.
Yang kedua, apabila pilihan raya diadakan, berapa ratus juta (ringgit) duit rakyat terpaksa dikorbankan hanya untuk memuaskan nafsu Shafie Apdal.
Yang ketiganya, Covid di Sabah. Kita nampak keadaan Sabah mesti ada kes baru. Maknanya Covid ini masih bergerak aktif di Sabah. Tidak sepatutnya diadakan pilihan raya.
Oleh itu kami tampil, kami meminta, kami merayu untuk melihat ruang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap Juhar Mahiruddin.
Yang seterusnya kami juga tampil untuk membuat laporan SPRM ke atas Shafie Apdal berkenaan pemberian projek bernilai RM1.5 bilion tanpa tender.

Dipetik daripada Sabahkini2.com
Kita minta supaya pihak SPRM dapat mengambil tindakan yang cukup tegas berhubung perkara ini.
Shafie Apdal, kita juga berhadap diambil tindakan yang sama diambil seperti mana tindakan diambil ke atas Peter Anthony berkaitan kehilangan wang RISDA RM15.5 juta.

Kita juga berharap, ada wujud bukti kenapa projek RM1.5 bilion ini diberikan tanpa tender.
Akhir sekali kita sedang meneliti dengan panel peguam kita untuk menyaman Juhar.
Kami membuat keputusan menyaman Juhar kerana dia jelas telah membahayakan nyawa seluruh rakyat Sabah dan jentera pilihan raya yang terlibat, front liner, pihak SPR, penjawat-penjawat awam, mereka ini akan bekerja di barisan hadapan. Pihak peguam kita sedang meneliti.
Kami tidak langsung tidak ingin berlaku biadap, tetapi ruang demokrasi telah dipijak, sudah tidak ada lagi di Sabah.
Saya bagi tahu dengan parti-parti politik, apakah persediaan kamu sekiranya Perikatan menang, pintu istana dia tutup. Harus diingat ini tidak mustahil akan berlaku. Sebab pilihan yang ada dalam kepala otak TYT ini hanya Shafie Apdal.
Ditakdirkan dia kalah, tidak ada undang-undang yang boleh menghalang TYT untuk membukakan pintu istana.
Tidak ada undang-undang setakat ini, maknanya kita boleh paksa Juhar itu untuk membuka pintu istana sekiranya dia tidak bersedia untuk menerima calon Ketua Menteri daripada Perikatan.
Oleh itu kita akan membuat laporan dan meminta pihak SPRM mengambil tindakan sewajarnya.”
******
Tinggalkan Jawapan