WABAK COVID-19 DI SABAH HANYALAH SANDIWARA – MOHAMADDIN KETAPI

Jelaslah bahawa PRN Sabah tidak mengubah senario politik Sabah sekiranya Shafie menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada TS Musa Aman tanpa perlu membubarkan DUN. Namun demikianlah politikus Malaysia yang masing-masing rakus dengan nafsu kuasa dan kekayaan sehingga melahirkan manusia ‘gila kuasa’ sebagaimana Anwar Ibrahim, Tun Mahathir dan terkini Shafie Apdal.

SHAFIE APDAL HIPOKRIT DAN HILANG PRINSIP

Antara lain, lihat sahaja pengendalian kerajaan Persekutuan yang mesti diselarikan dengan kerajaan Negeri dalam krisis pandemik Covid19, untuk mengelakkan kematian rakyat yang sesetengahnya jahil tentang pendekatan melawan wabak tersebut, lebih-lebih lagi masyarakat pedalaman. Shafie lupa bagaimana tindakan kerajaan Persekutuan ketika menyekat serangan pengganas Sulu di Lahad Datu pada Februari 2013 dahulu yang telah meragut nyawa beberapa orang polis dan tentera negara.

(Video) WAJARKAH LAPORAN SPRM KE ATAS TYT SABAH?

Saya tampil membuat laporan ini kerana melihat Juhar ini telah melakukan salah guna kuasa untuk melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri secara berat sebelah. Harus diingat demokrasi sepatutnya dikehadapankan. Tidak ada setakat ini undang-undang yang melarang untuk wakil rakyat melompat. Itu kita kena akur, memang tidak ada lagi setakat ini. Seluruh Malaysia memang tidak ada.

(Video) SHAFIE APDAL AMAT LICIK DEMI KUASA, WALAUPUN DIA SEDAR WARISAN AKAN TUMBANG

Sayugia, timbul persoalan apakah rasionalnya untuk Shafie mengusulkan pembubaran DUN Sabah, dan dengan itu PRN terpaksa diadakan? Ironinya, ketika BN telah kalah semasa PRU14 dengan diikuti oleh sekumpulan ADUN yang melompat ke kem Warisan, TS Musa Aman tidak pula bertindak sebagaimana liciknya Shafie membubarkan DUN Sabah. Meskipun TS Musa Aman telah menubuhkan kerajaan negeri apabila BN memenangi majoriti DUN Sabah dan telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, tetapi beliau telah dipecat serta-merta setelah Shafie mendapat sokongan daripada ADUN yang melompat parti.

(Video) KHALID SAMAD NAIK MINYAK BILA TS MUSA AMAN DIBEBASKAN

Bagaikan gajah jantan naik minyak kerana tiada seekor pun betina yang mahu melayani nafsunya, begitulah juga gelagat Khalid Samad, apabila mahkamah membebaskan TS Musa Aman daripada pendakwaan. Khalid seperti mencabar keputusan Mahkamah Tinggi ketika dia mencatatkan “Bukan bisu, pekak atau buta tetapi berakal dan waras. Saya tahu takde kes. Semuanya telus. Hanya didakwa atas sebab... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: