(Video) SIAPAKAH YANG BACUL, MAHATHIR ATAU ‘RAKYAT YANG MENENTANG DAP’?

Dalam keadaan dia meriding kerana tumbangnya kerajaan penipu PH, dan sekaligus merentet anaknya DS Mukhriz yang hilang kedudukan sebagai MB Kedah, Tun Mahathir mula menyerang kaum Melayu dengan persepsi genjot bahawa “Melayu bacul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada penolakan Malayan Union, Melayu menuntut kemerdekaan.

Anehnya pihak pemimpin yang berjuang menuntut kemerdekaan 1957 itulah yang difitnah oleh Mahathir, dalam strateginya untuk menguasai politik tanahair.

YAB Tunku Abdul Rahman telah difitnah Mahathir- Dipetik daripada Youtube

Sebagaimana ‘insan yang pelupa’ dengan kenyataannya bahawa dia adalah boneka DAP, Mahathir juga lupa bahawa keberanian kaum Melayu menentang Malayan Union kerana mereka menolak peruntukan untuk meletakkan kaum pendatang sama rata dengan kaum Melayu-peribumi.

Dengan hakikat itu jugalah kaum Melayu menentang DAP yang memperjuangkan falsafah sama rata ‘Malaysian Malaysia’.

Mahathir lupa dan buta bahawa kerajaan PH yang didominasi DAP dengan dasar “bumi hangus’ telah menjual aset negara tanpa asas dan rasional yang kukuh, memfitnah negara akan bankrap, memfitnah bahawa hutang negara adalah RM1 trillion, mengingatkan ‘rakyat harus ikat perut’, ‘tiada yang percuma’ ‘orang miskin jangan lagi harapkan bantuan kerajaan’ dan puluhan ribu penjawat awam dan pegawai kontrak kerajaan yang dibuang kerja.

Ironinya PH hanya menjadi kerajaan tongkol kayu yang membiarkan DAP meracuni dan ‘membunuh’ asas kekuatan kaum Melayu.

Itulah juga tindakan yang diambil oleh kaum Melayu menentang Malayan Union, kerana British tidak sedar bahawa kaum pendatang dari China dan India yang merupakan buruh murahan British cuba diletakkan pada status yang sama rata dengan kaum Melayu-Bumiputera.

Buruh murahan British ketika itu sama sahaja dengan kaum ‘pati’ yang dipergunakan oleh British untuk merompak kekayaan negara, dan dengan sedar British meminggirkan kaum Melayu lebih-lebih lagi di pedalaman yang miskin melarat.

Hari ini apa gunanya menyokong kerajaan yang tidak tahu membalas budi rakyat yang mengundi mereka?

Malahan hari ini rakyat rasa amat tertipu dengan kerajaan PH yang telah tumbang itu, yang menjadikan manifesto mereka, seperti yang Mahathir tepis “bukan kitab suci untuk dipertahankan.”

Lantas kalau bukan kitab suci maka adakah manifesto PH itu ‘tisu tandas untuk mengelap najis bangsa DAP’?

Kerana keberanian kaum Melayulah maka hari ini Perikatan Nasional berani bangun menegakkan kerajaan tanpa DAP.

Adakah Mahathir ingat rakyat buta dan sasau seperti dirinya yang pada suatu ketika dahulu telah melabelkan DAP sebagai rasis?

Selama 22 tahun Mahathir memerintah, pelbagai kenyataan yang dikeluarkannya bagi menggambarkan DAP sebagai parti yang jahat dan mahu menguasai negara secara autoritarian serta tidak peduli nasib orang Melayu, namun kini beliau bersekongkol dengan parti itu pada PRU-14.

Tidakkah Mahathir sedar dan peka dengan skandal MyKad palsu untuk pendatang China, serta kehilangan ratusan ribu pelawat China ke Malaysia yang tidak dapat dikesan?

Lantas, adakah Mahathir sebenarnya yang bacul kerana banyak rahsia yang dimiliki oleh pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang tentang penyelewengan dan rasuah, skandal kronisme dan nepotismenya ketika dia berkuasa dahulu?

Dipetik daripada Google

Apakah rakyat bodoh apabila CIA mendakwa bahawa Mahathir sendiri terlibat dengan kes BMF sehingga ada yang sanggup mengupah ‘hitman’ untuk membunuh akauntan ‘Jalil Ibrahim’ yang cuba menyiasat skandal berkenaan?

Persoalannya siapakah yang sebenarnya bacul, yang menjadi boneka DAP untuk memenangi PRU14?

Siapakah yang menjilat kaki DAP, dan mencium buntut DAP, demi kesinambungan hayat politik dangkal yang penuh dengan penipuan?

Rakyat bukan mahu mengaitkan sokongan PAS yang pernah diperbodohkan oleh DAP pada zaman jahilnya, tetapi hakikatnya PAS telah sedar tentang hipokritnya DAP sebagaimana didakwa oleh bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Ketua Pengarah Hal Ehwal Melayu-Islamnya DAP Mohamad Razali Abdul Rahman, bekas Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad Nor dan juga bekas Naib Pengerusi DAP Zulkifli Mohd Noor.

YM Tunku Abdul Aziz:- Melayu dalam Pakatan Rakyat (kini PH)
melutut kepada DAP – Dipetik daripada Perak Today

Jadi siapakah yang sebenarnya ‘bacul’ dan meriding dengan DAP?

Hari ini kaum Melayu akan terus membuktikan bahawa mereka boleh hidup dengan ‘kerajaan tanpa DAP’, sebagaimana yang telah dibuktikan oleh BN-UMNO bahawa DAP hanya parasit negara, yang lebih banyak mendukung legasi komunis dan komunisme, dan kini cuba mendesak rakyat melalui sokongan pengganas antarabangsa LTTE.

Lim Kit Siang adalah bekas gerila komunis

Penakutnya DAP sehingga sanggup melantik balaci mereka sebagai Ketua Suruhanjaya SPRM, dan Peguam Negara, supaya mereka dapat berpayung daripada tuduhan rompakan, penyangak dan penjarah wang dana negara.

DAP-lah yang sebenarnya takut dengan kaum Melayu, lantas menempel-nempel wajah-wajah Melayu dalam parti mereka, sehingga sanggup mengutip-ngutip graduat pelajar Sekolah Demokrasi DAP untuk diangkat menjadi pemimpin Melayu-DAP, sedangkan yang mereka kutip hanyalah sampah di jalanan.

Dengan itu Mahathir harus sedar, sesedarnya, bukan sedar dalam keadaan nyanyuk, bahawa orang Melayu tidak takut dengan DAP, dengan sebab itulah mereka menentang DAP, sebagaimana orang Melayu tidak takut dengan komunis, dan sebab itulah mereka menetang komunis dengan keringat dan darah, meskipun mereka di sembelih hidup-hidup.

Prof Dr Amat Johari Moain: Ayah saya diseksa
sebelum disembelih komunis

Hanya yang bacul sahaja yang sanggup duduk menyorok di ketiak DAP, mendewa-dewakan DAP, menjadi boneka DAP, sedangkan dalam hati, mereka terus meriding takut sekiranya DAP mengheret mereka ke penjara.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: