(Video) SUDAH TIBA MASANYA MAHATHIR DIHERET KE MAHKAMAH

Peguambela yang menjadi ikon undang-undang negara dan seringkali mengendalikan kes berprofil tinggi, TS Muhammad Shafee Abdullah, bertegas bahawa, masanya sudah tiba untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Mahathir Mohamad.

TS Shafee juga pernah dilantik sebagai pendakwaraya kepada kes sodomi DS Anwar Ibrahim, yang telah mensabitkannya dengan kesalahan kes tersebut.

Dalam satu laporan media antarabangsa, Reuters telah menyiarkan kenyataan DS Najib yang mendakwa bahawa perbicaraan 1MDB yang dikaitkan dengannya sebagai tidak adil.

Pihak pendakwaraya DS Gopal Sri Ram telah memaklumkan kepada TS Shafee bahawa pihaknya akan memfailkan prosiding menghina mahkamah kerana penyiaran artikel tersebut.

Dahulu dalam kes sodomi, riuh juga dakwaan daripada Anwar sendiri yang mengatakan bahawa perbicaraan kesnya tidak adil, tetapi tiada pula mana-mana pihak yang memfailkan tuduhan menghina mahkamah.

Lantas, tindakan Mahathir menghina DS Najib dengan penghinaan, pencuri, penyangak, perompak, lanun dan sebagainya, adalah satu tindakan yang tidak boleh dibiarkan kerana perbicaraan kes sedang berjalan.

Najib Pencuri, Penyangak, Penyamun Tak Tahu Malu! – Tun Mahathir.
Tapi hari ini Mahathir tidak lebih daripada pemimpin tua yang dianggap ‘nyanyuk’ oleh kebanyakan rakyat

Ia dilihat sebagai satu tindakan ‘subjudis’ daripada seorang yang berpengaruh ke atas perbicaraan yang sedang berjalan.

Kes DS Najib sudah pun bermula sejak zaman PH berkuasa. Malah media kerajaan ketika itu kerap kali mengeluarkan kenyataan bahawa “DS Najib akan dipenjarakan”, seakan-akan dia bersalah meskipun perbicaraan belum lagi bermula.

Seluruh dunia tahu bahawa Peguam Negara, Tommy Thomas, yang berperanan dalam sistem kehakiman negara adalah merupakan lantikan politik PH.

Hakikat ini diperakui sendiri oleh Tommy Thomas, bahawa dia adalah lantikan politik kerajaan PH.

Dengan sebab itu juga Tommy telah meletakkan jawatannya setelah kerajaan PH tumbang.

TS Shafee telah membidas kenyataan Goral Sri Ram dalam mahkamah dengan nada lantang dan mempersoalkan, mengapakah tidak ada sebarang tindakan mahkamah diambil terhadap Mahathir yang kerap kali menuduh anak guamnya sebagai pencuri dan penyangak?

Hal ini amat serius dan berat kerana kes sedang berjalan, seakan-akan DS Najib telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah ‘luar’ yang diketuai oleh Mahathir.

Kata Shafee, Mahathir dilihat begitu ‘kebal’ sesuka hati menuduh dan memfitnah Najib, tetapi dia bebas, terlepas begitu sahaja.

TS Shafee juga mendakwa bahawa Mahathir telah mengeluarkan kenyataan kononnya Riza Aziz mencuri dan boleh memulangkan sebahagian daripada barang curian.

Hakikatnya representasi Riza Aziz telah diterima oleh Tommy Thomas dan SPRM dengan status dia dilepaskan tanpa dibebaskan dan dia telah membayar lebih daripada apa yang dituntut dalam AMLA.

TS Shafee berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah yang telah masuk hari ke-36 perbicaraan kes 1MDB.

Reuters juga melaporkan bahawa Najib berharap akan ada masa untuk beliau mendapat perbicaraan lebih adil serta suasana kondusif selepas perubahan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

Kontradik dengan sikap Mahathir, dia lebih banyak mendiamkan diri apabila pemimpin DAP yang dikaitkan bersekongkol dengan pengganas LTTE dan komunisme dibebaskan begitu sahaja setelah kes mereka ditutup oleh Tommy Thomas.

Malahan terdapat banyak kes yang digugurkan oleh peguam negara yang dilihat sebagai kes berprofil tinggi melibatkan pemimpin PH seperti kes Lim Guan Eng dan Rafizi Ramli.

Betapa genjotnya undang-undang negara apabila Tommy mengatakan bahawa dia tidak mahu dilihat sebagai ‘mengkhianati PM dan kerajaan PH’, sedangkan undang-undang harus ditegakkan mengikut hak dan keadilan terhadap pihak tertuduh dan bukannya tunduk kepada kuasa politik tertentu.

Malahan Mahathir juga diam dalam kes pendakwah DAP, Wan Ji Wan Hussin yang telah dijatuhi penjara satu tahun kerana disabitkan dengan kes menghina pihak istana, tetapi dibebaskan setelah dipenjarakan sehari.

*****                      

4 thoughts on “(Video) SUDAH TIBA MASANYA MAHATHIR DIHERET KE MAHKAMAH

Add yours

  1. Mahadhir Dan tomytomas harus diheret kemuka pengadilan sbb banyak fitnah yg mahadir lakukan Dan tomytomas meyalah guna kuasa sebagai ketua peguan negara Masa dia berkerja

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: